Tags:

Lelaki curi mahu bagi anak makan, Tesco Bukit Mertajam tidak dakwa sebaliknya tawar kerja

By hasr Sunday, March 13, 2016
Tesco pamer keprihatinan dalam mengendalikan kes kecurian di pasaraya itu. Gambar Google.com
Lelaki curi buah-buahan dan minuman mahu bagi anak-anak makan, Tesco Bukit Mertajam tidak dakwa sebaliknya tawar kerja

Tesco pamer keprihatinan dalam mengendalikan kes kecurian di pasaraya itu. Gambar Google.com

Pasaraya Tesco Bukit Mertajam mengambil tindakan yang berlandaskan kemanusiaan dalam mengendalikan satu kes kecurian di pasaraya itu, baru-baru ini.

Mohd Pirdaus Azizan, 31, seorang penganggur ditahan oleh kakitangan keselamatan di situ selepas didapati mencuri buah-buahan dan minuman tin.

Menurut laporan portal Astro Awani Pirdaus ditahan ketika beliau sedang bergegas untuk keluar dari pasaraya itu.


Ketika disoal siasat, Pirdaus berkata dia terpaksa mencuri kerana dia tidak mempunyai wang untuk membeli makanan buat tiga orang anaknya yang kelaparan.

Anak-anaknya berusia antara dua hingga tujuh tahun.

"Isteri saya, Norfarahiza Salahuddin, 31, sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi di Hospital Bukit Mertajam  kerana komplikasi akibat keguguran," kata Pirdaus.

Pengurus Tesco Mall Bukit Mertajam, Harlina Arijauddin dan Pengurus Sumber Manusia, Nurdiana Ajis mengambil keputusan untuk tidak mendakwa Pirdaus sejurus mendapat kesahihan cerita Pirdaus.

"Kami bukan mahu menggalakkan kecurian. Tetapi kes ini berbeza. Kami sudah menjalankan siasatan dan apa yang diceritakan Pirdaus memang benar. Kami bersimpati dengan kesusahannya, dan kami faham apa yang dilakukan adalah kerana terpaksa," kata jurucakap Tesco kepada Astro AWANI.

Bukan itu sahaja, pengurusan Tesco Bukit Mertajam juga bermurah hati menawarkan pekerjaan buat Pirdaus di pasaraya itu.

Sementara itu, sumber polis memaklumkan, pihaknya tidak mengambil tindakan terhadap lelaki berkenaan kerana tiada sebarang laporan polis dibuat.
"Tindakan lelaki berkenaan mencuri memang satu kesalahan namun ia dibawah pengurusan pasaraya berkenaan.

"PIhak Tesco ada memaklumkan mengenai kejadian berkenaan namun menyatakan ia telah diselesaikan secara baik oleh pihak mereka," katanya ketika dihubungi Astro Awani di sini semalam.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

20 comments to ''Lelaki curi mahu bagi anak makan, Tesco Bukit Mertajam tidak dakwa sebaliknya tawar kerja"

ADD COMMENT
  1. Good action by the management.....salute!

    ReplyDelete
  2. mengalir air mata seorang ayah

    ReplyDelete
  3. Pn Harlina dan Pn Nurdiana.. tahniah dan syabas!!

    ReplyDelete
  4. Humanity still alive in Malaysia

    ReplyDelete
  5. Humanity still alive in Malaysia

    ReplyDelete
  6. Tahniah. Diberikan lagi pekerjaan. Semoga Pirdaus bekerja dengan lebih gigih demi menyara 3 org anaknya serta isterinya yang terlantar sakit. Jika saya management itu. Saya juga akan bertindak demikian.

    ReplyDelete
  7. Pn Harlina dan Pn Nurdiana.,may god bless u both.ure act make my eye wet
    by tear.

    ReplyDelete
  8. Itulah yang sebaik-baiknya. Bukan hanya melulu tanpa usul periksa..

    ReplyDelete
  9. alhamdullilah.pihak yang betul2 berfikir.pegan satu benda ja.munkin hari dia..nti munkin hari kite

    ReplyDelete
  10. alhamdulillah... masyarakat prihatin..

    ReplyDelete
  11. Awesome.keep it up Tesco management.

    ReplyDelete
  12. Mulia hati kamu dpt mendidik dan menginsafkan org terdesak semoga kedua2 mendapat redha Allah.

    ReplyDelete
  13. Mulia hati kamu dpt mendidik dan menginsafkan org terdesak semoga kedua2 mendapat redha Allah.

    ReplyDelete