Biar Anak Makan Depan TV, Ibu Bapa Rugi 5 Perkara Ini!

By Hafiz.H Friday, April 29, 2016
Ingat lagi tak bagaimana waktu makan kita dulu? Menjadi rutin semua adik beradik perlu berkumpul di meja untuk makan bersama.
Bagi yang melalui zaman kehidupan susah, lauk sedikit dikongsi bersama. Waktu inilah hadirnya senda gurau bersama adik beradik. Ini antara hikmah makan bersama.

Tapi situasi sekarang bagaimana? Adakah kita membesarkan anak dengan rutin yang sama? Hari ini ramai ibu bapa membiarkan anak makan sendiri tak kurang juga membiarkan anak makan di hadapan TV.

Malah ibu bapa sendiri turut melakukan perkara yang sama. Hakikatnya ibu bapa yang melakukan rutin makan sendiri-sendiri ini telah kerugian lima perkara berharga bersama dengan anak.

1. Melepaskan waktu berkumpul sekeluarga

Sehari bekerja, waktu makan malam terutamanya adalah satu-satu masa dalam sehari untuk anda dan anak berkumpul sebagai satu keluarga. Anda telah melepaskan waktu berharga ini.

2. Kerugian masa sembang paling rileks

Di meja makan inilah selalunya akan keluar cerita dari mulut anak tentang apa yang mereka alami pada hari itu. Malah inilah juga masa paling baik untuk ibu bapa selitkan nasihat pada anak tanpa ada apa-apa tekanan.

3. Waktu ajar anak cara pemakanan yang betul dan adab di meja makan


Ini masanya untuk galak anak makan sayur dengan menunjukkan contoh kepadanya. Pada masa yang sama ibu bapa akan perhatikan apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di meja makan.

4. Masa terapkan tanggungjawab

Waktu makan juga sebenarnya masa untuk ibu bapa mengajar anak tentang perkongsian tanggungjawab kerja rumah.

Baik anak lelaki atau perempuan, bahagikan kepada mereka tugas menghidang, membasuh pinggan dan mengemas meja.

5. Makna perkongsian

Goreng dua ekor ikan dan ajak anak berkongsi makanan seperti mana yang pernah ibu bapa lakukan dahulu.

Hikmahnya bukan saja mengajar anak berkongsi tapi menambah kemesraan antara anak beranak. Anda tak dapat mengajar perkara ini jika biarkan mereka makan sendiri.

Bagi yang tidak menjadikan makan malam bersama anak-anak satu rutin, belum terlambat untuk mempraktikkannya. Nanti anda akan dapat lihat perbezaannya.

Ada banyak nilai kasih sayang dalam waktu makan yang mungkin tak sampai satu jam.

Rujukan: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Biar Anak Makan Depan TV, Ibu Bapa Rugi 5 Perkara Ini! "