Tags:

Menteri Belia Dan Sukan Sahkan Pegawai KBS 'Songlap' Wang RM100juta

By Hafiz.H Monday, March 21, 2016
Menteri Belia Dan Sukan Khairy Jamaluddin telah mengesahkan inidvidu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan wang berjumlah RM100 juta adalah pegawai di bawah Kementerian Belia Dan Sukan, dalam satu sidang media yang berlangsung pagi tadi di Putrajaya.

Walaubagaimanapun, SPRM masih lagi menjalankan penyiasatan terhadap individu terbabit.

KJ dalam sidang media itu turut berkata, beliau meminta agensi-agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan memberi kerjasama supaya siasatan dapat dijalankan dengan pantas dan menyeluruh.
KJ ketika sidang media pagi tadi -Gambar SinarHarian


Pihaknya turut menyerah sepenuhnya kepada SPRM untuk mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan hasil siasatan.

Dalam laporan terdahulu, SPRM telah menahan seorang Setiausaha Bahagian di sebuah kementerian pada 17 Mac lalu selepas disyaki terlibat dalam sindiket menyeleweng dana kerajaan berjumlah lebih RM100 juta.

Menurut laporan dari SPRM lagi, tujuh lelaki dan seorang wanita telah ditahan yang kesemuanya adalah kontraktor.

Siasatan mendedahkan, pegawai yang ditahan disyaki terlibat dalam mengarahkan salah sebuah agensi kementerian itu membuat bayaran kepada kira-kira 14 buah syarikat kontraktor bagi tujuan menjayakan program-program berkaitan sukan yang sebenarnya tidak wujud. -HarianBlogger.Com

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Menteri Belia Dan Sukan Sahkan Pegawai KBS 'Songlap' Wang RM100juta "