Tags:

Kerana Salah Eja, Budak Lebam Di Muka Dipukul Cikgu Guna Pembaris

By Hafiz.H Saturday, April 9, 2016
HANOI 8 April – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun cedera di bahagian muka selepas dipukul oleh gurunya menggunakan pembaris di daerah Bat Xat, utara Vietnam kerana melakukan kesalahan ejaan.

Akibat kejadian itu, kedua-dua bahagian bawah mata kanak-kanak yang hanya dikenali sebagai T itu lebam teruk dan terpaksa dirawat di sebuah hospital.

Portal Daily Mail melaporkan, kejadian itu berlaku apabila guru tersebut iaitu Tran Thi Thu Tra tiba-tiba marah apabila menyedari T tidak boleh menjawab dalam ujian ejaan baru-baru ini.
Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang hanya dikenali sebagai T menunjukkan kesan bengkak dan lebam di bahagian muka selepas dipukul oleh gurunya dengan menggunakan pembaris hanya kerana tidak pandai mengeja di daerah Bat Xat, utara Vietnam baru-baru ini.


Berbanding membantu anak muridnya itu, Tra hanya membiar*kan kanak-kanak perempuan itu melakukan kesalahan sebelum memukulnya.

Susulan kejadian itu, Tra yang bertugas di Sekolah Rendah Pin Ngan digantung kerja oleh pegawai pendidikan.

Guru tersebut juga mungkin dipecat selepas siasatan berhubung kejadian itu diselesaikan.

Menurut Biro Pendidikan Bat Xat, pendekatan tegas perlu dilaksanakan bagi memastikan keganasan tidak berlaku di sekolah.

Sementara itu, ibu kepada T, Chao Ke May berkata, anaknya sangat sakit ketika dibawa pulang ke rumah oleh dua orang rakannya selepas kejadian tersebut.

“Mukanya bengkak dan ada kesan lebam berdekatan matanya. T pada masa itu sangat takut dan sedih,” kata Ke May.

Rujukan; UtusanMalaysia

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to ''Kerana Salah Eja, Budak Lebam Di Muka Dipukul Cikgu Guna Pembaris"

ADD COMMENT
  1. AYO NIKMATI BONUS FREECHIP SETIAP HARI | BONUS ROLLINGAN & BONUS REFERRAL TERBESAR | JUDI ONLINE TERPERCAYA |
    ayo segera bergabung bersama kami di A*J*O*Q*Q . C*O*M
    Pin BB : *5'8,C'D*2'9,2*C

    ReplyDelete