Tags:

Jangan Guna Perkataan 'Awak' Dengan Pelanggan

By Hafiz.H Wednesday, April 6, 2016
Itulah teguran seorang wanita berstatus doktor terhadap peniaga yang berurusan dengannya baru-baru ini viral di media sosial. 
Doktor Harlina Halizah, dari PPUKM, menghantar sms kepada seorang peniaga berkenaan dengan iklan yang ditemuinya di Google, meminta pihak peniaga bertemu dengannya di PPUKM atau di rumah.

Bagaimanapun, Doktor Harlina tidak begitu gemar dengan cara peniaga terbabit membalas mesejnya yang menggunakan perkataan 'awak', dianggap sebagai tidak profesional.

"Kalau boleh, jangan guna perkataan awak (awak?) bila buat pertanyaan untuk bakal pelanggan ye. Kurang sopan esp sebab saya ini seorang yang sudah berumur 50 tahun. Elok kalau guna panggilan 'puan' atau gunakan title saya iaitu doktor," katanya.


Bagi Harlina, peniaga perlu menggunakan bahasa yang sesuai dan profesional ketika berkomunikasi dengan pelanggan.

"Ucapkanlah sedikit penghargaan/terima kasih atas kesudian bakal pelanggan menghubungi anda. Baca sekali dua lagi teks yang ditulis sebelum menekan ikon 'Send. Sesungguhnya bahasa yang digunakan akan melambangkan keperibadian seseorang!" katanya.

Reaksi dari netizen pula berbeza-beza. Ada yang menyokong, ada yang sebaliknya. Namun, ianya lebih kepada teguran positif?

"Sedangkan kita bila berdoa kepada Allah, boleh sebut 'kau' dan 'aku' menandakan kita amat dekat kepada Pencipta. Apatah lagi Doktor ini cuma manusia biasa," kata Mac Jai Rostov. di ruangan komen page OhBulan yang telah berkongsi status Facebook Dr Harlina.

Rujukan; Pixelmedia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Jangan Guna Perkataan 'Awak' Dengan Pelanggan "