Browsing "Older Posts"

Senang Jadi Bos, Datang Office Goyang Kaki Dapat RM40,000

By Hafiz.H → Saturday, April 30, 2016
My ex boss, gaji sebulan RM40,000. Masa itu aku tengok dia, datang pagi tunjuk muka kejap, cakap-cakap kejap, lepas itu sudah. Belah petang, datang tunjuk muka, cakap-cakap kejap, gelak ketawa, lepas itu sudah.

Dalam hati aku, "Amboi mudahnya kerja mereka. Itu saja kerjanya, bulan-bulan dapat RM40,000. Fuh!"

Hari ini baru aku faham. Apa kita nampak? Boss, kerja goyang kaki sahaja. Setakat datang tunjuk muka, cakap sikit-sikit, kucing aku pun boleh buat.

Apa yang kita tak nampak? Jadilah bos kalau nak nampak sisi mana yang kakitangan tak nampak.


Dia bukan CEO, yang CEO adalah abang dia. Walaupun abang si CEO, abang dia tak terus lantik bagi kerusi dan jawatan yang berpendapatan RM40,000 itu. Abang dia juga bermula dari bawah. Siap kena simbah dengan sup panas dengan orang awam, kalau tak silap.

Dia cuma berniaga, bukannya nak menanduk orang tak tentu hala ke, buat jahat ke. Yang pergi simbah sup panas itu buat apa?

Bila si abang bermula dari bawah, si adik pun dibiar berusaha dari bawah juga. Kerusi gaji RM40,000 itu cuma boleh duduk bila benar-benar layak. Part dia mengesot berhempas pulas dari bawah sementara nak melayakkan diri duduk di atas kerusi berjawatan berpuluh-puluh ribu itu, antara part yang kita sering terlepas dan tak tengok.

Antara part yang kita tak tengok lagi ialah:

Kita katalah ada anak 2 orang, isteri seorang dan termasuk diri kita, 4 perut semuanya. Kita sebagai staff asyik fikir nak isi empat perut ini saja, paling tidak tiap-tiap bulan. Katakanlah bos yang gaji RM40,000 sebulan ini, di bawah jagaannya ada 40 orang staff. Katalah purata ahli keluarga bagi setiapo seorang bagi 40 orang staff ini ialah 4 orang.

4 orang = 4 perut
4 perut x 40 staff = 160 perut

Tolak diri bos ini dan keluarga dia, dia kena fikir setiap bulan macam mana dia boleh terus bayar gaji agar 160 perut ini dapat diisi.

Kita fikir nak isi 4 perut vs bos fikir nak isi 160 perut. Kalau kita, tiap-tiap bulan dah stress setakat nak isi 4 perut. Macam mana bos punya stress nak pastikan 160 perut ini dapat diisi?

Nisbahnya ialah 1:40.

Bos 40 kali ganda lebih stress dari staff. Jadi, layak tak Tuhan bagi pada nada RM1,000 sebulan dengan RM40,000 pada bos anda?

Antara sifat Tuhan itu adil, adil itu bukan sama-rata. Sama-rata itu bukan adil. Tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya. Macam mana nak faham kenyataan ini? Begini:

Nisbah anda di atas tadi adalah 1 sahaja, tetapi nisbah bos anda 40. Kalau dia bagi anda RM40,000, bos anda RM40,000 sebulan, apakah itu adil? Sudah tentu tidak adil kan? Itu sama-rata.

Jadi, jika selama ini ada dalam kalangan kita asyik mengata tentang bos itu ini, harap terbukalah sikit fikiran dengan perkongsian ini. Kalau bos kot tergarang sikit pada suatu masa nanti, maafkanlah dia. Pastinya dia berbuat demikian ada sebabnya.

Kalau nampak bos bersenang lenang itu, jangan iri hati dengan dia. Bila masa dia bekerja, bila masa dia menangis, bila masa di stress untuk memastikan kita sebagai pekerja serta anak-anak kita terus terisi perutnya. Kita tak tahu.

Bulan depan ini dapat gaji lagi. Pergilah ucaplah Terima Kasih pada bos dari sudut hati yang paling dalam dengan senyuman paling ikhlas. Duit gaji yang kita dapat itu, ya betul dari hasil titik peluh kita usahakan tetapi bos itulah yang kuat berusaha agar kita boleh terus bekerja. Dengan ucapan ringkas seperti itu, seronok hatinya. Hilang sebentar stress atau keletihan dia menguruskan syarikat.

Tak faham tak mengapa. Bulan depan berhenti kerja, pergi buka syarikat sendiri. Fahamilah bagaimana susahnya nak memastikan kita terus mampu mengaji pekerja-pekerja itu.

Nukilan diatas adalah hasil tulisan saudara Muhammad Afiq Ikhwan yang telah dimuatkan di laman Facebook beliau.

Semoga perkongsian ini membawa manfaat dan menjadi garis panduan kepada sekalian pembaca.

Tahanan Lokap Lolos Keliru Nama Ganesh, Ganeson Di IPD Kulaijaya

By Hafiz.H →
China Press melaporkan, seorang suspek kes dadah yang ditahan di lokap di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulaijaya di Johor didapati 'hilang' semasa polis mahu membawanya ke mahkamah untuk sambungan reman.

Difahamkan suspek bernama Ganesh itu telah ditahan atas kes pengedaran dadah di lokap nombor 11 dan tempoh tahanan remannya dijadualkan tamat pada 28 April.

Namun begitu, polis yang cuba membawanya ke mahkamah pada pada pukul 9 pagi untuk sambungan reman terkejut dengan kehilangannya.
JOHOR BAHRU - Seorang tahanan berjaya meloloskan diri dari lokap selepas berlaku kekeliruan antara Ganesh dan Ganeson. (Hiasan)


Siasatan awal mendapati tahanan bernama Ganeson di lokap nombor 12 yang sepatutnya sudah dibebaskan pada 27 April pula didapati kekal di situ.

Keadaan itu sekali gus mendorong polis percaya Ganesh telah terlepas walaupun yang sepatutnya dilepaskan ialah Ganeson.

Polis yang melakukan siasatan juga mensyaki kecuaian itu mungkin disengajakan malahan mensyaki terdapat pihak yang berkomplot dengan sindiket dadah bagi melepaskan Ganesh.

Selepas Ganesh terlolos, Ganeson masih kekal berada di lokap.

Pihak atasan polis dilaporkan amat marah dengan kes tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang terlibat.

Rujukan: Malaysiagazette

Undang-undang Baru, Ibu Bapa Boleh Saman Anak Jika Tak Melawat Mereka

By Hafiz.H →
Tiada apa yang boleh menandingi kasih sayang seorang ibu dan ayah kepada anak-anaknya. Tapi tak semua anak-anak sanggup melawat ibu bapa mereka bila mereka dah besar, punya kerjaya yang bagus dan miliki keluarga sendiri.


Jadi, untuk elakkan semua itu berlaku satu undang-undang di Shanghai telah dikuatkuasakan pada 1 Mei ini di mana ibu bapa boleh memfailkan saman kepada anak mereka jika mereka tak datang melawat.

Bukan itu sahaja, undang-undang ini bertujuan untuk meningkatkan kebajikan warga tua di Shanghai yang sudah mencecah 4.36 juta orang. Anak-anak pun kalau sibuk macam mana pun apa salahnya melawat ibu bapa.

Rujukan: Sinar

Gaduh Disebabkan Kemalangan Kecil. Pemilik Myvi Belasah Mati Pemilik Proton

By Hafiz.H →
SEGAMAT – Seorang penjawat awam maut selepas dipukul tiga lelaki di Kilometer 69 Jalan Muar-Segamat berhampiran Kampung Lubok Bandan di sini awal pagi semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Yusuf Unais berkata, dalam kejadian pada pukul 1 pagi, Mohd. Zainuddin Md. Ali, 39, yang memandu kereta jenis Proton Wira dalam perjalanan dari arah Jementah ke Segamat.


