Jaga Pemakanan Untuk Elak Anak Menghidap Penyakit Kritikal

By Hafiz.H Saturday, April 9, 2016
Hari ini, disebabkan setiap ibubapa mempunyai karier masing-masing, acap kali dapur-dapur restoran Thailand dan restoran makanan ringan menjadi dapur utama mereka. Diam-diam tanpa mereka sedar, perkara ini menjadi satu masalah yang sangat serius untuk anak yang berada dalam rahim si ibu. Dengan memperlihatkan fenomena semakin banyak anak-anak kecil yang dijangkiti penyakit serius dan kritikal, Brado Kapak telah menyedarkan kita melalui penulisannya bahawa cuma ada satu penyelasaian buat pemasalahan ini iaitu : pemakanan.

Tulisan di bawah adalah hasil tulisannya yang dimuatnaik ke dalam akaun Facebook beliau. Boleh baca disini.
Saya terpanggil untuk menceritakan kisah tentang anak-anak yang lahir dengan pelbagai penyakit. Kebelakangan ini acap kali kita lihat di media sosial baik facebook, twitter waima media cetak dan atau media layar sekalipun, hampir setiap minggu pasti ada kes baru tentang anak-anak lahir tidak sempurna.

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN ANAK-ANAK LAHIR TIDAK SEMPURNA?

Anak yang lahir cukup bulan atau tidak, tetapi tatkala lahir datang dengan pelbagai penyakit yang pelik-pelik. Saya yakin hampir semua rakan facebook saya pasti pernah melihat iklan mencari derma untuk kos rawatan atau pembedahan anak yang sedang sakit itu.

Aneh, darimana datangnya penyakit si anak ini ? Sedangkan si anak yang dilahirkan itu sepatutnya sempurna dan sihat tanpa membawa penyakit seperti yang banyak berlaku sekarang. Lihat sahaja mana-mana iklan mencari derma, ada yang anak mereka sakit usus terkeluar, ada yang mengalami barah hati, ada yang mengalami kecacatan kekal, ada yang mengalami bengkak otak dan sebagainya.

Saya terfikir pada malam hari, jauh dari sudut negatifnya masyarakat kita. Saya yakin, ini semua adalah agenda terancang sesebuah organisasi yang sedang membuat ujikaji sosial terhadap kesihatan dan kepekaan masyarakat terhadap kesihatan individu. Ini bukan penyakit misteri yang tiada ubat. Tetapi ia adalah penyakit misteri yang sengaja dicipta bagi menghasilkan lebih banyak wang dan untung kepada industri kesihatan dunia serta meminimumkan kelahiran orang-orang bijak dan atau meminimumkan kelahiran manusia.

MENGAPA INI TERJADI?

Agenda-agenda terancang ini biasanya datang dari orang-orang yang berhati iblis. Mereka tidak mahu lihat anak Adam berkembang dengan baik. Kalau keluarga itu ibu bapanya pada awal baik, aman dan makmur, tiba-tiba mereka mendapat kelahiran cacat. Bibit-bibit pergaduhan dan perbalahan sudah mula timbul. Di kala ekonomi yang kian meruncing, hal ini akan menikam-nikam kalbu mukmin sang ayah dan ibu.

Lihat sahaja, mana-mana iklan yang mencari derma di media sosial itu majoritinya hampir semua adalah dari kalangan orang-orang miskin dan susah. Baik miskin harta waima miskin kota, keluarga itu pasti berpecah belah. Hanya sedikit yang selamat daripada perpecahan tadi. Mengapa ini terjadi? Mengapa ujian sebegini berat tidak diturunkan kepada orang berharta? Mengapa mereka memilih orang yang tidak berharta sebagai mangsa?

Hakikatnya, jika penyakit misteri ini diletakkan kepada orang kaya-kaya, maka tiada lagi sentimen kesedihan yang boleh dijaja di media sosial. Orang kaya ada duit takkan upload gambar anak mereka yang sakit misteri di media sosial. Mereka ada wang dan boleh berubat di luar negara. Orang miskin kota cuma ada smartphone dan boleh upload gambar di facebook. Ia menjadi modal untuk masyarakat simpati.

