Tags:

Penduduk Kampung Keletihan Banyak Kenduri Tahlil Lepas 29 Orang Meninggal

By Hafiz.H Saturday, April 9, 2016
TUBAN, Jawa Timur - Sebanyak 29 orang penduduk Desa Karanglo, mukim Kerek di daerah ini, meninggal dunia dalam tempoh 60 hari, baru-baru ini, sehingga penduduknya keletihan kerana perlu menghadiri banyak kenduri tahlil sehingga lewat malam.

Laporan Kompas.com menyebut keadaan itu membingungkan tok imam, kerana pernah berlaku tiga kematian dalam sehari, sekali gus menyukarkannya membuat pilihan untuk mendahulukan urusan kematian yang mana dulu.
Penduduk Desa Karanglo menghadiri majlis pengebumian seorang penduduk yang meninggal dunia pada 1 April lalu.


Difahamkan, kematian penduduk kampung terbabit yang kebanyakannya berusia sekitar 40 tahun disebabkan pelbagai punca seperti sakit, kemalangan dan usia tua.

Ketua Desa Karanglo, Sunandar berkata, angka kematian penduduk agak ketara sejak pertengahan Februari hingga 1 April lalu.

Berdasarkan statistik itu, penyebab utama adalah sakit iaitu sebanyak 80 peratus, manakala selebihnya akibat kemalangan dan usia tua.

“Daripada 80 peratus jumlah kematian akibat sakit, 60 peratus adalah kerana menghidap sakit paru-paru, manakala 20 peratus lagi akibat angin ahmar,” kata Sunandar.

Menurutnya, pernah berlaku keanehan pada tarikh 26 Mac lalu, apabila dalam tempoh sehari, tiga orang penduduk meninggal dunia akibat sebab yang berbeza.

Dua meninggal pada sebelah pagi, manakala seorang lagi penduduk meninggal pada sebelah petang.

“Sejak banyak yang meninggal dunia, tok imam kebingungan mana dulu (urusan pengebumian) yang patut dihadirinya,” katanya.

Desa Karanglo mempunyai 1,459 keluarga dengan keseluruhan 5,604 penduduk dan majoriti penduduk bekerja sebagai petani.

Seorang penduduk, Gofur mengaku dia keletihan kerana menghadiri banyak kenduri tahlil.

Katanya, jirannya yang meninggal dunia agak banyak sementara lokasi majlis tahlil terletak berdekatan.

“Saya sampai kepenatan, berikutan banyak penduduk yang meninggal. Saya ikut tahlil sejak waktu Isyak sampai malam dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain,” katanya.

Rujukan; Utusan

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to ''Penduduk Kampung Keletihan Banyak Kenduri Tahlil Lepas 29 Orang Meninggal"

ADD COMMENT
  1. AYO NIKMATI BONUS FREECHIP SETIAP HARI | BONUS ROLLINGAN & BONUS REFERRAL TERBESAR | JUDI ONLINE TERPERCAYA |
    ayo segera bergabung bersama kami di A*J*O*Q*Q . C*O*M
    Pin BB : *5'8,C'D*2'9,2*C

    ReplyDelete