“Mengikut siasatan awal, dipercayai berlaku pelanggaran antara kereta dipandu mangsa dengan kereta jenis Perodua Myvi milik suspek yang dinaiki empat lagi penumpang. Mangsa memberhentikan keretanya di kawasan kejadian.

“Berlaku sedikit pertengkaran antara mangsa dan pemandu kereta Perodua Myvi sebelum suspek bersama dua lagi rakan lelakinya bertindak memukul mangsa sehingga mati sambil disaksikan dua lagi penumpang kereta tersebut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Rujukan; Kosmo

Selepas Suami Pergi, Wanita Ini Faham Hikmah Dikurniakan Semua Anak Lelaki

By Hafiz.H → Friday, April 29, 2016
Lumrah bagi mana-mana suami isteri berkehendakkan ada anak lelaki dan perempuan dalam keluarga. Ia baru dianggap sempurna, tak lengkap rasanya anak jika hanya ada anak lelaki atau perempuan saja.
Atas sebab inilah ada antara pasangan yang sanggup mencuba dan terus mencuba walau sudah punya berderet anak sama jantina. Hakikatnya setiap kurniaan Tuhan itu ada hikmahnya.

Ia tidak dapat dibaca sehingga satu ketika kita dihadapkan dengan kejadian yang membuka mata. Demikian yang dirasakan oleh seorang ibu yang memiliki empat anak lelaki. Baca perkongsian menyentuh hati dari Puan Ros Yanie dalam Facebook beliau.


"Dulu aku nk sgt anak perempuan. No 1 dpt anak lelak, no 2 dpt anak lelaki. No 3 pun lelaki. Last2 aku pergi umrah, aku daki Jabal Rahmah doa kat sana sbb nk jgk ank perempuan.

Bila ngandung excited ingat makbul doa. Beli baju perempuan, semua kelengkapan pink tp last-last kuar dpt ank lelaki. Tak lama lepas tu suami aku pergi mengadap Ilahi. Baru kini aku tahu kenapa Allah bg aku semua anak lelaki.

Nanti lepas ni tak payah nak cari wali ke apa ke. Lagi satu time nak g niaga merekalah yg membantu isi barang dlm kereta, angkat besi2. Walau masih kecil tp mereka blh bantu.

Satu mlm tu aku panggil 4 anak aku, yg kecil tu mungkin tak fhm tapi aku panggil jugak. Aku dok atas kerusi, anak aku dok kat bawah. Aku bg tazkirah mlm tu.

Abg Long, Ngah dan Cik tahu tak kenapa anak2 mama semua lelaki? Ank aku tanya kenapa mama? Skrang ni abah dah tiada. Mama tak kisah anak2 mama nanti bila besar nak kijo gapo tp mama nak agama yg penting.

Tahu dop besar tjawb mama ni.Gapo2 anak2 mama buat mama tanggung sore, abah dah lepas doh, anak aku no 3 tu faham tak faham je.

Aku kata lgi, mama nk pesan jah, abah dah takdok mgkin lepas ni mama plak, ngajilah, lebih2 agama. Tak kijo kerajaan pun takpa. Mama blh ajar kot niaga.

Tp so jah... andai tiba nanti mama mati, mama nak kamu berempat ni yg usung keranda mama.  Dua di depan, dua di belakang. Mama nak diantara kamu yg jadi imam solat jenazah mama. Tk yah ore lain.

Mama nak kamu berempat yg tunggu kubur sambut mama. Mama nk kamu berempat turun diliang lahad sambut mama, turun belako. Long pegang molek ma ni.

Long pegang kepala, Ngah pegang tengah. Cik pegang paha. Adik pegang kaki. Pegang mama masuk dalam kubur. Jangan bg org lain pegang.

Long ni mama kita ni Long, pegang molek Long.Letak slow2 Long. Ni mama kita ni... Last doh kita pegang mama kita ni. Pahni mama tak dop doh Long. Bila selesai mama nak antara kamu yg baca talkin, doa untuk mama.

Tadah tangan, doa deras, biar adik2 pun dengar. "Ya Allah ni mak aku ni.Kau telah ambil mak aku...Kini kami adalah anak yatim piatu. Kami redha. Ya Allah kau ampunilah dosa mak kami.

Dialah yg membesarkan kami.Dialah yg bekerja keras untuk kami, kedua tangan dia yg membesarkan kami tanpa kenal erti lelah.

Dialah yg bersusah payah siang dn mlm mencari rezeki untuk kami.Kau ampunilah dia.Kasihan ni lah mak kami ni ya Allah.

Nak tahu tak, doa anak yatim piatu ni Allah dengar. Doa dgn bersungguh dan mesti ikhlas. Allah mesti dengar, Allah Maha Mengasihani.

Dan nak tahu tak hanya ank lelaki boleh buat semua ni. Aku ajar ank aku,  menangis diorang mlm tu. Terus peluk aku. Sorang di kaki, sorang di dada, sorang atas belakng, sorang atas kepala. Sayang mama...Takse mama mati...

Wahai ank ku...Allah bg mama anak lelaki untuk ma rasa nikmat yg ma rasa bersyukur sgt. Doalah ko ma mintak mama panjang umur. Sapa tak takut mati anak weh...cuma mama nk peringat, ingat Allah, ingat abah, doa sokmo.

Anak2 aku ni kena ajar kot sedih. barulah tak baloh, sembhyang, ada sifat belas ko mok... Suatu hari nanti anak2 aku akan skodeng FB aku...Mereka akan tahu pesanan ni.

Sekarang baru aku tahu, sesungguhnya Allah itu maha megetahui àpa yg dia beri...

Alhamdulillah."

Sumber: Facebook Ros Yanie

Kredit: Vanillakismis

Biar Anak Makan Depan TV, Ibu Bapa Rugi 5 Perkara Ini!

By Hafiz.H →
Ingat lagi tak bagaimana waktu makan kita dulu? Menjadi rutin semua adik beradik perlu berkumpul di meja untuk makan bersama.
Bagi yang melalui zaman kehidupan susah, lauk sedikit dikongsi bersama. Waktu inilah hadirnya senda gurau bersama adik beradik. Ini antara hikmah makan bersama.

Tapi situasi sekarang bagaimana? Adakah kita membesarkan anak dengan rutin yang sama? Hari ini ramai ibu bapa membiarkan anak makan sendiri tak kurang juga membiarkan anak makan di hadapan TV.

Malah ibu bapa sendiri turut melakukan perkara yang sama. Hakikatnya ibu bapa yang melakukan rutin makan sendiri-sendiri ini telah kerugian lima perkara berharga bersama dengan anak.

1. Melepaskan waktu berkumpul sekeluarga

Sehari bekerja, waktu makan malam terutamanya adalah satu-satu masa dalam sehari untuk anda dan anak berkumpul sebagai satu keluarga. Anda telah melepaskan waktu berharga ini.

2. Kerugian masa sembang paling rileks

Di meja makan inilah selalunya akan keluar cerita dari mulut anak tentang apa yang mereka alami pada hari itu. Malah inilah juga masa paling baik untuk ibu bapa selitkan nasihat pada anak tanpa ada apa-apa tekanan.

3. Waktu ajar anak cara pemakanan yang betul dan adab di meja makan


Ini masanya untuk galak anak makan sayur dengan menunjukkan contoh kepadanya. Pada masa yang sama ibu bapa akan perhatikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di meja makan.

4. Masa terapkan tanggungjawab

Waktu makan juga sebenarnya masa untuk ibu bapa mengajar anak tentang perkongsian tanggungjawab kerja rumah.

Baik anak lelaki atau perempuan, bahagikan kepada mereka tugas menghidang, membasuh pinggan dan mengemas meja.

5. Makna perkongsian

Goreng dua ekor ikan dan ajak anak berkongsi makanan seperti mana yang pernah ibu bapa lakukan dahulu.

