Tags:

Rakaman Anggota Polis URB Terajang Suspek Sudah Bergari

By Hafiz.H Monday, April 11, 2016
JOHOR BAHRU: Sebuah rakaman video menunjukkan sekumpulan anggota polis memberkas seorang penjenayah yang menjadi viral telah mencetuskan kontroversi.

Ia disebabkan tindakan polis berkenaan yang dilihat menendang dan menumbuk suspek walaupun kedua-dua tangannya sudah bergari.

Kejadian berlaku kira-kira jam 6.45 petang di Taman Pelangi Johor Bahru pada Jumaat lepas.

Ia disaksikan orang ramai yang kemudian merakamkan video dan dimuat naik ke laman sosial.
'Saya tengah buat kerja bang, berapa orang dia dah langgar abang ada tau?' seorang anggota dirakam berkata.


Susulan daripada rakaman yang tersebar anggota polis terbabit dilapor akan dikenakan tindakan sewajarnya.

Bahagian tatatertib juga telah diarahkan untuk menjalankan siasatan terhadap anggota polis terlibat.

Berdasarkan fakta yang dicatat pihak polis, anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang melakukan rondaan telah terserempak dengan suspek yang menunggang motosikal di Jalan Masai, Kong Kong.

Suspek telah memecut motosikalnya semasa diarah berhenti menyebabkan berlaku adegan kejar mengejar.

Suspek yang telah terbabas di Jalan Delima 37, Taman Cahaya Masai ditangkap dengan bantuan dua lagi anggota unit URB yang membantu memberkas penjenayah terbabit.

Polis terpaksa menggunakan kekerasan apabila enggan bekerjasama hingga berlaku pergelutan.

Pemeriksaan ke atas suspek polis menemui bungkusan dipercayai ganja seberat 10.27 gram sementara ujian air kencingnya pula didapati positif dadah jenis itu.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Rakaman Anggota Polis URB Terajang Suspek Sudah Bergari "