Tags:

Mayat Budak Perempuan Ditemui Dalam Beg Pakaian Di Meru

By Hafiz.H Monday, March 14, 2016
Klang: Mayat yang belum dikenal pasti identiti ditemui di dalam beg pakaian di Jalan Belimbing, Meru, di sini, pagi tadi.

Sumber berkata, beg berkenaan ditemui seorang lelaki berusia 30 tahun di dalam parit kira-kira 11.30 pagi.

Menurutnya, sepasukan polis yang dihantar ke lokasi kejadian tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri pada mayat atau beg berkenaan.



"Mayat berkenaan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat bagi mengetahui identiti dan punca kematian," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara Superintendan Nor Omar Sappi mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Mayat Budak Perempuan Ditemui Dalam Beg Pakaian Di Meru "