Tags:

Rekaan Beg Jenama Terkenal Ini Dikatakan Sama Dengan Beg Pasar Thailand

By Hafiz.H Friday, April 22, 2016
Ketika peminat fesyen barat memuji rekaan terbaru Demna Gvasalia untuk Balenciaga sempena koleksi Musim Luruh/Sejuk 2016, warga Thai pula berasa sebaliknya.
Salah satu rekaan beg jenama tersebut dikatakan menyamai beg barang yang dijual dan selalu digunakan oleh peniaga pasar di negara itu.

Dengan rekaan beg saiz besar dan berjalur warna warni, ia hampir serupa dengan beg pelangi atau Rainbow Bag yang sinonim dengan beg pasar Sampeng di Thailand sejak sekian lama.

Berita ini pantas mendapat perhatian peminat fesyen di Thailand hingga menjadi trending di sana.

Ramai yang memuat naik foto mengenakan beg pasar tersebut ke laman sosial sambil membandingkannya dengan gambar model bersama beg jenama terkenal itu di pentas peragaan.


Harga untuk beg jenama terkenal  itu belum lagi didedahkan namun dipercayai melebihi $1,000 dollar. Sementara beg versi Thailand itu pula hanya berharga lebih kurang RM8 atau 75 Baht.

Berikut antara foto-foto yang dimuat naik di laman sosial oleh warga Thailand bersama beg mereka.

Rujukan: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Rekaan Beg Jenama Terkenal Ini Dikatakan Sama Dengan Beg Pasar Thailand "