Hikmahnya bukan saja mengajar anak berkongsi tapi menambah kemesraan antara anak beranak. Anda tak dapat mengajar perkara ini jika biarkan mereka makan sendiri.

Bagi yang tidak menjadikan makan malam bersama anak-anak satu rutin, belum terlambat untuk mempraktikkannya. Nanti anda akan dapat lihat perbezaannya.

Ada banyak nilai kasih sayang dalam waktu makan yang mungkin tak sampai satu jam.

Rujukan: Vanillakismis

Gedik Nak Kahwin, Baru Tahu Kenapa Jodoh Tak Sampai Lagi

By Hafiz.H →
Ramai diantara kita yang risau jodoh tak sampai-sampai lagi. Chill, jangan stress. Ada hikmah disebalik kejadian.
Ni Bunga Mawar pun ada kongsi tips macam mana nak hilangkan sindrom “nak kahwin”. Menurut Bunga Mawar, bila dia dah mula redha lama-kelamaan baru dia realize kenapa jodoh dia tak sampai lagi.

Meh baca kisah ‘Bujang’ luahan Bunga Mawar kat bawah ni, mungkin terubat sikit hati anda tu.



Kredit: SajaKongsi

Pemancing Berjaya Naikkan Kap Gergasi Guna Umpan Abu Mayat Rakan

By Hafiz.H →
Bangkok: Dua kaki pancing berjaya menangkap seekor ikan kap gergasi seberat 81 kilogram menggunakan umpan yang diperbuat daripada abu mayat seorang rakan mereka sendiri.

Paul Fairbrass, 65, dan Cliff Dale, 65, memancing ikan itu menggunakan umpan dari abu mayat rakan mereka, Ron Hopper yang meninggal dunia akibat kanser.

Fairbrass berkata, mereka bertiga yang menetap di Britain merancang untuk bercuti sambil memancing di Jurassic Mountain Resort and Fishing Park di Thailand.

Bagaimanapun, Hopper, 65, disahkan menghidap kanser dan meninggal dunia pada Disember tahun lalu.
FAIRBRASS (kiri) dan Dale bergambar dengan ikan kap gergasi yang berjaya dipancing mereka.


“Ketika dirawat Hopper mahu abu mayatnya ditabur di resort berkenaan kerana dia sangat suka memancing.

“Namun, saya mencadangkan supaya abu mayatnya dijadikan umpan untuk menangkap ikan gergasi di situ.

“Hopper ketawa dan dia sangat sukakan idea saya itu,” katanya.

Menurutnya, dia dan Dale yang memancing di resort itu baru-baru ini mengambil masa selama tiga jam untuk menaikkan ikan kap gergasi berkenaan.

“Kami sangat gembira kerana berjaya menangkap ikan ini dan pada masa yang sama terharu kerana Hopper turut membantu kami,” jelasnya. - Agensi

Rujukan; HarianMetro

Amal Minum Air Sejuk Atau Air Panas, Mana Lebih Baik?

By Hafiz.H → Thursday, April 28, 2016
Minum air sejuk terutama berais memang menyejukkan tekak terutama pada hari panas terik. Tapi ramai yang mengamalkan pantang minum air ini kerana dikatakan tak elok untuk kesihatan. Betulkah?
Sebenarnya minum air sejuk juga baik untuk tubuh tapi haruslah pada waktu yang sesuai. Berikut dikongsi kebaikan minum air sejuk dan waktu yang tepat untuk anda mengambilnya agar bermanfaat pada kesihatan tubuh.

Selepas bersenam

Sewaktu bersenam, suhu tubuh akan meningkat dan minum air yang sejuk akan menurunkannya kembali.

Melawan panas

Minum air sejuk terutama pada musim panas disarankan bagi kesihatan tubuh. Air sejuk diserap dengan cepat oleh tubuh dibanding air panas.

Membantu menurunkan berat badan

Kunci penurunan berat badan adalah menaikkan kadar metabolime tubuh agar dapat membakar kalori lebih banyak lagi.

Antara cara paling berkesan untuk tujuan ini adalah minum atau mandi air sejuk, ia dapat meningkatkan metabolisme tubuh.

Jangan minum air sejuk bila...

Elak minum air sejuk ketika sedang makan. Minum air sejuk semasa makan atau selepas makan akan menyebabkan tubuh membuang banyak tenaga untuk meningkatkan suhunya. Ia akan melambat pencernaan yang hujungnya berkait dengan masalah lemak pada perut.

Minum air panas pun banyak manfaatnya

Tak lengkap jika tak huraikan tentang manfaat minum air panas atau suam yang mana cukup baik diamalkan.


Mempercepatkan pencernaan

Menurut perubatan Ayuverda dan masyarakat Cina kuno, sebaiknya minum segelas air suam pada pagi hari. Ia akan mengaktifkan sistem pencernaan dan mencegah masalah pada perut.

Mengeluarkan racun dari tubuh

Minum air suam juga membantu mengeluarkan toksin dari tubuh selain membersihkan tubuh dan mencegah jerawat serta masalah kulit.

Untuk menambah khasiatnya, tambah perahan jus lemon dalam segelas air suami dan minum setiap pagi.

Melancarkan pernafasan

Air panas juga baik bagi mereka yang memiliki masalah pada saluran pernafasan. Air ini membantu pengeluaran lendir di saluran pernafasan.

Mengurangkan rasa sakit

Sewaktu air panas mengalir dalam aliran darah, ia sekali gus berfungsi sebagai penghilang rasa sakit semula jadi.

Jadi jika mengalami sakit pada sendi atau perut kerana haid, segelas air hangat dapat membantu mengurangkannya.

Rujukan: Vanillakismis

Rakaman Pegawai Imigresen Wanita Tendang Pekerja Asing

By Hafiz.H →
PETALING JAYA: Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan kepada pegawai wanita jabatan itu yang bertindak kasar memukul seorang pekerja asing warganegara India.
Pengerusinya, Datuk R Sri Sanjeevan berkata pegawai wanita itu patut dipecat kerana telah melanggar SOP pihak berkuasa dan mencemarkan nama baik Imigresen.

“MyWatch telah mendedahkan video klip kekasaran seseorang pegawai wanita Imigresen sewaktu menjalankan serbuan ke atas sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban pada 8 Januari 2016 lalu.

“Tiada dalam mana-mana SOP pihak berkuasa, perlunya tindakan kasar dikenakan ke atas pihak bersalah sekiranya mereka telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu siasatan dijalankan. Malah kompaun yang dikenakan ke atas pemilik premis juga sudah dilangsaikan,” katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini.


Sebelum ini MyWatch telah mendedahkan perbuatan itu melalui satu rakaman CCTV di mana pegawai perempuan Imigresen itu telah bertindak dengan begitu kasar ke atas seseorang pekerja asing warganegara India (mangsa) yang telah ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Dalam rakaman itu juga, pegawai wanita berkenaan menendang bahagian kemaluan mangsa dan turut memukulnya di bahagian kepala beberapa kali.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut meminta pihak Imigresen tampil memberi penjelasan berhubung tindakan pegawai berkenaan.

“MyWatch meminta Ketua Pengarah Imigresen tampil segera memberikan respon berkaitan isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, MyWatch sedia memanggil mangsa yang dipukul itu untuk memberi penjelasan sebenar berkenaan kejadian itu.

Katanya, ini sebabkan beliau mendakwa mangsa dipukul kerana tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.

Selain itu, menurut Sanjeevan, mangsa juga mendakwa turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.

“MyWatch juga bersedia membawa mangsa terbabit ke Malaysia bagi menceritakan apa yang dialami dirinya ketika serbuan dan ketika dalam tahanan,” katanya.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Merarau, Gabi - Istilah Baru Dalam Bahasa Melayu?

By Hafiz.H →
“JOM pergi merarau!”

Apa yang muncul dalam fikiran anda apabila rakan anda berkata begitu kepada anda?

