Tags:

Trump Iktiraf Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Kota Israel

By Hafiz.H Wednesday, March 23, 2016
WASHINGTON – Pendahulu calon Presiden Amerika Syarikat (AS) daripada Parti Republikan, Donald Trump kelmarin mengumumkan akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan mengalihkan kedutaan AS ke kota itu sekiranya berjaya menduduki White House.

Israel menganggap bandar purba itu sebagai ibu kotanya tetapi banyak negara lain, termasuk AS sendiri menolak memindahkan kedutaan mereka ke Baitulmuqaddis ekoran status dan sempadannya masih dipertikaikan.
Donald Trump


Penduduk Palestin juga melihat Baitulmuqaddis sebagai ibu negara mereka, manakala sebarang proses damai dengan Israel perlu melibatkan pengiktirafan tersebut.

Baitulmuqaddis bukan sahaja dianggap kota suci oleh bangsa Yahudi tetapi juga umat Islam dan penganut Kristian.

Trump yang mendahului pengundian Parti Republikan menjelang Pilihan Raya Presiden AS pada November depan pernah menimbulkan kemarahan pengundi konservatif di AS selepas beliau menggambarkan akan mengambil pendekatan neutral berhubung konflik Palestin-Israel.

Namun kelmarin beliau membuat pusingan U apabila berkata: “Tiada siapa lebih pro-Israel daripada saya. Kita perlu melindungi Israel. Israel sangat penting kepada kita.

“Saya akan mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan saya mahu melihat kedutaan AS dipindahkan ke sana,” kata Trump sebelum berucap di hadapan badan pelobi Israel, Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika-Israel (AIPAC) di Washington.

Pasukan tentera Israel menawan penempatan penduduk Arab di Baitulmuqaddis Timur selepas tentera Jordan berundur semasa Tel Aviv berperang dengan negara-*negara Arab pada 1967.

Palestin tetap berkempen mendesak Israel berundur dari Baitulmuqaddis Timur, sementara Jordan masih diberikan hak pentadbiran ke atas tempat suci orang Islam di Baitulmuqaddis termasuk perkara*ngan Masjid Al-Aqsa. – AFP

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Trump Iktiraf Baitulmuqaddis Sebagai Ibu Kota Israel "