Tags:

Kos Tak Sampai RM10k, Bekas Jurutera Telekomunikasi Berjaya Bina Sendiri Rumah Kabin DIY

By Hafiz.H Thursday, March 24, 2016
Atas minat yang mendalam pada bidang landskap dan pembinaan, seorang bekas jurutera telekomunikasi nekad membina sendiri rumah kabin DIY.

Itulah yang berlaku pada seorang bekas jurutera telekomunikasi, Mohd Faizal Ali apabila beliau mengambil keputusan membina rumah dari sebuah kabin bersama-sama seorang lagi raknnya.

Yang menariknya rumah kabin dengan ukuran 20 kaki x 10 kaki ini yang dibina di atas sebidang tanah berkeluasan 0.38 ekar memperlihatkan kesemua kos pembinaan termasuk ruang dalaman hanya memakan kos kurang dari RM10 ribu.
Lokasi rumah kabin tersebut terletak di Kampung Pachitan, Port Dickson Negeri Sembilan.

Melihat material yang digunakan oleh pemiliknya adalah terdiri daripada material kayu pine dan floor board, manakala rangka utama rumah kabin ini adalah 100% besi.

Faizal turut memberitahu, tujuan asal pembinaan rumah kabin itu adalah untuk dijadikan homestay pada awalnya, tetapi apabila difikirkan semula beliau memutuskan untuk dijadikan sebagai rumah rehat (rumah tetamu) kepada saudara mara dan rakan-rakan yang datang menziarah.


Pelan Lantai (3D)
Bekas jurutera ini berkata, pembinaan rumah tersebut dilakukan secara sambilan dan memakan masa selama 6 bulan tempoh siap sepenuhnya. -HarianBlogger.Com

Rujukan: impiana.my

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Kos Tak Sampai RM10k, Bekas Jurutera Telekomunikasi Berjaya Bina Sendiri Rumah Kabin DIY "