Tags:

Remaja Mahu Nikah, Perlu Dapatkan Kebenaran MB Atau Ketua Menteri

By Hafiz.H Wednesday, April 13, 2016
ALOR SETAR – Remaja bawah umur yang mahu berkahwin perlu mendapatkan kebenaran daripada Menteri Besar atau Ketua Menteri di negeri masing-masing.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, perkara itu terkandung dalam pindaan Akta Kanak-Kanak 2001 yang diluluskan di Dewan Rakyat baru-baru ini bagi mengelak berlakunya perkahwinan pada usia muda dalam kalangan remaja perempuan.

Beliau berkata, ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan memberi pendidikan agar remaja perempuan tersebut diberi masa dan ruang de­ngan aktiviti lebih sihat agar tidak terjerumus dalam kancah perkahwinan pada usia muda.

“Kita bimbang bila mereka kahwin pada usia muda, mereka tidak dapat kawal emosi yang menyebabkan rumah tangga mereka bergolak sekali gus menyebabkan berlaku masalah sosial dalam masyarakat,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Mengenai Hak dan Isu Wanita serta Kanak-kanak di sini semalam.

Rujukan: Kosmo!

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Remaja Mahu Nikah, Perlu Dapatkan Kebenaran MB Atau Ketua Menteri "