Tags:

Petronas Tamatkan Perkhidmatan 1000 Pekerja

By Hafiz.H Wednesday, March 2, 2016
Ketika harga minyak mentah dunia kian menjunam sekitar suku tahun ini, Kumpulan Petronas dalam pada itu merancang bakal mengentikan hampir 1000 pekerjanya.

Ini kerana Kumpulan Syarikat carigali petroleum terbesar di negara ini ingin terus berdaya saing disaat krisis bahan api yang semakin menjunam harga dipasaran.

Dibawah rancangan penstrukturan semula, dianggarkan seramai 1000 orang daripada sejumlah 50,949 kakitangan Petronas akan diberhentikan perkhidmatan.


Kata jurucakap kumpulan Petronas, "Usaha menyeluruh berterusan akan dijalankan bagi menempatkan semula pekerja yang terlibat.

“Petronas seterusnya akan memulakan proses pemisahan bagi pekerja-pekerja ini seperti yang diperlukan yang dijangka siap dalam tempoh enam bulan akan datang,"

Beberapa bulan lalu, Shell Malaysia telah mengumukan langkah pengurangan pekerjanya.

Seramai 1300 orang pekerja bakal ditamatkan perkhidmatan yang diumukan syarikat tersebut pada 30 September tahun lepas. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Malaysiakini

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Petronas Tamatkan Perkhidmatan 1000 Pekerja "