Pastinya pelik dan tidak faham, bukan?


‘Merarau’ dikatakan istilah baharu yang diberikan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk menggantikan istilah makan tengah hari yang diguna pakai sebelum ini.

Foto yang mengandungi istilah-istilah baharu itu rancak dimuat naik dan dikongsi ke laman sosial, sekaligus mengundang pelbagai komen dan reaksi lucu daripada netizen.

Ada yang melihat penamaan semula adalah sesuatu yang baik kerana ia membantu memperbanyakkan dan meluaskan tatabahasa.

Tetapi ramai juga yang merasakan penamaan semula itu bukan satu keperluan.

Sebaliknya, DBP dicadangkan agar menumpukan kepada penterjemahan istilah asal bahasa Inggeris, antara istilah atas talian seperti retweet dan like.

Selain makan tengah hari, antara istilah lain yang dikatakan dinamakan semula adalah minum petang (cicipan) dan minum malam (gabi).
Pihak DBP belum dapat dihubungi untuk pengesahan.

Rujukan; AstroAwani

Najib: Saya Lihat Ibu Bapa Mampu Bawa Anak-Anak Mereka Bercuti & Beli-Belah Raya

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tiada pihak yang boleh menafikan bahawa kedudukan ekonomi dan tahap sosioekonomi rakyat Malaysia adalah baik dan wajar dibanggakan.

Berdasarkan lawatan-lawatan rasmi dan tidak rasminya, katanya beliau melihat ramai rakyat kini memiliki kualiti kehidupan yang baik, malah boleh disifatkan antara yang terbaik di rantau ini.


"Misalnya, saya lihat ibu bapa di bandar-bandar dapat membawa anak-anak mereka bercuti dan membeli-belah terutama menjelang musim cuti sekolah.

"Saya juga diberitahu, semasa MATTA Fair (Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia) baru-baru ini, penjualan pakej-pakej percutian dan tiket-tiket penerbangan begitu laris sekali. Malah, promosi dan jualan hari-hari perayaan seperti Aidilfitri sudah pun bermula seawal bulan lepas," katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap melancarkan Laporan Tahunan Program Transformasi Negara (NTP) 2015 di Angkasapuri di sini, malam ini. Pelancaran itu disiarkan secara langsung oleh Radio Televisyen Malaysia.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata keadaan sosioekonomi sebenar negara dan rakyat bertentangan dengan apa yang cuba dimomokkan dan dipersepsikan secara negatif oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru itu, beliau meminta rakyat menolak dan menepis semua pandangan yang tidak membina itu kerana kerajaan sekarang tekad menumpukan segala agenda dan usaha untuk memakmurkan negara dan mensejahterakan rakyat.

Perdana Menteri turut berkongsi dengan rakyat tentang beberapa pencapaian hasil kejayaan NTP yang disifatkannya amat membanggakan.

Beliau berkata pada 2010, kerajaan mengumumkan komitmen agar perkhidmatan awam ditransformasikan supaya mutu perkhidmatan kepada rakyat dapat dipertingkat.

"Hasil daripada komitmen itu, tempoh menunggu di 17 hospital kerajaan dapat dipendekkan sehingga 50 peratus dan memanfaatkan kira-kira dua juta pesakit," kata beliau.

Menurutnya hasil transformasi kawasan luar bandar juga menyaksikan seramai 5.5 juta rakyat dapat menikmati kemudahan air, elektrik dan jaringan jalan raya.

"Sejak lima tahun lepas juga, hampir tiga juta rakyat dapat menggunakan 5,300 kilometer jalan raya baharu yang telah dibina. Seterusnya lagi, dalam tempoh sama, kira-kira 1.7 juta lagi rakyat mendapat akses kepada air paip yang menyediakan bekalan air bersih kepada lebih 340,000 isi rumah, manakala sejumlah 144,000 isi rumah lain mendapat akses kepada bekalan elektrik 24 jam," katanya.

Sumber: Bernama

Wang Kertas New Zealand Diiktiraf Tercantik Di Dunia

By Hafiz.H → Wednesday, April 27, 2016
PERSATUAN Wang Kertas Antarabangsa (IBNS) telah memilih wang kertas NZ$5 sebagai pemenang anugerah Bank Note of the Year 2015.

Keputusan yang diumumkan pada Selasa sekaligus menyaksikan wang kertas tersebut menewaskan 19 pencalonan lain, lapor Mashable.
Antara pencalonan ialah wang kertas 20 Kronor Sweden, wang kertas 100 Ruble Rusia, dan wang kertas 5 Pound Scotland.

IBNS merupakan persatuan yang ditubuhkan khusus untuk kajian dan pengumpulan wang kertas.

Pemenang anugerah Bank Note of the Year dipilih berdasarkan nilai artistik, mempunyai ciri keselamatan inovatif, dan masih lagi digunakan.

Timbalan Gabenor Reserve Bank of New Zealand, Geoff Bascand dalam satu kenyataan menjelaskan kemenangan tersebut merupakan bukti usaha gigih dan inovasi bank tersebut dalam menghasilkan wang kertas itu.


Wang kertas NZ$5 mengabadikan wajah Sir Edmund Hillary, salah seorang pendaki Gunung Everest terawal - Foto Reserve Bank of New Zealand. - Gambar AstroAwani
“Kami bangga dengan semua wang kertas New Zealand, tetapi apabila wang NZ$5 ini diiktiraf di peringkat antarabangsa, ini sesuatu yang istimewa. Wang kertas ini mempunyai beberapa ciri keselamatan termaju di dunia namun masih lagi indah dan memaparkan sejarah, budaya, dan warisan New Zealand,” tambah Bascand.

Wang kertas NZ$5 mengabadikan wajah Sir Edmund Hillary, salah seorang pendaki Gunung Everest terawal dan juga penguin bermata kuning atau hoiho yang wujud di Kepulauan Campbell, pulau subantartik New Zealand.

Rujukan: AstroAwani

Step By Step Cara Bedung Bayi, Panduan Untuk Ibu Bapa Baru

By Hafiz.H →
Salah satu perkara yang harus dipelajari dengan cepat oleh ibu bapa baru selepas menimang cahaya mata adalah cara membedung bayi.
Bagi bayi yang baru dilahirkan amalan berbedung ini mampu memberi keselesaan kepada mereka. Ia mengelakkan bayi mudah terkejut dengan bunyi bising selain membuat bayi terasa seperti berada di dalam rahim ibunya.

Bagaimana pun sering kali menjadi masalah ibu bapa baru, kain bedung yang digunakanmudah terlucut atau terlerai bila bayi menggerakkan badannya.

Puncanya cara bedung bayi yang dilakukan tidak tepat. Untuk ibu bapa baru khususnya berikut adalah cara bedung bayi paling ringkas yang boleh dijadikan panduan.
1. Bentang kain bedung dengan salah satu bucu kain menghala ke atas. Lipat bucu kain menjadi segi tiga. Letakkan bayi pada bahagian segi tiga tadi seperti gambar rajah. Bahagian kain yang dilipat hendaklah sama paras dengan bahunya.



2. Turunkan tangan kanan bayi ke sisi badannya. Tarik kain bedung sebelah kanan menyelimuti tangan dan dadanya kemudian selit hujung kain di bawah punggung bayi sebelah kiri.
3. Bawa hujung kain bedung bahagian bawah ke arah dada bayi sehingga bahagian bawah berbentuk segi empat.
4. Turunkan tangan kiri bayi ke sisi tubuhnya kemudian tarik pula kain bedung sebelah kiri untuk menyelimuti tangan dan dadanya.
5. Selitkan hujung kain ke bawah punggung pada sisi kanan tubuh bayi. Selesai.

