Tags:

Trend Gila Pasangan Cium, Hidu Bau Ketiak

By Hafiz.H Thursday, April 7, 2016
Beberapa pasangan dari Indonesia dikesan cuba memulakan trend gila mencium bau ketiak pasangan lelaki masing-masing di laman sosial dengan hashtag #ciumketekpacar.

Menurut laporan Dailymail, beberapa foto pasangan termasuk pasangan wanita yang bertudung dari negara majoriti penganut agama Islam tersebut sedang mencium atau menghidu ketiak pasangan lelaki.


"Saya tak mahu kehilangan awak, kalau tak saya tak boleh bau ketiak awak lagi," kata seorang wanita di laman foto Instagram berserta foto beliau menunjukkan simbol 'peace' dan mencium ketiak.

Seorang pelayar lelaki, Ryan Mizard pula memuatnaik foto teman wanitanya cuba menghidu bau ketiaknya.

Kata Ryan, kalau pasangan wanita tidak mahu melakukannya bermakna mereka hanyalah kawan dan bukan pasangan kekasih.

Tak semua pelayar laman sosial kagum dengan tingkah laku menjelikkan pasangan berkenaan.

"Saya minta maaf jika saya kasar tetapi inilah trend paling ***** saya pernah saksikan. Saya hilang harapan terhadap negara ini," kata seorang pelayar wanita.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Trend Gila Pasangan Cium, Hidu Bau Ketiak "