Tags:

Gadis Mental Kaki Dirantai, Dibiar Tidur Atas Tanah Di Alor Setar

By Hafiz.H Thursday, April 7, 2016
ALOR SETAR 6 April - Hanya kerana didakwa sering bertindak agresif, kaki seorang gadis yang dipercayai mengalami masalah mental diikat dengan menggunakan rantai besi oleh keluarganya di Kampung Sungai Baru Tok Keramat, di sini sejak beberapa bulan lalu.

Lebih menyedihkan, gadis berusia 20 tahun itu dipercayai dibiarkan tidur di atas tanah dengan hanya berlapik plastik dalam keadaan kaki dirantai pada tiang sebuah bangsal.

Seorang penduduk kampung yang enggan dikenali mendakwa mangsa juga jarang diberi makan oleh keluarganya.
Seorang gadis berusia 20 tahun yang mengalami masalah mental diikat dan didakwa sering dibiarkan kelaparan di Kampung Sungai Baru Tok Keramat, Alor Setar, Kedah, semalam.


“Apabila melihat dia tidur di luar rumah dengan hanya beralaskan plastik, kami berasa kasihan namun tidak dapat berbuat apa-apa.

“Penduduk kampung ada bertemu dan menasihatkan keluarga gadis tersebut tetapi kami pula dimarahi,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Gara-gara sudah tidak tahan melihat tindakan tidak berperikemanusiaan itu, penduduk tersebut memberitahu, dia telah membuat laporan di Balai Polis Alor Janggus, di sini semalam.

“Susulan daripada laporan polis yang dibuat, seorang anggota polis datang ke rumah mangsa terbabit untuk melakukan siasatan.

“Anggota itu beritahu, dia telah memberi amaran kepada keluarga tersebut agar tidak lagi mengikat gadis terbabit di luar rumah,” ujarnya.

Difahamkan, ibu mangsa memberi alasan anaknya itu yang merupakan orang kurang upaya (OKU) sering bertindak agresif sehingga menyebabkannya terpaksa merantai gadis berkenaan.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar, Syahrul Nasir Mat Rais ketika dihubungi berkata, mangsa adalah pesakit mental yang menerima bantuan OKU tidak bekerja sebanyak RM200 sebulan sejak dua tahun lalu.

“Kita telah menghubungi Jabatan Psikiatri untuk membuat pemeriksaan lanjut terhadap gadis tersebut bagi mengenal pasti tahap penyakitnya itu.

“Selepas memperoleh keputusan itu, baharu kita akan ambil tindakan lanjut. Dalam pada itu, pihak JKM akan memberi kaunseling kepada keluarga tersebut tentang cara penjagaan pesakit mental,” ujarnya.

Dalam pada itu, usaha Utusan Malaysia untuk mendapatkan pengesahan daripada Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintenden Rohana Omar gagal.

Sumber: UtusanMalaysia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to ''Gadis Mental Kaki Dirantai, Dibiar Tidur Atas Tanah Di Alor Setar"

ADD COMMENT
  1. AYO NIKMATI BONUS FREECHIP SETIAP HARI | BONUS ROLLINGAN & BONUS REFERRAL TERBESAR | JUDI ONLINE TERPERCAYA |
    ayo segera bergabung bersama kami di A*J*O*Q*Q . C*O*M
    Pin BB : *5'8,C'D*2'9,2*C

    ReplyDelete