Tags:

Atuk Tinggal Serumah Dengan Ayam

By Hafiz.H Monday, April 11, 2016
Kuala Pilah: Tidur bertemankan ayam kampung. Begitulah nasib seorang lelaki warga emas terpaksa menjadikan sebahagian rumah didiami sebagai tempat ayam peliharaan menumpang tidur sejak dua tahun lalu.
AWALLUDIN (dua dari kiri) melihat sukarelawan gotong-royong membersihkan rumahnya. Gambar kecil, telur ayam yang ditemui didalam rumah.


Walaupun sedar najis ayam dan hama boleh menyebabkan penyakit, Awalludin Oyek, 77, yang tinggal berseorangan di Kampung Tanjung Ipoh Simpang, di sini, terpaksa berbuat demikian kerana faktor keuzuran selain ayamnya kerap hilang dipercayai dicuri.

“Inilah pilihan yang ada. Dulu memang ayam tidur dalam reban, tapi sudah runtuh dan saya tidak terdaya membina yang baru. Oleh itu, saya membiarkan ayam tidur dan bertelur dalam rumah.

“Lagipun, kalau ayam bertelur dalam rumah, memudahkan saya mengutip dan menjualkannya. Jika tidak berbuat demikian, susah bagi saya mencari kerana ayam akan bertelur merata-rata.

“Apatah lagi keadaan semakin uzur dan mustahil bagi saya untuk bergerak sana sini,” katanya ketika ditemui wartawan, semalam.

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Atuk Tinggal Serumah Dengan Ayam "