Tags:

Pesakit Termakan Kepala & Kaki Lipas Dalam Makanan, KPJ Selangor Disaman RM67000

By Hafiz.H Thursday, April 21, 2016
SHAH ALAM - Gara-gara lipas, Hospital Pakar Selangor Sdn Bhd diperintah oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam sebentar tadi membayar RM67,000 kepada bekas pesakitnya kerana gagal memastikan makanan yang disediakan bersih dan tidak tercemar.

Hakim, G Ramesh membuat keputusan itu selepas membenarkan tuntutan plaintif, Wan Hailmey Mahwari terhadap syarikat itu yang menjalankan perkhidmatan perubatan atas nama Hospital Pakar KPJ Selangor (KPJ Selangor).

Dalam keputusannya yang dibacakan oleh Hakim, Nurul Izwan Ahmad Zubair, beliau berkata, mahkamah mendapati plaintif berjaya membuktikan kesnya.


"Tuntutan plaintif dibenar dengan kos," katanya.

Justeru, hospital itu diperintah membayar RM7,000 sebagai ganti rugi am dan RM60,000 sebagai ganti rugi teladan.

"Turut dibenarkan faedah 6 peratus bermula tarikh penghakiman ini sehingga ia diselesaikan," katanya.

Wan Hailmey dalam pernyataan tuntutannya yang difailkan pada 6 Ogos tahun lepas mendakwa dia dimasukkan ke hospital itu pada 18 Mei untuk mendapatkan rawatan cervical dis disorders.

Plaintif yang bertugas sebagai pembantu perkidmatan awam Tabung Haji Putrajaya mendakwa makanan yang dihidangkan kepadanya mengandungi seekor lipas dan telah termakan bahagian kepala serta kaki lipas berkenaan.

Dia kemudiannya memanggil jururawat untuk menunjukkan lipas berkenaan.

Kesan daripada insiden itu, plaintif mengalami loya, muntah-muntah, sakit perut dan demam panas serta hilang selera makan.

Insiden itu didakwa telah memberi kesan buruk kepada plaintif sehingga dia trauma untuk memakan nasi.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Pesakit Termakan Kepala & Kaki Lipas Dalam Makanan, KPJ Selangor Disaman RM67000 "