5 Maksud Tertentu Jenis Papan Tanda Di Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Tahu

By Hafiz.H Friday, April 22, 2016
Kalau anda perhatikan papan tanda jalan di Malaysia terdapat pelbagai jenis warna, simbol, huruf dan sebagainya. Kadang-kadang anda terfikir tak apa maksud sebenar warna, simbol dan huruf tersebut?
Sebenarnya, papan tanda ini ada maksud-maksud tertentu dan kami yakin mesti ramai tak tahu tentang perkara ini. Jadi apakah maksud sebenar perbezaan papan-papan tanda ini?

1. Warna papan tanda yang berbeza.
Kalau anda perasan, terdapat dua warna papan tanda yang berbeza iaitu kebiasaannya biru dan hijau. Papan tanda berwarna biru bermaksud jalan persekutuan yang tiada tol, negeri dan perbandaran jalan raya manakala papan tanda berwarna hijau adalah simbol kepada lebuh raya yang bertol dan jalan persekutuan sahaja.


2. Perbezaan jenis jalan raya ada huruf laluan dan nombor berbeza
Ini juga pasti salah satu yang anda perasan tatkala melihat papan tanda jalan raya. Setiap huruf dan nombor sebenarnya membawa maksud tempat dan lokasi. Sebagai contoh E2 membawa maksud Expressways. Digit 51 pula digunakan untuk jalan persekutuan. Bagi jalan-jalan negeri pula, ia akan menggunakan kedua-dua elemen nombor dan huruf. Sebagai contoh N9 adalah mewakili untuk Negeri Sembilan.

3. Maksud warna huruf pada papan tanda.
Selain itu, warna huruf yang digunakan juga kadang-kadang berbeza. Apa sebabnya? Sebenarnya perbezaan tersebut menunjukkan nama jalan atau nama kawasan. Sebagai contoh huruf kuning mewakili nama jalan manakala huruf putih pula bermaksud nama bandar atau kawasan.

4. Nama destinasi disusun menegak. Dari atas sampai bawah dan berjarak.
Menurut kami, point ini mesti ramai yang paling tak sangka. Anda pasti pernah melihat papan tanda yang memaparkan banyak lokasi bukan? Tapi pernah tidak anda terfikir mengapa nama lokasi tersebut disusun sebegitu rupa? Untuk pengetahuan anda, susunan ini menandakan destinasi paling atas adalah yang paling jauh dan destinasi paling bawah merupakan yang paling dekat.

5. Warna huruf sama tetapi warna papan tanda pula berbeza.
Selalunya papan tanda yang mempunyai huruf berwarna putih semestinya terletak pada papan tanda berwarna hijau dan biru. Tetapi sebenarnya tidak semuanya begitu. Huruf putih juga kadangkala digunakan pada papan tanda berwarna coklat. Huruf putih dan papan tanda berwarna coklat bermaksud untuk menarik perhatian pelancong. Kebiasaannya ia digunakan untuk lokasi pelancongan dan tempat-tempat menarik sekitar Malaysia.

Rujukan: Says

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 5 Maksud Tertentu Jenis Papan Tanda Di Malaysia Yang Mungkin Anda Tak Tahu "