Tags:

'Kata Rakyat Susah & Menderita, Tapi Saya Tengok Lebuh Raya Sesak'

By Hafiz.H Friday, March 11, 2016
Kesesakan di lebuh raya dengan jumlah kenderaan yang semakin meningkat, jumlah orang ramai yang melancong ke luar negara serta kemampuan umat Islam menunaikan umrah adalah bukti bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) membuktikan bahawa rakyat tidak menderita seperti yang didakwa oleh pembangkang, kata seorang wakil rakyat BN.
Gambar dari: Pixelmedia


Sebaliknya, kata Noor Azmi Ghazali (BN-Bagan Serai) kerajaan telah melakukan sebaik mungkin membantu rakyat tetapi pembangkang pula ‘memusing cerita’ dengan mendakwa GST sebagai punca rakyat menderita dan hidup susah.

“Kata susah, kata menderita, saya tengok lebuh raya sesak.

“Kata menderita, kata susah, saya tengok dekat lapangan terbang bukan KLIA (sahaja), lapangan terbang Terengganu, tahun ini saja 40,000 pergi umrah.

“Susah, susah melancong di Vietnam dan Indonesia. Sebenarnya, Pakatan (Harapan) mengatakan GST membuat penderaan pada rakyat adalah bohong, semata-mata karut. Ini adalah persepsi semata-mata,” katanya.

Sumber: Malaysiakini

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to '''Kata Rakyat Susah & Menderita, Tapi Saya Tengok Lebuh Raya Sesak'"

ADD COMMENT