Browsing "Older Posts"

Hukum 'Upload' Gambar Makanan Di Bulan Puasa

By Hafiz.H → Monday, May 30, 2016
SHAH ALAM - Pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan bahawa tindakan memuat naik gambar makanan di Facebook ketika bulan puasa tidak jatuh haram hukumnya.
Azhar Idrus berkata, namunpun begitu ulamak ada berpesan supaya janganlah kita ketika berpuasa bersikap terlampau menayang-nayangkan gambar makanan.

"Ada kata haram kita letak gambar makanan...jawapannya tidak begitu, sebab Rasulullah bersabda, kalau kita beli satu makanan atau kita masak makanan, lalu jiran kita lihat atau jiran kita tercium baunya sunat kita beri makanan kepada jiran kita itu, sunat beri kepada jiran kita yang senang dan kalau jiran kita yang kelaparan wajib kita beri.

"Masalah gambar ini orang kias, sebenarnya tidak haram, cuma kita jangan terlalu menayangkan gambar makanan kerana bukan semua orang mampu beli apa yang kita tunjukkan di media sosial, tetapi itulah hendak kata haram saya tidak berani," katanya ketika menjadi panel dalam program Bersama Ustaz Azhar Idrus, Aku, Ramadan dan Facebook di Dewan Sultan Muhammad ke V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam.


Sementara itu, ketika mengulas mengenai adakah dibolehkan untuk kita mengambil resepi orang di media sosial, Azhar Idrus berkata itu tergantung dalam tiga situasi.

"Dalam sitausi itu tergantung dengan tiga keadaan, pertama tuan dia izinkan, kedua tuan dia tidak izinkan dan ketiga kita tidak tahu sama ada dia izinkan atau tidak.

"Situasi yang pertama tuan dia izinkan iaitu dengan kata 'silakan kongsi' maknanya jelas tuan dia benarkan, situasi kedua kalau dia tidak izinkan jangan tulis kepada umum, dan situasi ketiga ialah dipanggil 'uruf' iaitu kalau mengikut kebiasaanya kalau dia muat naik di media sosial itu memang kita letak untuk dikongsi, wallaualam," katanya.

Rujukan: SinarHarian

Belajar Sampai Darjah 6, Gaji Pertama Beli Seekor Lembu. Sekarang Pendapat Lebih RM 1juta

By Hafiz.H →
Siapa kata orang yang belajar tak habis tak boleh berjaya? Kadang-kadang bukan pendidikan formal yang kita perlukan. Cukup lah pendidikan bagaimana untuk memajukan diri sendiri dan cari bakat yang ada pada diri kita. InsyaAllah kita mampu. Ini lah yang dibuktikan oleh Saipol Azmir Zainuddin hasil kerja keras dan ketekunannya memulakan ternakannya dengan hanya seekor lembu.
“Walaupun berhenti sekolah lebih awal daripada rakan lain, ia tidak mematahkan semangat saya untuk berjaya kerana itu impian sejak kecil,” katanya.

“Saya tak sekolah pun bukan saja-saja tapi kerana mahu bekerja sebagai buruh binaan membuat rumah,” katanya yang  membeli seekor lembu berharga RM450 untuk diternak dan dibiakkan menggunakan gaji pertama sebanyak RM750 sebulan.

“Sejak itu, setiap kali dapat gaji bulanan saya akan beli seekor anak lembu. Hasilnya, pada usia 18 tahun saya berjaya memiliki 300 ekor lembu.



“Sepanjang tempoh itu, saya dengan bantuan ayah (Zainuddin Mat Yatim, 69,) menternak dan menjual lembu kepada penduduk kampung.

“Duit yang saya dapat hasil jualan lembu saya simpan kerana impian saya untuk memiliki ladang ternakan sendiri,” katanya ketika ditemui di ladangnya di Kampung Endah, Banting, Selangor, baru-baru ini.

Kini dia boleh berbangga dengan dirinya apabila memiliki 700 ekor lembu, 150 ekor kambing dan 30 ekor kerbau.
Anak keenam daripada tujuh beradik itu dianggap sebagai jutawan lembu kerana berjaya memperoleh pendapatan lebih RM1 juta hasil jualan tahun lalu terutama menjelang Aidiladha. Saipol Azmir berkata, ketika berusia 19 tahun, dia mula menjual lembu secara serius dan sudah memiliki kenderaan dan rumah sendiri sebelum mendirikan rumah tangga, setahun kemudian.

Rujukan: HarianMetro

Masuk Hospital, Cikgu Ini Masih Menanda Kertas Pelajarnya

By Hafiz.H →
Orang ingat jadi seorang cikgu itu mudah. Pergi sekolah, mengajar, bagi kerja sekolah kemudian balik. Tapi tak ramai yang nampak sebenarnya tugas seorang itu lebih daripada itu.
Seorang pengguna Facebook iaitu Khairuddin hj Md Isa memuat naik gambar seorang guru wanita berbangsa India sedang menanda kertas peperiksaan pelajarnya di hospital. Sebak dan terharu kami melihat gambar tersebut.


