Tags:

Sungai Golok Kering Boleh Menyeberang Jalan Kaki Tak Perlu Naik Bot

By Hafiz.H Thursday, March 24, 2016
Disebabkan panas yang melampau yang melanda di negara ini menyebabkan beberapa sungai di kawasan pantai timur semenanjung Malaysia didapati kering.

Itulah yang berlaku sejak awal bulan lalu di Rantau Panjang, Kelantan apabila paras air Sungai Golok didapati semakin kering di beberapa kawasan.
Keadaan paras air sungai yang semakin kering menunjukkan penduduk di kawasan Kampung Bering boleh menyeberangi sungai tersebut dengan hanya berjalan.

Dahulunya sebelum musim kering melanda, paras air dicatatkan adalah sekitar 2 meter dan difahamkan kini menyusut kepada kurang satu meter.

Keadaan berubah sejak seminggu lalu dimana penduduk secara kebiasaannya menggunakan bot untuk menyeberang sungai itu untuk ke Golok untuk membeli barang.

Air cetek di sungai tersebut memudahkan penduduk setempat menjalankan aktiviti harian terutama membeli barang.



Fenomena ini tidaklah pelik bagi penduduk setempat kerana ia akan berlaku setiap tahun apabila tiba musim kemarau.

Penduduk mengakui jika menggunakan perkhidmatan bot tambang seperti sedia ada, mereka perlu membayar RM1 bagi satu laluan tetapi kini mereka dapat menjimatkan wang untuk ulang alik ke sempadan. -HarianBlogger.Com

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Sungai Golok Kering Boleh Menyeberang Jalan Kaki Tak Perlu Naik Bot "