TIP
  1. Pilih kain bedung yang lebar dan diperbuat daripada kain kapas.
  2. Kini terdapat juga kain bedung moden dengan penggunaan butang dan pelekat memudahkan bayi dibedung dengan cepat dan kemas.
Rujukan: Vanillakismis

Tawakal. Wang Terakhir RM 50 Berikan Pada Emak Dan Ini Ganjarannya

By Hafiz.H →
Sumber: FB Rina Salleh. Oleh: Aimi Nordin

Kalau pergi mana-mana ceramah agama ustaz ustazah mesti ingatkan tak kisah berapa banyak pun duit tapi bagi lah pada ibu bapa. Walaupun setakat RM 10 kerana berkatnya mendahulukan ibu bapa Insyaallah Allah murahkan rezeki dan urusan kita dipermudahkan.

Buktinya…

Selamat hari jadi Rina.
Hari ni hari jadi saya. Saya tak nak pura-pura tak sedar dan harap orang buat surprise untuk sambut harijadi saya. Saya orangnya simple. Kadang-kadang tudung berkedut tak sempat gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. Tak, saya memang sengaja taknak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tak boleh pakai dah. Dulu tak macam ni. Dulu nak bergaya sakan.


Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu saya ada sorang kawan. Banyak bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan dengar. Ada satu cerita dia yang buat saya berfikir panjang. Dia kata setiap kali dia jumpa mak, dia akan hulur rm50 atau berapa je yang dia ada masa tu. Saya tanya, kalau seminggu jumpa mak 3 kali, 3 kali lah bagi duit? Dia angguk. “Ahhhhh, dia banyak duit boleh la. Saya kalau betul-betul ikat perut, rm50 tu boleh tahan belanja dua minggu” Suara suara defensive saya masa tu. Masa tu saya jahil.
.
Satu hari tu saya terdesak, sangat-sangat. Nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket je. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang suka nasihat tu. Dia cakap tu lah keramat dia. Asbab bagi mak duit dan juga niat sedekah, mak dia gembira.

Itu rahsia dia berjaya. Saya pun antara yakin dengan tak, saya bagi mak saya duit. Itulah duit duit terakhir dalam tangan. Saya betul-betul tawakal masa tu. Ada juga suara jahat saya kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung.

Haih memang, dugaan nak buat benda baik ni besar. Dan Allah Maha Berkuasa. Lepas tu saya dapat order orang nak beli borong tudung bawal untuk dia jual dekat Kedah, jumlahnya dalam tiga ribu ringgit. Dia bayar siap-siap full payment. Masa tu kelam kabut juga saya cari stok. Dekat 20 kodi dia order. Dah lah tak pernah pos besar-besar macam tu, kalut saya nak packing. Saya menangis dalam hati masa tu. Sejak tu saya percaya dan sangat yakin, apa kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada mak ayah.
.
Saya tulis ni sebab kadang-kadang saya pun lupa. Manalah tau, esok esok saya lupa diri, biar ada orang ketuk sikit. Sebab tu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik jumpa mak ayah. Bagilah berapa pun yang ada.

Kalau betul-betul tak ada duit, bagilah masa kita sikit. Luangkan dengan mak ayah. Moga-moga dapat juga gembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
.
Jadi, hari istimewa ni saya tak harap banyak. Saya cuma harap kawan-kawan doakan kebahagian ibu dan abah saya. Mereka orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan dimana saya hari ni adalah atas usaha dan doa ibu dan abah dengan izin Allah.
.
Saya yang jahil,
Rina Salleh

Cerai Isteri Sebab Tak Jaga Agama, Suka Melawan, Ini Kata Ustaz Buat Suami

By Hafiz.H →
Isteri tak pandai layan suami, malas suka melawan, habiskan duit. Bila semua perkara ini menjadi alasan untuk seorang suami menceraikan isteri, pasti ramai berkata 'memang patut pun'.

Lantas isteri dipersalahkan atas apa yang terjadi. Namun hakikatnya suami juga harus muhasabah diri kerana tugas memimpin, anak, isteri ke jalan yang benar adalah tanggungjawab mereka.

Baca penjelasan Ustaz Ebit Lew tentang perkara ini dalam satu perkongsian statusnya.
Seorang suami jumpa saya tadi. Dia baru ceraikan isterinya. Katanya isteri dia tak jaga agama. Malas dan suka habiskan duitnya. Suka bangun lambat. Tak pandai layan suami. Asal cakap menyakitkan hati. Kuat melawan.

Dia kata saya kan lelaki. Kena tegas. Kalau tak dayus. Jangan biar orang perempuan tindas dan pijak kita.

Saya kata abang pernah bawa dia belajar iman tak? Ada bawa pergi majlis Ta'lim ke? Ada bawa pergi majlis ilmu ke?

Susah nak bawa dia ustaz..

Betul ke tindakan saya ustaz...

Tapi selalu begitulah abang. Kalau wanita salah cepat jer dia ceraikan. Saya lihat beribu wanita yang dapat suami macam-macam tapi mereka sabar jer. Tahan kan ajer. Demi anak-anak mereka teruskan perkahwinan.


Wanita ini jika berpisah orang selalu salahkan mereka. Orang takut nak dekat dengan mereka. Orang kata dia guna-gunakan suami. Dia kuat melawan suami. Dia gagal dalam perkahwinan.

Nak cari pengganti berat jer. Mereka kena uruskan anak-anak. Hidup mereka untuk anak-anak. Suami jika marah senang-senang jer lepas tangan macam tu..

Dalam perkahwinan ini abang, kita kena selalu muhasabah diri. Masing-masing kena mengalah. Ingat Allah. Apa Allah nak saya buat. Inilah perjuangan saya. Bimbing isteri ke arah kebaikan.

Bawa berjuang di jalan Allah. Buat Ta'lim dalam rumah. Cari waktu tetap dan tempat yang tetap. Beri hadiah buat isteri. Cari kesukaan mereka. Gembirakan hati mereka.

Tapi kata-kata dia sakitkan hati saya ustaz?

Jawab saya dalam Al-Quran. Sifat hamba Allah yang Maha Pengasih ialah apabila orang jahil berkata yang buruk pada mereka. Mereka akan balas dengan kebaikan dan rahmat. Sabar...

Malam kita menangis doakan mereka. Setelah kita buat semua ini jika isteri masih begitu barulah fikir bab cerai. Tapi sangat yakin sesiapa sahaja buat semua ini isteri mereka akan jadi isteri yang solehah

-ebit lew

Kredit: Vanillakismis

Budak 11 Tahun Cedera Dipukul Bapa Dengan Spanar

By Hafiz.H → Monday, April 25, 2016
MUAR: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menerima dua jahitan di kepala selepas dipercayai dipukul dengan spanar oleh bapanya di Kampung Paya Lembah, Pagoh di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata pihak polis menerima aduan daripada seorang Pegawai Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) mengenai keadaan mangsa.
Hiasan


"Pegawai perubatan terbabit menyatakan ketika menjalankan rawatan ke atas kanak-kanak lelaki itu, pengadu bertanya kepada pesakit dan ibu mangsa dan mereka memberitahu pesakit (mangsa) diketuk oleh bapanya dengan menggunakan spanar.

"Bertindak atas maklumat, polis pergi ke unit kecemasan HPSF kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan mendapati mangsa mengalami sedikit luka di bahagian kepala dan menerima dua jahitan. Mangsa juga kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini. Azman berkata, polis kemudian ke rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi tadi, namun mendapati bapa mangsa tiada di rumah dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda secara berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Rujukan: BeritaHarian

Doktor Dipecat Video Serang Pemandu Uber Jadi Viral

By Hafiz.H →
LOS ANGELES: Seorang doktor warga India sebuah hospital di sini dipecat selepas videonya sedang menyerang seorang pemandu Uber di Miami menjadi viral.

Anjali Ramkissoon, 30, direhatkan sejak video itu tersebar pada Januari. Beliau dilaporkan dalam keadaan mabuk ketika insiden berlaku.

Namun, menurut kenyataan jurucakap Jackson Health System, Ramkissoon sudah dipecat.


