Tags:

Saintis Dakwa Misteri Segi Tiga Bermuda Sudah Terjawab

By Hafiz.H Tuesday, March 15, 2016
OSLO 14 Mac - Sekumpulan saintis dari Universiti Artik Norway berjaya membongkar rahsia dari misteri kejadian pelik di Segi Tiga Bermuda dengan penemuan beberapa kawah gergasi di dasar permukaan lautnya.

Portal Mail Online melaporkan, kawah gergasi itu ditemukan di Laut Barents di perairan Norway sekali gus memberikan penjelasan yang kukuh membabitkan misteri kehilangan kapal-kapal di Segi Tiga Bermuda sebelum ini.
Saintis percaya, kawah selebar 804 meter dan 45 meter itu terbentuk akibat pertambahan gas metana di perairan berkenaan yang kaya dengan gas semulajadi.

Menurut saintis, gas metana itu mungkin bocor daripada simpanan gas asli dari dasar laut dan membentuk rongga yang akhirnya meletus.

“Terdapat banyak kawah gergasi di dasar laut di bahagian barat dan tengah Laut Barents yang berkemungkinan menyebabkan pelepasan gas dalam jumlah yang besar,” kata penyelidik dari Universiti Artik Norway kepada Sunday Times.
Tambah kumpulan tersebut, kawah berkenaan mungkin hanya satu daripada titik panas terbesar pelepasan gas metana laut cetek di Artik,” jelasnya.

Saintis berkata, letupan itu menyebabkan kawah tersebut terbuka sekali gus mewujudkan risiko kepada kapal-kapal yang belayar di Laut Barents.

Jelas pakar-pakar itu lagi, penemuan baharu terbabit juga mungkin dapat menjelaskan punca kehilangan kapal dan pesawat di kawasan yang penuh kontroversi itu.

Segi Tiga Bermuda bermula dari Wilayah Luar Jajahan Britain di Lautan Atlantik Utara ke pantai Florida hingga ke Puerto Rico.


Rujukan: UtusanOnline

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Saintis Dakwa Misteri Segi Tiga Bermuda Sudah Terjawab "