Tags:

Isteri Sedang Tidur Dalam Kereta Terkejut Ada 2 Lelaki Lain Sedang Memandu

By Hafiz.H Tuesday, March 22, 2016
Seorang wanita terkejut apabila terjaga dari tidurnya dan melihat ada dua orang lelaki tidak dikenali di dalam keretanya.

Menurut laporan dari TheStar, wanita itu telah tidur di dalam sebuah kereta yang diletakkan di Shah Alam, manakal suaminya tidur tidak jauh dari kenderaan terbabit.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 pagi Sabtu lalu apabila dia merasakan kenderaan itu sedang bergerak dan terkejut melihat dua orang yang tidak dikenali telah memandu kenderaan tersebut menghala ke arah Puchong.
Hiasan


Dipercayai suspek telah mencuri kunci kereta dari suami mangsa ketika sedang tidur.

Menurut laporan lagi, pasangan ini dikatakan mengumpul barang-barang di sekitar kawasan itu untuk dikitar semula dan telah berhenti rehat sebelum memandu pulang ke Negeri Sembilan.

Suami mangsa mengetahui kejadian tersebut setelah dia dikejutkan oleh orang awam dan melihat keretanya telah hilang, sejurus selepas itu dia membuat laporan kepada pihak polis.

Kedua-dua suspek pula dilaporkan cuba untuk melarikan diri dengan meninggalkan kereta selepas melihat sebuah kereta peronda polis di kawasan Puchong, namun polis kemudian berjaya menahan seorang daripada suspek.

Wanita itu, yang kerugian RM120 dan dua telefon bimbit, tidak mengalami sebarang kecederaan. -HarianBlogger.Com

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Isteri Sedang Tidur Dalam Kereta Terkejut Ada 2 Lelaki Lain Sedang Memandu "