Tun Mahathir Sebak Sebaik Ditanya Dalam Satu Rancangan Bual Bicara - Harian Blogger.Com

Post Top Ad

Tuesday, March 15, 2016

Tun Mahathir Sebak Sebaik Ditanya Dalam Satu Rancangan Bual Bicara

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menitiskan air mata semasa ditemu bual dalam rancangan bual bicara 'Satu Jam Lebih Dekat' terbitan TV ONE Indonesia.

Beliau sebak sebaik sahaja ditanya mengenai keakraban hubungan beliau bersama bekas Presiden Indonesia, Suharto, sewaktu memegang tampuk kepimpinan negara suatu masa dahulu.
Wajah sebak Tun Mahathir sewaktu dalam wawancara penuh emosi di saluran TV ONE Indonesia.


"Bukan sahaja (hubungan) pemimpin sebuah negara, tetapi sahabat.

"Hubungannya personal, saya anggap dia (Suharto) sebagai abang," kata Dr Mahathir sambil menahan sebak.

Ia merupakan sesuatu yang jarang berlaku kepada bekas perdana menteri itu dalam mana-mana temu bual bersama media, baik media tempatan mahupun antarabangsa.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sempat menyatakan bahawa setiap manusia juga harus menerima hakikat bahawa tiada apa yang kekal dalam dunia ini.

"Kita semua akan pergi, akhirnya.

"Walau seberapa tinggi, ke situ juga. Satu hari nanti, masa saya. Kita terimalah," kata Dr Mahathir sambil tersenyum.
Temu bual selama satu jam itu ditayangkan empat hari lalu di TV ONE dan kemudiannya dimuat naik ke laman Youtube.

Rujukan: AstroAwani

No comments:

Post a Comment

Post Top Ad