"Jackson Health System dengan ini bertindak menamatkan perkhidmatan doktor residen kami, Dr Anjali Ramkissoon. Beliau masih berpeluang membuat rayuan," The Miami Herald memetik kenyataan itu sebagai berkata.

Ketika kejadian, doktor neurologi selama empat tahun di hospital itu dirakam cuba menyerang dan mencakar seorang pemandu.

Dia kemudian masuk ke dalam kenderaan lelaki itu membaling objek keluar kereta sambil menjerit dan menyumpah seranah sambil memaksa lelaki berkenaan menghantarnya pulang tanpa membuat sebarang tempahan.

Pemandu itu sebaliknya enggan dikenali dan tidak mengambil tindakan undang-undang. Ramkissoon kemudian meminta maaf atas kejadian itu.

Video insiden berkenaan mendapat lebih tujuh juta tontonan dan mencetus kemarahan serta kontroversi.

Rujukan: BeritaHarian

Ibu Anak 5 VS Ibu Anak 2, Mana Lebih Bahagia?

By Hafiz.H →
Perkongsian menarik seorang suami bernama Lofti Lukman di Facebook yang berdepan dengan keluhan isterinya yang beranak ramai.

Dalam pada masa yang sama dia turut bertemu ibu tua dengan dua anak yang menyedarkannya tentang kelebihan anugerah anak ramai yang dimilikinya.
"Teruk sangat ke kita anak ramai?" soal isteri saya mengadu dalam kereta ketika kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

"Eh. Kenapa cakap macam tu?" hati kecil saya berasa tidak sedap.

"Takdelah, tadi dekat shopping mall, orang berbunyi 'Ee.. Ramainya anak dia', '1,2,3,4,5 tu dia ramainya',

'Kahwin muda mak ni, anak berderet', kenapa mereka bunyi macam tu?" soal si perempuan ini lagi.

Hatinya tidak tenteram mungkin dengan teguran-teguran seperti itu. Ditambah dengan pandangan masyarakat melihat beliau membawa sejumlah anak ke hulu ke hilir. Saya berfikir sejenak untuk memberikan kata terbaik.

"Oh, mereka seronok tu. Seronok tengok kita dengan sejumlah penumpang yang ramai. Seronok melihat kemeriahan anak-anak. Tak apalah. Allah jadikan semua itu terbaik.


Anak ramai ke, tak ada anak ke, anak sorang ke, itu semua aturan yang Allah dah tetapkan. Masing-masing ada kelebihan dan kebaikan. Jangan duk susah hatilah pasal anak berderet ke. Anak berlambak ke, anak terborong ke. Semua itu rezeki.

Ataupun lepas ni..." saya tidak meneruskan jawapan, kerana saya tahu jawapan itu tidak memuaskan hati beliau. Lantas, fikiran saya menerawang ke beberapa bulan yang lepas...

Saya teringat peristiwa ketika menunggu isteri di Klinik Kesihatan Semenyih. Di hadapan saya ada seorang makcik. Sekejap-sekejap dia berpaling kepada saya di belakang. Saya diamkan sahaja. Akhirnya mungkin tidak tahan untuk bertanya beliau bersuara.

"Anak ke ni? kembar ya? berapa semua?" bertalu makcik tu tanyakan saya.

"Err, tak jual kak," saya buat lawak sambil tersengih bodoh tapi kacak.

"Panggil acik dahlah. Saya dah tua," beliau tersenyum.

Lalu kami meneruskan perbualan. Beliau mempunyai 2 orang anak. Yang sulung perempuan telah berkahwin dan tinggal berasingan di Puchong.
Manakala yang bongsu lelaki tingkatan 1 tinggal bersama beliau.

Suaminya kerap outstation kerana menguruskan perniagaan. Tinggallah beliau bersama anak lelaki tunggalnya di rumah. Diulit kebosanan, beliau mengambil upah menjaga anak jiran untuk tinggal bersama sebagai peneman.

"Acik sunyi sangat. Rindu betul pada anak. Rasa menyesal anak sikit. Walaupun rumah tu ada si adik tapi yerlah balik sekolah dia asyik dengan henponnya. Sibuk nak keluar dengan kawan.

Tinggallah kita sorang-sorang. Kalau si kakak tu ada datang, cerialah sikit rumah ni. Tapi.." beliau memandang jauh ke hadapan. Dari raut wajahnya seolah-olah tersembunyi pelbagai rahsia hati.

"Dia pun kenalah ikut suami. Ada masa suami kata balik jenguk mak, dia ikutlah. Kalau suami sibuk, dia tak boleh kata apa,"

"Acik kalau call, acik tak tanya anak nak datang bila. Acik akan call menantu. Sembang dengan dia dan tanya kalau ada free nak makan di rumah bagitahulah, acik nak masak.

Acik sebenarnya harap sangat diorang balik jenguk acik. Tapi yerlah masing-masing sibuk dengan hal sendiri. Bukan salah mereka. Emak acik dulu pun dah nasihat acik, nanti kalau anak engkau dah berumahtangga, jangan ganggu mereka.

Biarlah mereka susah senang dan buat hal sendiri. Kalau mereka ingat, adalah rezeki engkau. Anak perempuan ni bila dah berkahwin dia milik suaminya. Untung kalau menantu tu baik dengan kau. Cam gitulah emak acik pesan. Acik pegang sampai sekarang.

Tapi nak, hati ni tak kuat. Kadang-kadang nak sangat mereka ni semua ada di tepi. Nak tengok depan mata. Tu jer," panjang lebar makcik tersebut bersyarah dan meluahkan perasaan kepada saya.

Saya dah menangis sambil kesat hingus. Terus teringat pada emak dan emak mertua. Itulah mungkin perasaan mereka dengan anak mereka.

"Untung kau nak, muda-muda anak dah ramai. Biarlah. Kau jagalah anak kau ni. Besarkan mereka. Nikmati saat ini. Waktu akan berlalu dengan cepat.

Apabila sampai masanya, mereka akan pergi tinggalkan kau. Didik mereka betul-betul ya," tambah makcik tersebut. Wajahnya kelihatan letih selepas mencurahkan perasaan dan isi hatinya.

Saya mengangguk. Isteri saya tiba dan bersalaman dengan makcik tersebut lalu kami berpisah setelah selesai urusan masing-masing.

Cerita yang akan saya simpan buat rujukan anak-anak dan kita semua. Saya harap isteri tersayang membaca coretan ini dan bersyukur lalu usah pedulikan sangat kata orang.

Paling teruk pun sakit hati jer. Ia tidak menjejaskan anggota badan kita yang lain. Kot-kotlah patah tangan ke, kaki terkoyak ke itu lainlah.

Lalu saya sambung dengan tenang, "... Kita tak payah keluar pergi ke shopping mall dah ya. Kita duk rumah diam-diam je tak payah jumpa orang. Ok?"

Pergaduhan bermula...

Ikhlas,
Lutfi Lokman
Menantu lelaki tunggal.

Kredit; Vanillaksimis

Selain Makanan, Ini Adalah Punca Tahap Kolestrol Anda Tinggi!

By Hafiz.H →
Selalunya bila pemeriksaan mendapati tahap kolesterol adalah tinggi perkara pertama yang kita lakukan adalah mengawal pemakanan.

Kita akan menghindari makanan berlemak dan mengamalkan diet sihat. Tapi sebenarnya pemakanan bukannya semata-mata faktor penyebab kolesterol tinggi.

Ada lagi beberapa penyebab lain yang kita jarang ambil kira. Ada penyebab kolesterol tinggi ini boleh kita kawal dan ada juga sebaliknya.
Faktor luar kawalan:

Genetik

Familial hypercholesterolaemia merupakan masalah kolesterol tinggi yang dialami secara turun temurun dalam keluarga. Sebaiknya lakukan pemeriksaan kadar kolesterol sejak usia anak-anak.

