Tags:

Kes Buli & Kena Paksa Potong Lidah: Lidah Dipotong Tidak Akan Tumbuh Semula

By Hafiz.H Saturday, March 26, 2016
KLANG: Murid lelaki Tahun Dua yang lidahnya dipotong sekumpulan murid lain perlu menjalani rawatan susulan setiap minggu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), dekat sini, bagi memastikan keadaan luka itu pulih sepenuhnya. 
Ketika ini, keadaan lidah Muhammad Alif Shukran Alias, 8, mengalami sedikit kecacatan dan bahagian yang terpotong sedikit itu tidak akan tumbuh kembali seperti asal. Ibunya, Siti Nur Huda Ibrahim, 29, berkata, doktor mengesahkan luka pada lidah anak sulungnya itu tidak serius namun perlu mendapatkan rawatan kerana bimbang dijangkiti kuman.

Katanya, doktor memaklumkan anaknya bernasib baik kerana hanya sedikit sahaja bahagian lidah yang cedera.


Sekiranya lidah terbabit dipotong lebih besar, berkemungkinan anaknya itu akan pelat.

"Setakat ini keadaannya stabil walaupun masih terkejut dengan kejadian itu. Shukran hanya diberikan makanan lembut dan perlu menggunakan penyedut minuman untuk minum kerana bahagian depan lidahnya dijahit.

"Saya agak terkilan juga dengan kejadian ini. Bagaimanapun saya dan suami menyerahkan perkara ini kepada pihak polis," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Mohd Adnan Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti murid yang didakwa terbabit dalam kes itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, Muhammad Alif Shukran dikatakan ditahan lima murid tahun tiga di sekolahnya ketika berada di tandas sekolah sebelum lidahnya digunting.

Rujukan: Berita Harian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kes Buli & Kena Paksa Potong Lidah: Lidah Dipotong Tidak Akan Tumbuh Semula "