Tags:

Sekolah Tak Benarkan Ambil Slip SPM 9A Kerana Masih Ada Hutang

By Hafiz.H Saturday, March 5, 2016
Jertih: Hasrat Siti Nur Sulwana Sabri, 18, dari Kampung Kayu Kelat, Kuala Besut yang mendapat keputusan 9A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015 untuk memegang slip keputusan peperiksaan bakal menjadi kenyataan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Besut Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman bersedia membantu membayar hutang tertunggak remaja berkenaan kepada pihak sekolah.

Sebelum ini, Siti Nur Sulwana yang juga bekas pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Pengkalan Cepa, Kelantan hampa apabila diberitahu tidak boleh mengambil slip peperiksaan kerana masih berhutang dengan sekolah berasrama penuh itu.

Tengku Zaihan berkata, sebaik dimaklumkan mengenai perkara itu, beliau terus bergegas ke rumah keluarga berkenaan dan bersetuju menyelesaikan masalah terbabit.
Tengku Zaihan (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Sabri ketika mengunjungi rumah mereka di Kampung Kayu Kelat.


“Saya akan membawa Siti Nur Sulwana dan keluarganya menemui pengurusan MRSM, Ahad ini (esok) dan menyelesaikan masalah tunggakan hutang pelajar terbabit bagi membolehkannya mengambil slip SPM,” katanya.

Siti Nur Sulwana hanya mengetahui dia mendapat keputusan cemerlang itu selepas dimaklumkan pihak pengurusan maktab berkenaan sebaik keputusan diumumkan.

Bapanya, Sabri Awang, 52, berkata, anaknya kini terpaksa melakukan kerja sambilan sebagai pembantu kelas taska di Negeri Sembilan untuk mencari sumber kewangan.

“Saya hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan di Kuala Besut dan tidak mampu menguruskan perbelanjaan persekolahan Siti Nur Sulwana kerana dibebani dengan masalah kewangan.

“Selain itu, saya perlu menangung empat lagi anak yang semuanya masih bersekolah termasuk tiga di sekolah menengah dan seorang di sekolah rendah,” katanya.

Menurutnya, pada asalnya Siti Nur Sulwana belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Nurul Ittifaq, Kuala Besut, tetapi kemudian mendapat tawaran belajar di MRSM terbabit.

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Sekolah Tak Benarkan Ambil Slip SPM 9A Kerana Masih Ada Hutang "