Jantina

Setelah menopaus, kadar LDL (kolesterol jahat) pada wanita akan meningkat sebab itu wanita pada usia ini disaran berhati-hati pada risiko penyakit jantung.

Usia

Lelaki berusia di atas 45 tahun dan wanita berusia di atas 55 tahun berisiko besar mengalami kolesterol tinggi.

Etnik

Ada etnik atau kaum yang secara semula jadi memiliki tahap kolesterol tinggi, misalnya dari Asia seperti kaum India, Pakistan atau Sri Lanka.


Faktor yang boleh dikawal:

Pola makan

Sekiranya kita banyak mengambil buah-buahan, sayur, kekacang, serta ikan, kemungkinan kadar kolesterol akan berada dalam tahap normal.

Berat badan

Kegemukan boleh meningkatkan kadar Kolesterol LDL dan kolesterol secara keseluruhannya. Jadi mulakan usaha menurunkan berat badan.

Senaman

Aktiviti senaman yang diamalkan secara teratur membantu untuk menurunkan kadar kolesterol.

Rokok

Bahan kimia yang terkandung dalam rokok boleh mempengaruhi kolesterol baik dan juga meningkatkan risiko penyempitan pembuluh darah.

Penyakit tertentu

Ada beberapa penyakit, termasuk penyakit ginjal, hati dan tiroid yang tidak aktif boleh menyebabkan kadar kolesterol seseorang meningkat.

Rujukan; Vanillakismis

(Gambar) Wanita Kurus Berjaya Habiskan Burger Seberat 3.2kg

By Hafiz.H →
SINGAPURA –Seorang wanita kurus yang berusia 28 tahun di sini berjaya menghabiskan sebiji burger gergasi seberat 3.2 kilogram (kg) hanya dalam tempoh satu jam baru-baru ini.
Thomasina 0w yang merupakan seorang pramugari dengan ketinggian 1.68 meter dan mempunyai berat badan 50kg menyertai Cabaran Burger Gergasi itu di sebuah restoran di Singapura.

Walaupun bertubuh langsing, namun Thomasina dilihat mempunyai selera makan yang besar.

“Saya tidak suka melakukan senaman sebaliknya saya hanya ‘bersenam’ dengan berjalan di dalam pesawat apabila merantau ke luar negara.

“Hakikatnya, ramai pihak mendakwa saya mengalami masalah gangguan makanan kerana mempunyai selera makan tinggi namun berat badan tidak bertambah,” katanya.
Inilah burger gergasi seberat 3.2kg yang perlu dihabiskan peserta dalam Cabaran Burger Gergasi di Singapura baru-baru ini.


Dalam pertandingan tersebut, dia merupakan satu-satunya individu yang berjaya menghabiskan burger gergasi itu.

Rujukan: Kosmo

Rekaan Baju Melayu Tanpa Baju, Ini Jawapan Pereka

By Hafiz.H →
SHAH ALAM - Pereka fesyen, Anuar Faizal hari ini tampil menjelaskan tentang kontroversi rekaan baju rayanya yang teruk dikritik netizen di media sosial.

Menurut Anuar, tujuan peraga pakaian tersebut tidak memakai berbaju dan hanya memakai samping atau berseluar adalah bagi menunjukkan kepada penonton rekaan kedua-duanya itu dengan lebih jelas.

Menurut Anuar, samping berwarna mustard yang dikritik orang ramai itu akan dijual satu set bersama baju dan seluar, bukannya hanya bersamping di pagi raya.


"Tujuan model tidak berbaju adalah untuk menunjukkan rekaan 'instant sampin' supaya pembeli di luar sana dapat mengetahui bagaimana samping ini berfungsi.
"Gambar (hanya) berseluar adalah untuk menunjukkan rekaan seluar kami yg 'slimfit', lengkap bersama dua poket di kiri dan kanan serta menggunakan getah di belakang agar memudahkan pergerakan sewaktu solat.

"Ini adalah kerana bila dipakaikan dalam set lengkap, ramai pembeli beranggapan seluar kami tidak fleksibel untuk solat di pagi Aidilfitri," katanya kepada Sinar Online.

Sebelum ini, kecoh di media sosial mengkritik majlis 'An EIDvening with ANUARFAIZAL: Unveiling the Eid Collection for Men' yang berlangsung malam tadi apabila ada peraga pakaian tersebut hanya berseluar atau bersampin.

Mengulas lanjut, beliau akui menghargai segala respons yang diberikan netizen terhadap rekaannya itu.

"Saya bersyukur ramai netizen di luar sana yang matang dan dapat menilai perkara ini dari sudut yang positif.

"Untuk berdaya saing maju di peringkat global, saya rasa pemikiran di tahap lama perlu diubah dan  dinaiktarafkan agar pereka tempatan dapat menempa tempat di persada antarabangsa," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Antara Sebab Kenapa Guru Masa Kini Sudah Tidak Seronok Mengajar

By Hafiz.H → Saturday, April 23, 2016
Ramai guru sudah tidak seronok mengajar dan antara sebab musababnya ialah:

1. Kedatangan saja kena key in online dan tanda register.

2. Key in data hampir 400 ibubapa dan murid dalam sarana untuk hari orientasi tingkatan 1.

3. Beli sendiri dakwat pen marker. Dibekalkan 3 batang (1 hitam, 1 biru dan 1 merah) dan 1 botol kecil ink untuk refill. Memang perlu beli sendiri untuk mengajar.

4. Syok sendiri. Buat latihan dalam VLe frog. Dah dua kali cuti sekolah kena jawab sendiri guna ID pelajar. Sendiri soal, sendiri yang jawab.

5. Tak boleh fokus sediakan BBM pelbagai sebab mengajar kelas pelbagai tahap. Masa , tenaga dan fikiran banyak dikerah untuk kerja-kerja lain. Tidak sama seperti semasa praktikal dan mula-mula posting 2008-2010. Macam-macam boleh buat.

6. Sejak idea PBS, online-online, jadi confuse dengan tugasan sebenar. Dulu masih boleh mengajar time relief sebab kasihan pada pelajar. Sekarang? Tak tak larat, penat urus macam-macam perkara.

7. Baru syok nak mengajar, teringat kena bagi kehadiran budak pada guru kelas. Kena key in kedatangan kelas sendiri online. Lambat atau sibuk, jadual pack atau habis data, nanti nama naik.

8. Kemudahan sangat terhad. Internet sendiri, print sendiri.


Sebenarnya menjadi seorang cikgu adalah penat dan tidak mudah. Kalau sehari masuk 4 kelas, kena urus 120 pelajar sehari yang pelbagai ragamnya. Ada yang menjerit, ada yang bergaduh, berdiri atas tembok koridor, bertumbuk, sakit dan macam-macam lagi.

Bergerak dari satu kelas ke satu kelas. Naik turun tangga jelajah satu sekolah. Masuk kelas, budak-budak tak dengar arahan. Dah perlu kerah tenaga lebih untuk kawal pelajar. Cakap pelahan-lahan, budak tak kisah.

Kadang-kadang, kerana kes salah laku pelajar, kalau cikgu tersilap percaturan, terpaksa menghadap polis. Silap-silap naik mahkamah. Dah ada kes di sekolah, iktibar.

Macam-macamlah penyebab hilangkan rasa seronok cikgu nak mengajar. Tak terdaya nak taip kesemuanya. Itu pun ada yang cemburu bila cikgu pun turut sama cuti sekolah, tak kerja tetapi gaji masih berjalan.

Kami bawa balik kerja ke rumah, orang tak nampak. Waktu cuti sekolah, kami kena buat vle frog. Jawab sendiri guna ID pelajar. Pelajar seronok bercuti.

Orang tak nampak kami kena datang ke sekolah, bersihkan bengkel dan kelas sebelum mula persekolahan. Orang tak nampak kami perlu datang bertugas mengikut jadual semasa cuti.

