Tags:

Senarai Tempat Terbaik Di Dunia Untuk Bersara, Pulau Pinang Di Tempat Kedua

By Hafiz.H Wednesday, March 9, 2016
Menurut laporan dari sebuah majalah antarabangsa, Conde Nast Traveller, ajalah tersebut telah menyenaraikan negeri Pualu Pinang sebagai salah satu 'tempat terbaik di dunia untuk bersara'.
Ini kerana dengan keindahan pantainya, diselangi dengan gelaran syurga makanan dengan masyarakat yang pelbagai budaya menjadikan negeri itu tempat kedua di dunia dalam senarai tempat paling baik untuk bersara.


Artikel yang dikarang oleh penulis Cynthia Drescher pada 3 Mac itu telah  menyenaraikan 10 tempat terbaik di dunia sebagai pilihan untuk bersara dimana tempat pertama sebagai tempat terbaik adalah Coronado, Panama diikuti tempat kedua adalah Pulau Pinang dan tempat ketiga pula ialah Portugal sebagai pilihan terbaik dunia.

Drescher turut menambah, jika memilih Pulau Pinang sebagai tempat pilihan, di bawah program 'Malaysia My Second Home' warga asing dengan mudah boleh memohon visa untuk tempoh 10 tahun.
Pulau Pinang terkenal dengan tapak warisan sejarah tinggalan penjajah. Disamping syurga pelbagai makanan ia, salah satu bandar iaitu GeorgeTown telah diiktiraf sebagai tapak warisan sejarah yang perlu dikekalkan di bawah UNESCO.

Selain fasiliti yang memuaskan, tambah penulis penerbangan yang murah untuk ke Kuala Lumpur, Singapura dan Langkawi membuatkan negeri itu menduduki tempat kedua tempat terbaik dunia. -HarianBlogger.Com

Rujukan: Themalaysianoutsider

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Senarai Tempat Terbaik Di Dunia Untuk Bersara, Pulau Pinang Di Tempat Kedua "