Tags:

Jurujual Perodua Didakwa Ambil Deposit Kereta Pelanggan Untuk Kegunaan Sendiri

By Hafiz.H Wednesday, April 13, 2016
KOTA BHARU - Seorang jurujual kereta mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah melibatkan wang tunai RM4,042.60 di Mahkamah Sesyen semalam.

Tertuduh, Tuan Abdullah Tuan Mat, 37, mengaku tidak bersalah selepas dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli.

Mengikut pertuduhan, Tuan Abdullah didakwa sebagai seorang jurujual yang digajikan oleh Syarikat Perodua Sales Sdn. Bhd. telah melakukan pecah dengan mengambil dan menggunakan wang bayaran deposit kereta pelanggan berjumlah RM4,042.60 untuk kepentingan sendiri.
Tuan Abdullah didakwa sebagai seorang jurujual yang digajikan oleh Syarikat Perodua Sales Sdn. Bhd. telah melakukan pecah dengan mengambil dan menggunakan wang bayaran deposit kereta pelanggan berjumlah RM4,042.60 untuk kepentingan sendiri.


Perbuatan itu dilakukannya di Lot 2,309, Batu 4, Jalan Kuala Krai di sini pada 21 Mac 2015 dan didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebatan serta boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fahrul Razi Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam awam.

Fahrul Razi mencadangkan supaya tertuduh dikenakan ikat jamin sebanyak RM25,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Ahmad Bazli kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kes disebut semula pada 11 Mei depan.

Rujukan: Kosmo!

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Jurujual Perodua Didakwa Ambil Deposit Kereta Pelanggan Untuk Kegunaan Sendiri "