Tags:

Rakyat Malaysia Paling Banyak Berhutang Di Asia, Lapor Kajian

By Hafiz.H Thursday, March 3, 2016
KUALA LUMPUR - Kaji selidik Manulife menunjukkan 68% daripada rakyat Malaysia berhutang, kadar tertinggi dalam kalangan lapan pasaran yang ditinjau di Asia, dan lebih 2 kali ganda purata serantau sebanyak 33%.

Kaji selidik Indeks Sentimen Pelabur Manulife itu adalah berasaskan 500 temu bual di Hong Kong, China, Taiwan, Jepun, Singapura, Malaysia, Filipina dan Indonesia.

Dalam satu kenyataan, Manulife berkata purata hutang rakyat Malaysia ialah sebanyak RM56,000 iaitu hampir 10 kali purata pendapatan peribadi bulanan, sebahagian besarnya disebabkan perbelanjaan hidup harian (60%), dengan bayaran sewa (44%) dan pendidikan anak-anak (37%).
Purata hutang rakyat Malaysia ialah sebanyak RM56,000 iaitu hampir 10 kali purata pendapatan peribadi bulanan dan sebahagian besarnya disebabkan perbelanjaan hidup harian, bayaran sewa dan pendidikan anak-anak. -Hiasan


"Kebanyakan hutang itu adalah jangka panjang, dengan 1/4 daripada mereka yang berhutang tidak dapat membayarnya selama 3 tahun atau lebih.

"Paras hutang yang tinggi mencerminkan pengurusan kewangan yang lemah, dan gagal mengurus aliran tunai dengan berkesan," katanya.

Sejumlah 89% daripada responden Malaysia yang dikaji selidik memantau perbelanjaan mereka secara tetap, 44% membelanjakan 70% atau lebih daripada bulanan pendapatan bulanan mereka setiap bulan, yang menunjukkan mereka tidak memantau perbelanjaan untuk berjimat.

Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Holdings Bhd Group Mark O 'Dell berkata pelabur perlu mengurus kewangan mereka dan mengesan perbelanjaan bagi menghalang mereka menanggung hutang terlalu banyak, terutama ketika pasaran kewangan tidak menentu dan pertumbuhan ekonomi yang perlahan

"Tanpa pengurusan hutang yang berkesan, rakyat Malaysia kurang cenderung mencapai matlamat simpanan jangka panjang, yang boleh menjejaskan jaminan kewangan masa depan mereka," katanya.

Rujukan: Bernama

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Rakyat Malaysia Paling Banyak Berhutang Di Asia, Lapor Kajian "