Tags:

Pengantin Mati Di Malam Pertama Dicekik Suami Kerana Tiada Dara

By Hafiz.H Saturday, April 9, 2016
Jacobbad (Pakistan): Seorang wanita muda yang baru melangsungkan perkahwinan mati dicekik suaminya selepas lelaki itu mendapati mangsa bukan lagi dara.

Khanzadi Lashari, 19, masih berpakaian pengantin apabila suaminya, Qalandar Baksh Khokhar, 28, yang juga sepupunya mencekiknya pada malam pertama perkahwinan mereka di daerah Jacobbad di daerah Sindh, Pakistan.
Mayat Khanzadi, lengkap dengan pakaian pengantin, di hospital.


Bapa Khanzadi, Lal Mohammad Lashari, 60, berkata, dia mengesyaki sesuatu tidak kena apabila pasangan pengantin itu tidak keluar rumah keesokan paginya.

Keluarganya menemui mayat Khanzadi di atas katil selepas memecahkan pintu rumah berkenaan.

Mereka memaklumkan kepada polis selepas penemuan itu di samping membuat laporan menuduh Qalandar dan empat abangnya mencekik mangsa sehingga mati.

Menurut laporan, majlis perkahwinan berlangsung dengan baik serta kedua-dua mempelai gembira di hari bahagia mereka.

Qalandar sudah ditahan polis dengan kecederaan ditembak di kakinya dan menerima rawatan di sebuah hospital di Jacobadad.

Rujukan: HarianMetro

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

1 comment to ''Pengantin Mati Di Malam Pertama Dicekik Suami Kerana Tiada Dara"

ADD COMMENT
  1. AYO NIKMATI BONUS FREECHIP SETIAP HARI | BONUS ROLLINGAN & BONUS REFERRAL TERBESAR | JUDI ONLINE TERPERCAYA |
    ayo segera bergabung bersama kami di A*J*O*Q*Q . C*O*M
    Pin BB : *5'8,C'D*2'9,2*C

    ReplyDelete