Jadi jangan memandang rendah pada tugas seorang guru atau tugas sesiapa pun.
Ziarah Ibu Mertua di Hospital Besar Ipoh, disebelah katilnya melihat seorang guru tekun dengan menanda kertas jawapan pelajar. Sempat bertanya khabar, beliau beritahu kertas jawapan itu terpaksa dihantar esok. Bila ditanya tiada guru yang lain mengajar subjek sama, beliau berkata beliau seorang saja mengajar kerana subjek Bahasa Tamil. Saya dan Isteri keluar dari wad dalam pukul 11.30 pm beliau masih lagi menanda kertas jawapan tersebut. Itulah pengorbanan seorang guru ibarat lilin menerangi kehidupan pelajar. Siapalah kita untuk merendahkan pengorbanan seorang guru.

Perkongsian diatas adalah nukilan dari Khairuddin Hj Md Isa yang dipetik dari laman Facebook beliau.

Kredit: SajaKongsi

Isteri Dicekup Bersama Bekas Rakan Sekolah Di Hotel Angkara 'Reunion'

By Hafiz.H →

Kuala Lumpur: “Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik hingga terjerumus ke lembah zina,” kata seorang suami yang mahu dikenali Zamri, 47, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, di sini, kelmarin.
ANGGOTA polis menahan isteri Zamri bersama teman lelakinya di dalam bilik sebuah hotel di Jalan Chow Kit.


Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama bapa enam anak.

Menurut Zamri, dia tidak menyangka tindakan ibu kepada empat anak dan dua cucu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.

Katanya, perubahan sikap isterinya itu mula dikesan selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak Rampai, di sini, pada September tahun lalu.

Rujukan: HarianMetro

Penjawat Awam Beli Resit Hotel Bajet RM10 Sebelum Buat Tuntutan Sehingga RM220

By Hafiz.H →
KANGAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan 23 penjawat awam termasuk dua wanita kerana membuat tuntutan palsu sepanjang 2015.

Pengarah SPRM Perlis, Yaacop Angah berkata, mereka yang ditahan dalam operasi pada Selasa dan Rabu lalu terdiri daripada kakitangan pelbagai agensi dan kumpulan jawatan.


“Siasatan mendapati mereka telah membeli resit dari hotel bajet di sekitar Kuala Lumpur dengan harga RM10, kemudian membuat tuntutan di pejabat masing-masing dengan harga antara RM160 dan RM220 (mengikut kadar kelayakan gred masing-masing),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, ada juga di antara mereka yang membuat tuntutan palsu berkenaan secara kerap iaitu sebanyak 10 kali dalam tempoh setahun dengan jumlah tuntutan individu mencecah RM9,850.

Jumlah keseluruhan tuntutan bagi semua kes berkenaan ialah sebanyak RM37,180 dan SPRM percaya masih ada kegiatan sama yang dilakukan di kalangan penjawat awam lain memandangkan hanya dua hotel yang telah diperiksa setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694).

Menurut Yaacop, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam masa terdekat dan kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu arahan lanjut daripada Timbalan Pendakwa Raya.

Rujukan: Bernama

Alat Sulit Lelaki Digigit Ular Sawa Ketika Guna Tandas

By Hafiz.H → Thursday, May 26, 2016
THAILAND - Seorang lelaki nyaris maut apabila kemaluannya digigit seekor ular sawa sepanjang 3.5 meter dalam tandas.
Kejadian ngeri itu berlaku di wilayah Chachoengsao, timur Bangkok kira-kira jam 6.30 pagi semalam ketika Atthaporn Boonmakchuay, 38, duduk di atas mangkuk tandas sebelum diserang reptilia itu.

Akhbar The Sun yang berpangkalan di United Kingdom memetik laporan Bangpakong News sebagai berkata, lelaki itu segera memanggil isterinya yang meminta bantuan jiran-jiran untuk menyelamatkan mangsa.

Mereka kemudiannya berjaya mengikat kepala ular sawa itu.


Namun, mangsa yang terpaksa bergelut dengan reptilia berkenaan pengsan akibat kehilangan terlalu banyak darah sebelum dikejarkan ke hospital.

Anggota kecemasan terpaksa memecahkan mangkuk tandas itu untuk mengeluarkan ular sawa yang bersembunyi di dalamnya sebelum dilepaskan ke hutan.

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan bagi mengetahui cara reptilia itu masuk ke dalam mangkuk tandas di rumah mangsa.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Wanita Nyaris Diperkosa Dalam Tandas Restoran McDonalds Di JB

By Hafiz.H →
JOHOR BAHRU - Kepantasan dan keberanian seorang wanita berjaya menyelamatkan dirinya daripada menjadi mangsa rogol dalam tandas sebuah restoran makanan segera di Johor Bahru minggu lalu.

Ketika kejadian jam 6.10 pagi Jumaat lalu itu, mangsa bersama rakannya ke tandas sebuah restoran makanan segera di Taman Mount Austin.

