Tags:

Kerajaan Jimat RM240 Juta Setahun Dengan Pembatalan 744 Biasiswa Luar Negara

By Hafiz.H Friday, March 18, 2016
Dengan perancangan kerajaan untuk membatalkan biasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke luar negara, dianggarkan sebanyak RM240 juta bakal dijimatkan dari perancangan tersebut.

Memetik kenyataan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said, di dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat berkata, kerajaan telah menanggung seramai 7,736 orang pelajar yang melanjutkan pengajian mereka ke luar negara.
Azalina Othman Said


Katanya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) memperuntukkan kira-kira untuk pelajar yang melanjtkan pelajaran dalam negara adalah sekitar RM10,350 hingga RM12,690 setahun dan bagi pelajar yang melanjutkan ke luar negara pula kerajaan memperuntukkan sekitar RM38,115 hingga RM277,515 setahun.

Kenyataan Azalina dikeluarkan bagi menjawab pertanyaan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok.

Teresa dalam soalannya menyatakan berkenaan berapakah anggaran jumlah kos yang dijimatkan apabila kerajaan membatalkan biasiswa untuk melajutkan pelajaran ke luar negara dan jumlah pelajar serta kos terlibat. -HarianBlogger.Com

Rujukan: mStarOnline

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kerajaan Jimat RM240 Juta Setahun Dengan Pembatalan 744 Biasiswa Luar Negara "