Tags:

Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Bagi Keinsafan

By Hafiz.H Wednesday, March 9, 2016
KOTA BHARU - Kerajaan negeri disarankan supaya mempertimbangkan cadangan mengenakan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap pesalah yang melakukan persetubuhan haram sebagai langkah pencegahan serta menginsafkan rakyat.

Saranan tersebut disuarakan Datuk Hassan Mahmood (Pas-Tawang) ketika membahaskan titah Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V dalam sidang Dun Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim semalam

Cadangan tersebut diutarakan semasa beliau yang juga Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan menyentuh mengenai hubungan baik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang perlu diteruskan, bukan sahaja dalam aspek pembangunan tetapi hukuman hudud
Datuk Hassan MahmoodDatuk Hassan Mahmood


“Saya mencadangkan kepada kerajaan, sebelum berjaya menjalankan Kanun Jenayah Syariah kita laksana setakat mampu

“Hukuman sebat, sekarang ini walaupun bidang kuasa mahkamah syariah hanya enam sebatan sahaja yang diizinkan oleh undang-undang, maka kita buat yang enam dahulu,” katanya semalam

Beliau juga mengesyorkan supaya hukuman itu dilakukan pada hari Jumaat, dan lebih baik jika boleh dilaksanakan di hadapan masjid

“Kalau boleh kerajaan negeri cuba buat persiapan di masjid utama di setiap jajahan, sediakan tempat untuk melaksanakan sebatan kepada pesalah,” katanya

Beliau juga turut memberikan contoh kes yang berlaku di Sabah, yang mana kes melibatkan hukuman sebat ke atas seorang lelaki di pekarangan Mahkamah Tinggi Tawau akibat kesalahan melakukan persetubuhan haram

“Satu kes melalui seorang peguam, kesalahan persetubuhan haram di bawah Seksyen 80 (1) AKJS Sabah 1995, pesalah itu dikenakan enam kali sebatan di dewan mahkamah pada 29 September 2015, disaksikan 40 jemputan khas,” katanya

Contoh lain pula, pada 6 September 2015 seorang lelaki yang melakukan persetubuhan haram dikenakan enam sebatan yang disaksikan jemputan khas

“Saya mencadangkan supaya kerajaan negeri menerusi Jabatan Kehakiman Mahkamah Syariah supaya memikirkan, sekiranya tidak bercanggah dengan peraturan dan undang-undang

“Walaupun enam sebatan kita laksanakan di khalayak ramai, ia adalah untuk memberikan keinsafan kepada orang yang menyaksikan supaya tidak melakukan perkara sama,” katanya

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Saranan Sebat Pesalah Zina Depan Masjid, Bagi Keinsafan "