Sedangkan hakikat sebenar, ibu bapa tadi sedang bermati-matian mengerah tulang dua kerat mereka untuk membantu kos rawatan anak mereka yang berpunca bukan dari kesalahan mereka. Mungkin bukan kesalahan mereka secara langsung, tetapi tetap menjadi kesalahan sang ibu bapa secara tidak langsung. Kebiasannya datang dari si ibu yang disuntik tatkala hamil.

Purata ibu bapa yang mempunyai anak mengalami masalah penyakit aneh ini kebiasaannya akan berakhir dengan si anak meninggal dunia dan atau si ibu bapa bercerai berai meleret-leret kepada keluarga masing-masing.


Hiasan
BAGAIMANA MAHU MENGELAKKANNYA?

Kita mulakan dengan diri kita sendiri. Si ibu dan bapa harus menjaga makanan sedari awal berkahwin lagi. Jikalau boleh, makanlah dari rezeki yang halal lagi berkah dan kurangkan makan di luar. Kerana sesungguhnya keberkatan keluarga salah satunya datang daripada masakan yang dimasak dengan dibacakan selawat dan zikir. Si ibu / bapa boleh memasak sendiri dengan membaca zikir. Di kedai mamak atau warung tepi jalan? 1 / 10 sahaja yang membaca zikir. Selebihnya anda fikir sendiri.

Setelah itu, kurangkan dos-dos ubatan doktor. Elakkan mengambil suntikan yang aneh-aneh. Elakkan juga mengambil kosmetik yang perlu di telan / disuntik yang mempunyai kandugnan aneh-aneh. Boleh jadi kesannya kelak, anda terkena kanser dalaman, fibroid, ketumbuhan atau penyakit kepada generasi anda kelak.

Banyakkan memakan makanan yang terkandung khasiat alami dan khasiat ruhani seperti kurma, kismis, habbatus sauda, dan ulam-ulaman serta buah yang bebas suntikan. Si ibu terutamanya tatkala mengandung, elakkan lah memasuki kedai-kedai makan baik warung tepi jalan waima kedai hispter sekalipun kerana di sana tiada lagi khasiat bagi si anak dalam makanan yang si ibu makan. Elakkan dan kurangkan. Perbanyakkan membaca dan mendengar ayat suci Al-Quran, doa-doa, selawat serta membaca cerita-cerita sirah Nabi yang baik untuk tumbesaran anak.

InsyaALLAH, kes-kes anak lahir cacat atau lahir sakit boleh dikurangkan. Si ibu harus kuat dan tabah. Andaikata masalah tetap berlaku kepada keluarga anda, tangani dengan bijak dan anggaplah ia sebagai ujian dan dugaan terbesar bagi keluarga anda. Jaga keharmonian rumahtangga dan elakkan daripada berpecah belah. Jangan salahmenyalahkan dan jangan tuduhmenuduh serta elakkan meraih simpati. Kerana dengan meraih simpati boleh menjurus kepada kesyirikan tanpa sedar.

Percayalah, dalam keadaan ekonomi yang kian menggugat, perniagaan menjual kesihatan dan menjual agama amat memainkan peranan penting bagi sang pemodal. Mereka akan cuba mencari jalan untuk mengaut keuntungan dengan cara-cara kotor. Tidak semua begini, tetapi ada segelintir yang berhati iblis memperlakukan orang susah dengan sesuka mereka. Maka, keluarkanlah diri kamu daripada belenggu kefakiran kerana kefakiran itu adalah punca kekufuran dan kesyirikan yang besar.

Bebas kamu dari kefakiran, bebas kamu dari masalah kekufuran. Sebarkanlah artikel ini supaya kita sama-sama berkongsi manfaat.

Kredit: ohsemmama

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to ''Jaga Pemakanan Untuk Elak Anak Menghidap Penyakit Kritikal"

ADD COMMENT
  1. AYO NIKMATI BONUS FREECHIP SETIAP HARI | BONUS ROLLINGAN & BONUS REFERRAL TERBESAR | JUDI ONLINE TERPERCAYA |
    ayo segera bergabung bersama kami di A*J*O*Q*Q . C*O*M
    Pin BB : *5'8,C'D*2'9,2*C

    ReplyDelete