Tags:

'Makan Tepi Jalan, Harga Macam Hotel'

By Hafiz.H Tuesday, April 5, 2016
SITIAWAN – “Makan kat kedai tepi jalan tapi harga macam kat hotel lima bintang! Kerajaan Negeri Perak perlu pantau peniaga kedai makanan lautdi Pulau Pangkor yang cekik darah pelancong.”

Itu mesej yang diterima daripada pembaca Sinar Harian melalui aplikasi WhatsApp kerana tidak berpuas hati harga makanan laut yang disifatkan bukan sahaja mahal, malah keterlaluan.
Ada kedai makan yang mengenakan harga melampau kepada pengunjung.


Sumber kemudiannya, menghubungi pembaca tersebut untuk mengetahui dengan lebih jelas isu itu.

Pembaca yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Zali berkata, beliau tidak puas hati kerana dikenakan harga yang mahal ketika makan di Teluk Nipah, di Pulau Pangkor, baru-baru ini.

“Harga makanan laut di pulau itu sepatutnya tidak mahal. Banyak hasil laut boleh diperoleh daripada nelayan di sekitar pulau itu.

"Kalau nak letak harga pun janganlah melampau sampai menekan pelanggan,” katanya.

Lagi satu hal kata Abang Zali, lain hari lain pula harga makanan di Teluk Nipah itu.

Katanya, harga makanan melambung pada Jumaat hingga Ahad kerana pulau itu dikunjungi pelancong luar.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " 'Makan Tepi Jalan, Harga Macam Hotel' "