Tags:

Budak 11 Tahun Cedera Dipukul Bapa Dengan Spanar

By Hafiz.H Monday, April 25, 2016
MUAR: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun menerima dua jahitan di kepala selepas dipercayai dipukul dengan spanar oleh bapanya di Kampung Paya Lembah, Pagoh di sini, tengah malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob, berkata pihak polis menerima aduan daripada seorang Pegawai Perubatan Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) mengenai keadaan mangsa.
Hiasan


"Pegawai perubatan terbabit menyatakan ketika menjalankan rawatan ke atas kanak-kanak lelaki itu, pengadu bertanya kepada pesakit dan ibu mangsa dan mereka memberitahu pesakit (mangsa) diketuk oleh bapanya dengan menggunakan spanar.

"Bertindak atas maklumat, polis pergi ke unit kecemasan HPSF kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan mendapati mangsa mengalami sedikit luka di bahagian kepala dan menerima dua jahitan. Mangsa juga kini ditempatkan di wad kanak-kanak untuk pemeriksaan lanjut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini, hari ini. Azman berkata, polis kemudian ke rumah mangsa kira-kira jam 3 pagi tadi, namun mendapati bapa mangsa tiada di rumah dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera dengan menggunakan senjata atau lain-lain benda secara berbahaya yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau sebat atau kedua-duanya sekali.

Rujukan: BeritaHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Budak 11 Tahun Cedera Dipukul Bapa Dengan Spanar "