Tags:

Pernah Bekerja Dengan Gaji RM15 Sebulan, Kini Beliau Pemilik Bonia, Sembonia & Carlo Rino

By Hafiz.H Tuesday, April 5, 2016
Lebih 60 tahun yang lalu, seorang penoreh getah di Melaka memperoleh sembilan orang anak termasuk yang sulung bernama, Chiang Sang Sem. Disebabkan kemiskinan, Chiang berpindah ke rumah bapa saudaranya di Pulau Pinang yang ketika itu dia baru berusia 15 tahun, namun sudah bekerja di kilang beg tangan bapa saudaranya itu. 

Dari situ, dia belajar melukis beg, menggunting, menjahit sehingga siap sebuah beg tangan dengan upah RM15 sebulan. Kemudian dia merantau ke Singapura pada tahun 1971 dan bekerja membuat beg di sebuah kilang yang lebih besar dengan gaji $60 sebulan.

Pada tahun 1974, dengan berbekalkan wang simpanan sebanyak $1,200 dan meminjam lagi $3,800 dari saudara maranya, Chiang telah membuka sebuah kilang kecil di republik itu dengan 7 orang pekerja. 3 daripadanya adalah adik-adiknya sendiri. Chiang membayar mereka $1 sehari dengan dia sendiri tidak bergaji untuk beberapa bulan.


Di kilang itu, Chiang membeli sebuah mesin jahit terpakai, bekerja selama 15 jam sehari dan tidur di atas katil lipat di kilangnya. Dia menghantar sendiri beg yang ditempah kepada pelanggannya dengan menaiki sebuah motosikal. Sejak dari itu, Chiang sudah tidak berpaling ke belakang lagi. Dari hanya sebuah motosikal, dia akhirnya dapat membeli sebuah kereta Datsun, kemudian Mazda dan akhirnya sebuah Mercedes-Benz.

Pada tahun 1978, bersama dengan 80 orang pekerjanya mereka berpindah ke Johor Bahru dan mula menghasilkan beg tangan untuk syarikat-syarikat besar. Menyedari potensi untuk menghasilkan jenamanya sendiri, Chiang berpindah ke Kuala Lumpur dan sebelum membuka butik pertama mereka di Singapura, seterusnya di kampung halamannya, Melaka.

"Pada tahun 1979, saya melawat Bologna, Itali. Dari situ terlintas di kepala. Bologna, Bologna... ya, Bonia!" katanya sewaktu diminta menceritakan bagaimana tercetuskan nama Bonia sebagai nama produknya.

Namun bagi Chiang, kejayaan yang dinikmatinya sekarang adalah hasil daripada kesukaran dan kepayahan yang dilaluinya selama ini. Ketika berlaku krisis kewangan pada 1997, dia terpaksa menutup kilangnya di Singapura dan menjual banyak hartanya semata-mata untuk membayar hutang. Dia tidak boleh tidur berhari-hari mengenangkan nasib diri dan perniagaan yang dibangunkannya selama ini. Sampai satu ketika, dia pernah ke padang golf semata-mata untuk melupakan sekejap masalah yang dihadapi. Tambah menyedihkan, salah seorang anaknya meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya.
Semasa wabak SARS melanda pada tahun 1993, juala Bonia jatuh hampir 50%! Ini semua mengajar Chiang agar leibh berhati-hati dengan pengaliran wang keluar masuk dan betapa pentingnya untuk mempunyai wang tunai yang besar.

Setelah melalui pengalaman yang cukup perit itu, Chiang nekad untuk bangun dan bekerja keras semula. Hasilnya, Chiang kini sudah memiliki tiga buah kilang termasuk di China dengan tenaga kerja mencecah 7,000 orang. Dia juga sudah mewujudkan tiga belas lagi jenama produk selain dari Bonia iaitu Sembonia dan Carlo Rino. Kini hasil jualan Bonia semakin menghampiri angka RM1 bilion setahun!

Salute Mr. Chiang!

Artikel di atas telah dikarang sepenuhnya oleh saudara Syahril A. Kadir, dan dikongsikan di laman Facebook beliau.

Beliau pernah bertugas sebagai wartawan jenayah di sebuah akhbar tempatan, Utusan Malaysia.

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pernah Bekerja Dengan Gaji RM15 Sebulan, Kini Beliau Pemilik Bonia, Sembonia & Carlo Rino "