Tags:

Tahanan Lokap Lolos Keliru Nama Ganesh, Ganeson Di IPD Kulaijaya

By Hafiz.H Saturday, April 30, 2016
China Press melaporkan, seorang suspek kes dadah yang ditahan di lokap di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kulaijaya di Johor didapati 'hilang' semasa polis mahu membawanya ke mahkamah untuk sambungan reman.

Difahamkan suspek bernama Ganesh itu telah ditahan atas kes pengedaran dadah di lokap nombor 11 dan tempoh tahanan remannya dijadualkan tamat pada 28 April.

Namun begitu, polis yang cuba membawanya ke mahkamah pada pada pukul 9 pagi untuk sambungan reman terkejut dengan kehilangannya.
JOHOR BAHRU - Seorang tahanan berjaya meloloskan diri dari lokap selepas berlaku kekeliruan antara Ganesh dan Ganeson. (Hiasan)


Siasatan awal mendapati tahanan bernama Ganeson di lokap nombor 12 yang sepatutnya sudah dibebaskan pada 27 April pula didapati kekal di situ.

Keadaan itu sekali gus mendorong polis percaya Ganesh telah terlepas walaupun yang sepatutnya dilepaskan ialah Ganeson.

Polis yang melakukan siasatan juga mensyaki kecuaian itu mungkin disengajakan malahan mensyaki terdapat pihak yang berkomplot dengan sindiket dadah bagi melepaskan Ganesh.

Selepas Ganesh terlolos, Ganeson masih kekal berada di lokap.

Pihak atasan polis dilaporkan amat marah dengan kes tersebut dan akan mengambil tindakan tegas terhadap anggota polis yang terlibat.

Rujukan: Malaysiagazette

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Tahanan Lokap Lolos Keliru Nama Ganesh, Ganeson Di IPD Kulaijaya "