Pensyarah Muda Ini Kongsi Tip Turun 37Kg Dalam Tempoh 5 Bulan

By Hafiz.H Tuesday, April 19, 2016
Pernah memiliki berat badan mencecah 90kg, dan sering menjadi bahan usikan dek kerana bentuk badannya yang montel, Zulaikha Zulkifli nekad untuk berubah.

Dia membuktikan tiada yang mustahil untuk kembali kurus jika punya semangat yang kuat. Dalam tempoh lima bulan berjaya menurunkan 37kg. Dari berat 90kg Zulaikha kini gembira dengan berat badan terkini 53kg. Hebatkan!
Mengimbas tentang keadaan dirinya sebelum ini katanya tubuh yang gemuk menyebabkan dia berasa malu untuk berhadapan dengan masyarakat.

"Saya lebih senang terperap di dalam rumah kerana tidak mahu masalah berat badan yang saya alami ini menjadi isu dan bahan ejakan orang ramai,” luah Zulaikha kesal.

Menurut pensyarah muda ini, suatu ketika dahulu dia cukup berjauh hati apabila diajak untuk keluar membeli-belah ini kerana agak sukar untuk dirinya mendapatkan saiz yang bertepatan dengan bentuk badannya

“Sebagai orang Islam,saya sepatutnya menjaga amanah  yang Allah s.w.t berikan  yakni tubuh badan agar sentiasa sihat, namun saya leka. Atas dorongan keluarga serta niat yang satu saya ambil keputusan untuk menurunkan berat badan.”

Enggan bersenam tanpa ilmu, Zulaika mendapatkan tip dan trik  dengan rujukan daripada orang terdekat dan bahan bacaan di internet  agar apa yang dilakukannya kelak tidak sia-sia.

Membahagikan 50 peratus penjagaan makan dan 50 peratus lagi senaman yang konsisten, bagi Zulaikha tiada jalan mudah untuk dirinya mencapai berat badan ideal jika culas salah satu daripada dua perkara wajib itu tadi.


Memilih diet Atkins sebagai solusi, Zulaikha menetapkan untuk melakukan senaman selama 1  jam 15 minit setiap hari tanpa gagal.

“Pada mulanya memang  susah untuk mendisiplinkan diri, namun saya sentiasa ingatkan diri untuk tidak mengelat jika mahu mencapai apa yang diharapkan.

"Pernah satu ketika, ketika membawa bekal ke pejabat kerana mahu mengikut menu diet yang betul. Ada rakan sekerja yang mentertawakan saya. Namun itu bukannya benda besar yang mampu mematikan semangat saya.

"Alhamdulillah dalam masa lima bulan saya dapat menurunkan hampir 37kg dan kini masih lagi berusaha untuk mencapai berat ideal yang sepadan dengan BMI saya.

"Jujurnya saya bukan mahu kurus melidi tetapi saya sangat bersyukur jika dapat tampil sihat dan selesa dengan ketinggian yang saya miliki.

"Selain lebih cergas, saya akui pengurangan berat badan ini menjadikan kulit wajah saya lebih lembap dan paling utama saya mudah bergerak untuk melakukan kerja,”jelasnya.

Kongsi Tip

Diminta untuk berkongsi tip buat pembaca yang mahu menurunkan berat badan, Zulaikha tidak lokek malah bersungguh-sungguh untuk sharing apa yang pernah dipraktikkan.

● Jangan mudah mengaku kalah
● Jangan sesekali pujuk diri dengan mengatakan berbadan gempal itu comel
● Cekalkan hati dan jangan sesekali culas ketika berdiet
● Sentiasa bermotivasi dan percaya dengan diri sendiri
● Selepas usaha jangan lupa untuk berdoa dan bertawakal.
● Apabila sudah mencapai berat badal ideal, jangan cepat lupa diri dan sentiasa menjaga aurat.

Menu Pilihan
Sarapan : Telur  + Sayur hijau + Limau suam
Tengahari : Seketul ayam + sayur hijau
Malam : Teh hijau + hirisan halia

Sumber: Majalah Rapi
Kredit: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pensyarah Muda Ini Kongsi Tip Turun 37Kg Dalam Tempoh 5 Bulan "