Tags:

Berhati-hati Beli Atau Makan Kek 'Poppy Seed'

By Hafiz.H Tuesday, April 12, 2016
KUALA LUMPUR, 12 April - Orang ramai diminta berhati-hati ketika membeli atau memakan kek yang mengandungi biji popi iaitu benih ganja yang diharamkan di Malaysia, bagi mengelakkan mereka daripada memakan kek yang mengandungi dadah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur SAC Wan Abdullah Ishak berkata sejak minggu lepas, polis mengesan pengusaha kek di ibu kota, meletakkan biji popi di atas kek mereka dan dijual kepada umum, untuk melariskan jualan.
"Kami dapati sepotong kek itu dijual dengan harga RM13 dan mereka secara terang-terangan menamakan kek itu dengan pelbagai rasa termasuk 'Lemon Poppy Seed'. Pembeli yang memakan kek berkenaan dalam kuantiti yang banyak akan menjadi khayal," katanya kepada pemberita di sini.

Wan Abdullah berkata polis menjalankan ujian saringan terhadap biji popi tersebut dan hasil ujian mendapati bahan kek berkenaan positif dadah jenis morfin.

Katanya jika air kencing mereka yang memakan kek itu diuji, hasil ujian air kencing mereka akan didapati positif dadah dan mereka boleh ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya kerana memasukkan dadah di dalam badan.


Hiasan
Kesalahan itu jika disabitkan, mereka boleh dikenakan hukuman maksimum penjara tidak kurang dua tahun atau denda tidak lebih RM5,000.

"Walaupun individu itu boleh berkata mereka tidak mengambil dadah tetapi kandungan biji popi yang terdapat dalam kek itu boleh menyebabkan mereka didakwa kerana mengambil dadah," katanya.

Beliau berkata perbuatan itu menjadi kesalahan mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana dengan hanya memiliki kurang daripada 5 gram biji ganja dari pokok popi boleh dikenakan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda RM20,000.

Bagaimanapun, Wan Abdullah berkata masih terlalu awal untuk mengambil tindakan terhadap pembekal atau penjual kek itu kerana pihaknya sedang menjalankan siasatan rapi.

Malah, beliau berkata polis akan menjalankan ujian lanjut di Jabatan Kimia untuk menentukan kesahihan sama ada bahan yang terkandung dalam kek itu benar-benar dadah atau sebaliknya.

Biji popi atau dikenali biji kas-kas di Malaysia merupakan bahan yang digunakan untuk tujuan masakan dan turut dipakai secara meluas dalam bahan masakan di beberapa negara di Eropah, Timur Tengah dan India.

Rujukan; Bernama

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Berhati-hati Beli Atau Makan Kek 'Poppy Seed' "