Seronok menjadi cikgu apabila dapat mengajar subjek dengan memberi sehabis baik tanpa sebarang tekanan dari hal-hal yang lain. Seronok nak melentur dan mendisiplinkan pelajar kalau kami tidak perlu serap tekanan dan kesibukan siapkan kerja-kerja lain. Seronok nak membentuk akhlak pelajar kalau kami mendapat kerjasama daripada ibubapa.

Sebenarnya seronok menjadi cikgu kalau sistem pendidikan berwarna ceria. Masalahnya warnanya kusam dengan pelbagai e- dan sebagainya. Cikgu-cikgu lama yang sudah nak pencen selalu sebut,

"Tak sabar nak pencen. Dulu seronok jadi cikgu. Sekarang? Aduhai..."

Siapa yang bekerjaya sebagai guru akan faham masalah dan luahan hati seorang guru.

Nukilan diatas telah dikongsikan oleh saudara Shahrul Hisham di laman Facebook beliau, pada 22 April semalam.

Entri ini kini telah mencapai jumlah perkongsian sebanyak 2446 shares di Facebook.

Polis Jawab Isu Anak Ketua Polis Negara Ada Syarikat Senjata

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR: Polis akan meneliti terlebih dahulu laporan yang dikeluarkan Sarawak Report bahawa kononnya anak kedua Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menjalankan perniagaan menjual senjata.
Mana-mana individu berhak jalankan perniagaan - Timbalan KPN
Menurut Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim, menjalankan apa sahaja bentuk perniagaan tidak menjadi satu kesalahan sekiranya ianya dijalankan mengikut undang-undang.

Kata Noor Rashid, jika kesemua prosedur yang ditetapkan telah dilalui, maka individu tersebut tidak melakukan apa-apa kesalahan.

"Sesiapa sahaja tak kira anak kepada anggota polis dan sebagainya, mempunyai hak menjalankan perniagaan tetapi haruslah mengikut peraturan yang ditetapkan negara.

"Jika beriaga senjata api dan mengikuti peraturan yang sedia ada, saya rasa tidak ada isu di situ," katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Penyampaian Sijil Tamat Latihan Inspektor Siri 3 2015 kepada 575 pegawai kadet di PULAPOL Kuala Lumpur Sabtu pagi.


Sarawak Report pada Jumaat mendakwa bahawa syarikat Nilai Arms and Ammunitions yang menjalankan perniagaan menjual senjata api bertempat di Nilai Negeri Sembilan, dimiliki oleh seorang wanita yang dipercayai anak perempuan Khalid.

Laporan tersebut mendakwa perniagaan tersebut mempunyai konflik kepentingan yang besar kerana status Khalid sebagai Ketua Polis Negara yang boleh meluluskan lesen senjata api.

Rujukan; AstroAwani

Dianggap Mak Nyah, Akhirnya Nur Sajat Dedah Beliau Sebenarnya Dilahirkan Khunsa

By Hafiz.H →
Khunsa - Individu yang mempunyai dua organ jantina.

Jika anda masih ingat, kecoh satu ketika dahulu apabila seorang Mak Nyah mengambil keputusan untuk memakai tudung setelah mengalami kemalangan jalan raya yang dikatakan cukup menginsafkan dirinya.
Beliau dikenali sebagai Nur Sajat dan agak terkenal di laman sosial media Instagram. Bagaimanapun beliau hanya berpernampilan seperti itu dalam jangka masa yang pendek dan kembali pada imej lamanya yang seksi.
Nur Sajat kini memiliki syarikat perniagaannya sendiri yang mengeluarkan produk kosmetik dan kecantikan yang bernama NUR SAJAT AESTHETIC SDN BHD. Namun, baru-baru ini satu post beliau di laman Instagram telah memeranjatkan ramai pihak apabila beliau memberitahu bahawa dirinya dilahirkan sebagai seorang khunsa.
Menurutnya, buat masa ini beliau memiliki dua orang anak angkat lelaki dan perempuan. Beliau sungguh bersyukur kerana dilimpahkan dengan rezeki yang banyak dari tuhan dan menyayangi anak-anak tersebut walaupun mereka bukanlah anak kandungnya.
Sejarahku penuh liku liku kehidupan, dengan usia ku yang kini mencecah 31tahun ini, aku amat bersyukur diberi rezeki yang halal dan diberi dua cahaya mata yang sangat comel iaitu Nur syaza sajidah dan Muhammad Syahmi, walaupun anak istimewa ini bukan lah anak kandung aku, tapi kasih sayang dan tanggungjawab ku pada anak anak istimewa ini tak pernah ku abaikan kasih sayang yang tak membelah bahagi...

Beliau dilahirkan pada tahun 1985 di sebuah hospital di Perak. Katanya, kelahirannya itu memberi kejutan kepada kakitangan hospital dan terutama kedua-dua ibu bapanya kerana beliau dilahirkan dengan dua jantina.
Kehidupan ku bermula sejak ku dilahirkan pada tahun 1985. Ayahku dahulu seorang tentera laut Malaysia (Navy) dan mak ku seorang pembantu makmal. Aku dilahirkan di hospital lumut perak. Di situ bermula lah sejarah ku bermula....pada jam 10.30 am aku dilahirkan.....dokter, nurse dan ayah ku terkejut dengan kelahiran ajaib ku...aku (sajat) mempunyai 2 kemaluan...time tu semua panik dan ayah dan mak ku tak tahu nak buat apa..


Nur Sajat dibesarkan dengan cara seorang lelaki, tetapi malangnya dia lebih menyukai kerja-kerja seorang perempuan. Pada fikirannya itu hanyalah perkara normal sehinggalah...
Mak sajat pernah cakap kat sajat,masa sajat bayi,air susu tetek mak terjatuh kat kemaluan sajat,bila mak sedar,cepat2 mak lap... ORANG ORANG TUA PERNAH CAKAP,kalau air susu ibu jatuh kat kemaluan anak,nanti nafsu batin nya akan lemah.... Nak buat macam mana,mungkin ini semua dah tertulis tentang kehidupan ku.... Time tu ayah dan mak cuba membesarkan ku dengan didikan cara anak lelaki,tapi time tu aku kecil,aku memang tak suka buat benda2 berat,aku lebih gemar membuat kerja kerja seperti wanita...
Suka kemas rumah,tolong mak memasak didapur,suka main main pondok2...
Tapi time tu aku ingat benda ini semua nampak normal.... Masa aku nak masuk sekolah tadika,aku takut nak masuk kelas,fikirkan macam mana dengan keadaan ku,yang tak normal..paling aku risau,nak masuk tandas,aku tak nak kawan2 aku tahu aku ini ada 2 kemaluan...nanti orang kata aku cacat..

Disebabkan itu, beliau dikatakan telah mengalami kencing berdarah dan penyakit batu karang kerana sering menahan membuang air kecil.
Sampai aku sanggup tahan kecing aku dari pagi sampai tengahari tau..biar lah aku melepas kat rumah...sampai lah satu tahap, aku kena batu karang dan kencing berdarah apa usia 6thn..
Kerana kerap tahan kencing... 
Kehidupan sebagai KHUNSA ini berbeza dengan orang normal...saya akan kongsi lagi cerita saya pada anda...CERITA TENTANG NUR SAJAT
RAHSIA KELUARGA SAYA SELAMA INI...saya simpan selama 31thn..cukup2 lah anda diluar sana menghentam saya...

Setelah post itu dikongsi, ternyata ia mendapat begitu banyak respon daripada netizen. Ada yang memberi komen positif tetapi nampaknya lebih ramai yang mengecam. Antara komen yang diutarakan adalah seperti berikut:

1. Semoga terus tabah
2. Dulu cakap ambil pil hormon?
3. Betul ke khunsa?

Sehingga kini, post tersebut juga telah menerima lebih dari seribu like dan beratus-ratus komen.
Jadi, apa pendapat anda?

Rujukan asal: SaysSeismik