Tags:

Nassier Wahab Dedah Rahsia 54 Tahun Kekal Muda Dan Sihat

By Hafiz.H Tuesday, April 12, 2016
Sudah beberapa kali kami sendiri tertanya-tanya apakah rahsia untuk penyanyi Nassier Wahab kekal kelihatan muda di usia 54 tahun. Menerusi Harian Metro, penyanyi tersebut mendedahkan bahawa dia mengamalkan makan beras herba ponni sejak 15 tahun lalu.

Untuk pengetahuan semua, beras tersebut tidak mengandungi kanji. Namun menurut Nassier diambil dengan kadar sedikit pada makan tengah hari, manakala waktu malam pula beliau akan mengambil roti, capati, sup dan sayuran.


“Saya mula menitikberatkan pengambilan makanan sejak usia mencecah 30-an. Saya biasanya akan berhenti makan sebelum kenyang. Kalau sedap macam mana pun sesuatu makanan itu, saya takkan sesekali menambah untuk kali kedua. Aspek pemakanan sangat saya jaga termasuk elakkan makanan berminyak,” katanya.

Penyanyi Memori Cinta Luka berpuas hati apabila cara diet itu masih dapat membolehkannya memakai baju 20 tahun lalu dan kekal dengan saiz pinggang 32 inci.

“Bahkan, setiap hari saya juga tidak lupa menimbang berat badan. Di rumah, mesin timbang saya letak di bilik tidur dan tandas,” katanya. Selain itu, sebagai suntikan semangat, dia juga turut menjadikan rutin melihat foto-foto lama bagi memastikan dirinya tidak berubah dan kekal seperti dulu.

Rujukan: Vitdaily

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Nassier Wahab Dedah Rahsia 54 Tahun Kekal Muda Dan Sihat "