Tags:

RM35 Sehari Rawat Seorang Penagih Dadah - KDN

By Hafiz.H Thursday, March 31, 2016
KUALA LUMPUR, 31 Mac - Sebanyak RM7.9 juta dibelanjakan kerajaan sejak 2013 hingga tahun lalu bagi kos rawatan pemulihan dadah, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat hari ini jumlah berkenaan dianggarkan bersamaan RM35 perbelanjaan sehari bagi rawatan pemulihan seorang penagih.
Hiasan


"Jumlah ini meliputi RM2.9 juta pada tahun 2013, RM2.45 juta (2014) dan RM2.5 juta tahun lalu," katanya menjawab soalan tambahan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (Bebas-Bandar Tun Razak) berkenaan kesediaan kerajaan mengubah polisi dari segi rawatan ketagihan dadah sebagai satu penyakit dan bukan sebagai satu jenayah memandangkan kos rawatan pemulihan dadah adalah tinggi.

Mengulas lanjut Nur Jazlan berkata buat masa sekarang, negara masih lagi meneruskan dasar membanteras dadah sebagai satu jenayah.

Menjawab soalan asal Khalid, Nur Jazlan berkata menurut statistik Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) jumlah terkumpul penagih di negara ini sejak Januari 2010 sehingga Disember tahun lalu seramai 127,606 orang, iaitu 88,597 penagih baharu manakala 39,009 lagi adalah penagih berulang.

Katanya, untuk tempoh itu Pulau Pinang mencatatkan bilangan penagih tertinggi dengan 18,889 orang manakala dari segi pecahan etnik, penagih Melayu adalah yang tertinggi iaitu 100,240 orang.

Rujukan: Bernama

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " RM35 Sehari Rawat Seorang Penagih Dadah - KDN "