Tags:

Tawakal. Wang Terakhir RM 50 Berikan Pada Emak Dan Ini Ganjarannya

By Hafiz.H Wednesday, April 27, 2016
Sumber: FB Rina Salleh. Oleh: Aimi Nordin

Kalau pergi mana-mana ceramah agama ustaz ustazah mesti ingatkan tak kisah berapa banyak pun duit tapi bagi lah pada ibu bapa. Walaupun setakat RM 10 kerana berkatnya mendahulukan ibu bapa Insyaallah Allah murahkan rezeki dan urusan kita dipermudahkan.

Buktinya…

Selamat hari jadi Rina.
Hari ni hari jadi saya. Saya tak nak pura-pura tak sedar dan harap orang buat surprise untuk sambut harijadi saya. Saya orangnya simple. Kadang-kadang tudung berkedut tak sempat gosok. Kasut pun dah pudar warna, belum tukar lagi dari tahun lepas. Tak, saya memang sengaja taknak tukar sebab saya selesa. Biasanya saya pakai sampai betul-betul tak boleh pakai dah. Dulu tak macam ni. Dulu nak bergaya sakan.


Saya nak kongsi satu cerita. Lama dulu saya ada sorang kawan. Banyak bagi nasihat. Kadang-kadang saya bosan dengar. Ada satu cerita dia yang buat saya berfikir panjang. Dia kata setiap kali dia jumpa mak, dia akan hulur rm50 atau berapa je yang dia ada masa tu. Saya tanya, kalau seminggu jumpa mak 3 kali, 3 kali lah bagi duit? Dia angguk. “Ahhhhh, dia banyak duit boleh la. Saya kalau betul-betul ikat perut, rm50 tu boleh tahan belanja dua minggu” Suara suara defensive saya masa tu. Masa tu saya jahil.
.
Satu hari tu saya terdesak, sangat-sangat. Nak selesaikan hutang. Duit tinggal yang ada dalam poket je. Memang dah habis. Saya teringat cerita kawan saya yang suka nasihat tu. Dia cakap tu lah keramat dia. Asbab bagi mak duit dan juga niat sedekah, mak dia gembira.

Itu rahsia dia berjaya. Saya pun antara yakin dengan tak, saya bagi mak saya duit. Itulah duit duit terakhir dalam tangan. Saya betul-betul tawakal masa tu. Ada juga suara jahat saya kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung.

Haih memang, dugaan nak buat benda baik ni besar. Dan Allah Maha Berkuasa. Lepas tu saya dapat order orang nak beli borong tudung bawal untuk dia jual dekat Kedah, jumlahnya dalam tiga ribu ringgit. Dia bayar siap-siap full payment. Masa tu kelam kabut juga saya cari stok. Dekat 20 kodi dia order. Dah lah tak pernah pos besar-besar macam tu, kalut saya nak packing. Saya menangis dalam hati masa tu. Sejak tu saya percaya dan sangat yakin, apa kita bagi sebenarnya lebih penting dari apa yang kita ada. Lagi-lagi bagi pada mak ayah.
.
Saya tulis ni sebab kadang-kadang saya pun lupa. Manalah tau, esok esok saya lupa diri, biar ada orang ketuk sikit. Sebab tu kalau ada sesiapa yang hidup dia kesempitan, saya sarankan balik jumpa mak ayah. Bagilah berapa pun yang ada.

Kalau betul-betul tak ada duit, bagilah masa kita sikit. Luangkan dengan mak ayah. Moga-moga dapat juga gembirakan hati mereka. Moga Allah juga pandang usaha kita dan lapangkan hidup kita dari kesempitan.
.
Jadi, hari istimewa ni saya tak harap banyak. Saya cuma harap kawan-kawan doakan kebahagian ibu dan abah saya. Mereka orang yang paling banyak berkorban untuk saya. Siapa dan dimana saya hari ni adalah atas usaha dan doa ibu dan abah dengan izin Allah.
.
Saya yang jahil,
Rina Salleh

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Tawakal. Wang Terakhir RM 50 Berikan Pada Emak Dan Ini Ganjarannya "