Tags:

Syarikat Umum Cuti Untuk Kakitangan Datang Bulan

By Hafiz.H Thursday, March 3, 2016
BRISTOL - BRITAIN. Sebuah syarikat di Bristol memperkenalkan polisi kepada kakitangan wanita di mana mereka diberi cuti khas ketika datang bulan.

Syarikat Coexist memberi garis panduan untuk membenarkan wanita mengambil cuti tanpa dikira sebagai cuti sakit dan diharap ia akan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.
Syarikat Umum Cuti Untuk Kakitangan Datang Bulan


"Saya telah menguruskan ramai kakitangan wanita sejak beberapa tahun dan saya melihat mereka terpaksa bekerja ketika berdepan dengan kesakitan ketika datang bulan," kata Pengarah Bex Baxter, 40, memberitahu Bristol Post.

"Kakitangan wanita tidak mengambil cuti sakit kerana menganggap mereka tidak sakit.

"Ini adalah tidak adil. Di Coexist kami amat memahami dan jika sesiapa berasa sakit tidak kira apa jenis penyakit, kami menggalakkan mereka untuk pulang ke rumah," ujarnya dipetik Metro.uk.

Katana lagi, pihaknya juga mahukan polisi diiktiraf dan membolehkan wanita untuk berdepan dengan proses semulajadi tanpa melabelkan mereka sebagai sakit. -HarianBlogger.Com

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Syarikat Umum Cuti Untuk Kakitangan Datang Bulan "