Tags:

Penjenayah Sempat Tersenyum Gembira Sebelum Cabut CCTV, RM30,000 Dikebas

By Hafiz.H Saturday, March 12, 2016
KOTA BHARU - Seorang penjenayah sempat tersenyum sebelum mencabut rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan melarikan wang tunai dianggarkan bernilai RM30,000 di sebuah gedung pakaian di Wisma Sri Setia, Jalan Dusun Muda di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi itu CCTV berdurasi lebih sejam itu, sempat merakam perbuatan suspek berusia dalam lingkungan 30-an yang memasuki kedai terbabit sebanyak dua kali seorang diri.


Permulaan video itu menunjukkan suspek masuk ke dalam kedai dan mengambil wang derma tabung sebuah madrasah yang berada di atas kaunter dianggarkan lebih RM100 ke dalam poket seluarnya sebelum beredar.

Kemudian, suspek yang sama memasuki semula kedai terbabit dan melarikan pula peti besi yang mengandungi wang tunai dianggarkan RM30,000 sebelum memotong wayar CCTV dan melarikan diri.

Pemilik gedung pakaian itu, Muhammad Zulkifli Said, 52, berkata, kejadian itu disedari oleh seorang pekerjanya ketika ingin memulakan operasi perniagaan kira-kira jam 9 pagi.

Zulkifli berkata ketika pekerjanya tiba di kedai itu, dia terkejut melihat pintu kayu di bahagian belakang kedai telah diumpil selain kunci mangga pintu dirosakkan.

"Saya kemudian mendapati meja kaunter wang berselerak selain peti besi wang perniagaan sebanyak RM30,000 telah tiada.

"Ini merupakan kali pertama cawangan ketiga gedung pakaian ini dipecahkan masuk selama tiga tahun beroperasi yang mengakibatkan kerugian besar," katanya ketika ditemui.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan tersebut dan menurutnya pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kes itu.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Penjenayah Sempat Tersenyum Gembira Sebelum Cabut CCTV, RM30,000 Dikebas "