Tags:

Rakaman Pegawai Imigresen Wanita Tendang Pekerja Asing

By Hafiz.H Thursday, April 28, 2016
PETALING JAYA: Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) menggesa Jabatan Imigresen Malaysia mengambil tindakan kepada pegawai wanita jabatan itu yang bertindak kasar memukul seorang pekerja asing warganegara India.
Pengerusinya, Datuk R Sri Sanjeevan berkata pegawai wanita itu patut dipecat kerana telah melanggar SOP pihak berkuasa dan mencemarkan nama baik Imigresen.

“MyWatch telah mendedahkan video klip kekasaran seseorang pegawai wanita Imigresen sewaktu menjalankan serbuan ke atas sebuah premis mencuci kereta di stesen minyak Petron di Sendayan, Seremban pada 8 Januari 2016 lalu.

“Tiada dalam mana-mana SOP pihak berkuasa, perlunya tindakan kasar dikenakan ke atas pihak bersalah sekiranya mereka telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu siasatan dijalankan. Malah kompaun yang dikenakan ke atas pemilik premis juga sudah dilangsaikan,” katanya dalam satu kenyataan dibuat hari ini.


Sebelum ini MyWatch telah mendedahkan perbuatan itu melalui satu rakaman CCTV di mana pegawai perempuan Imigresen itu telah bertindak dengan begitu kasar ke atas seseorang pekerja asing warganegara India (mangsa) yang telah ditahan kerana tidak mempunyai permit kerja yang sah.

Dalam rakaman itu juga, pegawai wanita berkenaan menendang bahagian kemaluan mangsa dan turut memukulnya di bahagian kepala beberapa kali.

Mengulas lanjut, Sanjeevan turut meminta pihak Imigresen tampil memberi penjelasan berhubung tindakan pegawai berkenaan.

“MyWatch meminta Ketua Pengarah Imigresen tampil segera memberikan respon berkaitan isu ini,” tegasnya.

Dalam pada itu, MyWatch sedia memanggil mangsa yang dipukul itu untuk memberi penjelasan sebenar berkenaan kejadian itu.

Katanya, ini sebabkan beliau mendakwa mangsa dipukul kerana tidak boleh bercakap Bahasa Melayu.

Selain itu, menurut Sanjeevan, mangsa juga mendakwa turut dibelasah dengan hos paip ketika berada dalam depot tahanan imigresen.

“MyWatch juga bersedia membawa mangsa terbabit ke Malaysia bagi menceritakan apa yang dialami dirinya ketika serbuan dan ketika dalam tahanan,” katanya.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Rakaman Pegawai Imigresen Wanita Tendang Pekerja Asing "