Tags:

Parkir Di Tempat OKU: 'Ada sebab saya marah pasangan Singapura itu' - Naren

By Hafiz.H Friday, April 15, 2016
Seorang lelaki mempunyai sebab tertentu kerana menegur secara tegas pasangan suami isteri yang meletakkan kereta mereka di tempat khas untuk orang kurang upaya (OKU).

Naren Narasiah, 44, menjelaskan sikap tegas yang dipamerkan adalah agar pasangan itu tidak mengambil ringan kesalahan yang dibuat oleh mereka.

Selain itu, beliau baru sahaja menubuhkan Facebook ‘Champion4Disability’, satu kumpulan yang antaranya memperjuangkan hak golongan OKU dan memerlukan kandungan yang boleh raih perhatian ramai.
Naren Narasiah menjelaskan sikap tegas yang dipamerkan adalah agar pasangan itu tidak mengambil ringan kesalahan yang dibuat.


“Saya teringat insiden yang berlaku tujuh hingga lapan bulan lalu setelah pasangan itu tidak menepati janji mereka untuk menderma wang ganti rugi sebanyai RM1000 kerana melanggar kereta saya,” katanya kepada wartawan dari portal Astro AWANI semalam.

Namun, beliau tidak menyangka video berkenaan akan terus menjadi viral dan menjadi perbualan hangat netizen dari Malaysia dan Singapura.

“Ada orang kutuk dan maki hamun saya namun tujuan asas saya adalah untuk meningkatkan kesedaran,” jelasnya.

Naren memuat naik tiga video yang menunjukkan beliau menegur pasangan suami isteri yang meletakkan kereta di tempat OKU.

Menurut kapsyen video berkenaan, beliau menunggu 45 minit untuk pasangan itu kembali ke kereta.

Jelasnya, pasangan itu kemudian reverse kereta mereka dan melanggar kereta Naren.

“Itu buat saya lebih marah,” kata beliau.

Antara yang diungkapkan oleh Naren termasuk pertanyaan jika pasangan itu sedar itu tempat letak kereta OKU.

“Kalau kamu berada di Singapura, adakah kamu akan buat begini. Saya fikir orang Singapura akan ikut peraturan.

“Kalau kamu datang ke sini (Malaysia), kamu boleh melanggar peraturan?” tanya Naven kepada pasangan itu.

Pasangan itu meminta maaf beberapa kali dan mahu berikan RM1000 sebagai ganti rugi untuk kenderaan milik Naren.

Enggan menerima wang tersebut, Naren mahu pasangan itu untuk menderma kepada persatuan bukan kerajaan (NGO) dan berikan resit sebagai bukti.

“Pasangan itu tidak pernah menepati janji mereka. Mereka tidak pandang serius tentang isu ini,” katanya.

Ketiga-tiga video yang dimuat naik Naren kini viral, dengan jumlah perkongsian lebih kurang 12,000 setakat ini.

Netizen dari kedua-dua negara cepat untuk melontarkan pandangan masing-masing.

Ada yang bersetuju dengan tindakan Naren, namun ada juga yang kritik sikap beliau yang berkelakuan seperti “gangster”.

“Kalau saya tegur macam biasa, mereka mungkin akan lawan balik. Mereka mungkin akan cakap ‘Jangan masuk campur hal orang’.

“Saya perlu ambil tindakan yang tegas supaya mesej itu sampai,” katanya.

Beliau turut berkata dengan video ini, orang tidak lagi akan mengambil mudah tentang isu ini.

“Penguatkuasaan untuk tempat letak kereta OKU tidak cukup. Namun dengan video ini, dengan kumpulan Facebook ini, orang akan lebih takut jika mereka menggunakan tempat letak kereta OKU ini.

“Sebelum ini, mereka mungkin akan mengambil mudah dan beri alasan seperti ‘Saya tidak nampak papan tanda’ walaupun papan tanda itu begitu besar,” katanya.

Kumpulan Facebook Champion4Disability bermula dengan 250 ahli pada Mac.

Setelah ketiga-tiga video yang mula dimuat naik pada 11 April, kumpulan itu kini mempunyai 3455 ahli.

“Saya harap dengan kumpulan Facebook ini, orang akan fikir dua kali jikalau mereka mahu menggunakan tempat letak kereta OKU.

“Selain itu, saya juga mahu membantu golongan OKU dan bersuara bagi pihak mereka. Mereka yang memerlukan sangat kemudahan ini dan orang lain sering mengambil mudah sahaja dan berkata beliau hanya letak kereta untuk lima minit sahaja,” katanya.

Beliau juga menggalakkan orang ramai untuk merakam gambar jika mereka lihat ada pemandu meletak kereta yang dikhaskan untuk OKU.

“Namun saya tidak percaya dengan keganasan fizikal. Saya juga tidak mengalakkan orang ramai untuk berkonfrontasi,” katanya lagi.

Dengan jumlah ahli yang kian meningkat, Naren tidak mempunyai cadangan untuk menubuhkan NGO setakat ini.

“Tindakan susulan saya adalah untuk mengemukakan cadangan kepada Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tentang peningkatan penguatkuasaan dan kesedaran.

“Saya juga mahu orang ramai dari negeri lain untuk mengemukakan cadangan kepada Menteri Besar atau Ketua Menteri mereka agar pemimpin kita peka dengan isu ini,” katanya.

Beliau turut berharap agar platform ini akan terus menghubung rakyat Malaysia dalam memerangi isu sebegini.

"Rakyat Malaysia merupakan antara pengguna Facebook paling aktif.

"Dengan kumpulan ini, saya berharap mereka akan terus berkongsi pengalaman mereka," katanya.

Rujukan: AstroAwani

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Parkir Di Tempat OKU: 'Ada sebab saya marah pasangan Singapura itu' - Naren "