Tags:

Bukan Semua Yang Datang Petik Buah Di Australia Kena Tipu

By Hafiz.H Saturday, April 2, 2016
Semalam susulan berita yang disiarkan di HarianMetro[Disini]berkenaan seorang rakyat Malaysia yang meluahkan kehidupan sebenar para pekerja pemetik buah di Australia, seorang individu yang turut sama bekerja di negara itu melontarkan komen mengenai perihal kehidupan para pekerja Malaysia disana.
Sindora Lee dalam komen beliau yang dilontarkan di ruangan komen sebuah page menceritakan perihal sebenar gaji yang mereka peroleh sepanjang bekerja sebagai pemetik buah di negara Australia itu.

Sindora dalam komennya mengatakan dia kurang bersetuju dengan dakwaan yang diceritakan oleh individu kepada portal berita itu.
Komen Sindora Lee yang dilontarkan di Page SiakapKeli


Ikuti sepenuhnya pengalaman beliau di bawah:

Datanglah dalam hujung bulan Ogos. Awal bulan Oktober, inshaAllah banyak kerja. Kalau nak datang sekarang memang kurang sesuai sebab dah nak masuk musim winter.

Time winter memang kurang kerja tetapi ada tempat yang masih boleh buat duit. Kalau dapat ladang sayur memang untunglah sebab kerja sepanjang tahun. Walau bagaimanapun, bukan mudah nak dapat kerja di ladang sayur.

Biasanya yang kena tipu itu sebab ikut ejen. Tetapi ada juga ejen yang okay. Pendek kata, ikut nasib. Nasihat saya, cubalah berhubung dengan kawan-kawan atau kenalan yang bekerja di Australia. Jangan ikut ejen yang meminta bayaran tinggi.

Beli tiket sendiri, urus visa sendiri, bawa duit poket dan yang paling penting pandai menjawab. Itu pun kalau kena tahan oleh Imigresen di lapangan terbang. Tetapi ramai saja pun yang dilepaskan begitu sahaja.

Datanglah seperti orang yang melancong. Sampai di Australia, cari orang yang boleh uruskan visa. Visa yang membolehkan anda bekerja di sini. Lebih baik buat terus bila tiba di sini sebab kalau visa masih valid, buat bridging visa akan terus dapat class A. Maksudnya yang boleh bekerja di sini. Tetapi ada lagi proses yang seterusnya.

Kerja di sini memang teruk. Kadang-kadang kerja teruk mengalahkan lembu. Kadang-kadang teruk disebabkan cuaca yang terlalu panas (summer) dan terlalu sejuk (winter), kadang-kadang disebabkan masa. Tetapi kalau sudah nekad, datanglah sebab ramai rakyat Malaysia yang berjaya di sini. Dapat gaji besar pun ramai juga. InshaAllah dengan niat yang baik, rajin, tak banyak mengeluh, boleh berjaya di sini.

Sekadar berkongsi pengalaman. Alhamdulillah, saya sudah dua tahun lebih menetap di sini. Tak semuanya indah tetapi 90% inshaAllah okay.

Kredit: Pixelmedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Bukan Semua Yang Datang Petik Buah Di Australia Kena Tipu "