Tags:

Step By Step Cara Bedung Bayi, Panduan Untuk Ibu Bapa Baru

By Hafiz.H Wednesday, April 27, 2016
Salah satu perkara yang harus dipelajari dengan cepat oleh ibu bapa baru selepas menimang cahaya mata adalah cara membedung bayi.
Bagi bayi yang baru dilahirkan amalan berbedung ini mampu memberi keselesaan kepada mereka. Ia mengelakkan bayi mudah terkejut dengan bunyi bising selain membuat bayi terasa seperti berada di dalam rahim ibunya.

Bagaimana pun sering kali menjadi masalah ibu bapa baru, kain bedung yang digunakanmudah terlucut atau terlerai bila bayi menggerakkan badannya.

Puncanya cara bedung bayi yang dilakukan tidak tepat. Untuk ibu bapa baru khususnya berikut adalah cara bedung bayi paling ringkas yang boleh dijadikan panduan.
1. Bentang kain bedung dengan salah satu bucu kain menghala ke atas. Lipat bucu kain menjadi segi tiga. Letakkan bayi pada bahagian segi tiga tadi seperti gambar rajah. Bahagian kain yang dilipat hendaklah sama paras dengan bahunya.



2. Turunkan tangan kanan bayi ke sisi badannya. Tarik kain bedung sebelah kanan menyelimuti tangan dan dadanya kemudian selit hujung kain di bawah punggung bayi sebelah kiri.
3. Bawa hujung kain bedung bahagian bawah ke arah dada bayi sehingga bahagian bawah berbentuk segi empat.
4. Turunkan tangan kiri bayi ke sisi tubuhnya kemudian tarik pula kain bedung sebelah kiri untuk menyelimuti tangan dan dadanya.
5. Selitkan hujung kain ke bawah punggung pada sisi kanan tubuh bayi. Selesai.

TIP
  1. Pilih kain bedung yang lebar dan diperbuat daripada kain kapas.
  2. Kini terdapat juga kain bedung moden dengan penggunaan butang dan pelekat memudahkan bayi dibedung dengan cepat dan kemas.
Rujukan: Vanillakismis

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Step By Step Cara Bedung Bayi, Panduan Untuk Ibu Bapa Baru "