Beliau kemudiannya membetulkan rambut di hadapan sinki luar tandas itu berseorangan, sebelum didatangi seorang lelaki yang tiba-tiba menggunakan tangannya untuk menutup mulut mangsa dan cuba mengheretnya ke dalam tandas OKU.


Menurut laporan China Press, suspek kemudiannya memukul kepala wanita itu dan menghentak kepalanya ke dinding dalam cubaan untuk melemahkan mangsa.

Wanita itu sempat melarikan diri, tetapi lebam di bahagian muka dan badan, manakala suspek pula berjaya melarikan diri dengan menyamar sebagai pekerja restoran makanan segera itu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Sulaiman Salleh yang dihubungi akhbar itu mengesahkan telah menerima laporan berhubung serangan itu, namun tidak memberikan butiran lanjut.

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan akaun DavidLim memuat naik gambar dan kejadian itu ke laman media sosial berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai.

Menurut catatan Facebook itu, suspek dikatakan adalah seorang lelaki berbangsa Melayu dan berbadan sasa.

Selepas diheret ke dalam tandas OKU, mangsa menerusi celah pintu ternampak ada orang lalu dan segera menjerit.

Rakan mangsa yang terdengar jeritan itu segera pergi ke tandas untuk memeriksa keadaan, manakala suspek pula sempat mengambil beg tangan mangsa dan menyamar sebagai pekerja restoran untuk keluar dari tandas berkenaan.

Menurut catatan dalam Facebook itu lagi, rakan mangsa segera merampas beg tangan wanita itu sementara suspek bertindak meninggalkan tandas berkenaan dengan tenang.

Rakan mangsa kemudiannya pergi memeriksa keadaan mangsa dan mendapati baju wanita terbabit sudah kotor dengan dahinya berdarah dan rambutnya juga kusut-masai.

Catatan dalam Facebook itu turut menyatakan ada pihak yang mendakwa suspek adalah pekerja restoran makanan segera terbabit dan bercuti pada hari kejadian.

Malah, pengurus restoran itu juga didakwa berada di tempat kejadian, tetapi tidak mengambil sebarang tindakan.

Rakan lelaki mangsa yang cuba menjejaki dan merakam gambar suspek bagaimanapun gagal, kerana suspek segera meninggalkan tempat kejadian dengan menaiki kereta Perodua Kenari berwarna emas.

Menurut catatan dalam laman media sosial itu, polis tiba di tempat kejadian 30 minit kemudian dan meminta mangsa melakukan pemeriksaan di hospital.

Hasil pemeriksaan mendapati wanita itu cedera di kepala dan bahunya serta terdapat pelbagai kesan lebam di badannya.

Difahamkan, polis sudah mengambil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari restoran makanan segera itu untuk disiasat.

Rujukan; Freemalaysiatoday

Jika Kematian Suami, Siapa Yang Wajib Tanggung Nafkah Anda Dan Anak-anak?

By Hafiz.H →
Rupanya setelah kematian suami tanggungjawab mencari nafkah buat anak-anak jatuh kepada walinya, iaitu datuk atau pakciknya, bukan tanggungjawab si ibu. (Perkongsian dari ustazah Nik Salida Suhaila – al Maraaya, tv alhijrah). 
Padanlah dari segi pemberian faraid bahagian isteri paling sedikit berbanding yang bakal diterima oleh waris yang lain. Saya tahu pun setelah kematian ayah 7 tahun yang lepas.

Pada ketika itu saya tertanya-tanya, kenapa bahagian isteri paling sedikit sedangkan isterilah yang bakal menanggung keperluan anak-anak kelak. Bahkan rumah dan kereta peninggalan suami boleh dituntut wali jika tidak tersenarai sebagai harta pusaka yang dikhususkan untuk si isteri.

Ramai dari kita tidak tahu kerana belum pernah dengar lagi ada wali yang mencari nafkah buat anak yatim yang masih mempunyai ibu. Inilah amanah Allah yang dilupakan. Demikianlah besarnya tanggungjawab seorang lelaki…bertanggungjawab anda bukan hanya kepada anak isteri sahaja tetapi turut kepada pewalinya.


Apabila agama itu diambil separuh separuh,yg memihak padanya diambil yang memberi rugi padanya ditinggal.

Sy bukanlah ustazah nk cakap psl agama,tapi sy nk ajak saudara saudari semua berfikir akn kisah benar yg berlaku pada seorang balu yg kematian suami.

1. Semasa hidup simati org susah,adikberadik tak pernah menjenguk,apatah lagi nk hulur belanja utk anak buah walaupon semuanya kerja best2.

2. Rezeki anak2 simati dpt beli sebidang tanah dan dpt buat sebuah rumah teres diats tanah tersebut.tak lama kemudian,si mati membeli lagi sebidang tanah utk tujuan berkebun tp tak kesampaian(meninggal dulu)

3. Simpanan simati ada dlm 10k dlm bank.ada sebuah rumah.dan sebidang tanah.

4. Simati selalu bagitau isterinya kalu dia tiada,isteri dan anak2 tak lah susah mana,ada tempat bergantung,ade sedikit duit dan ade tempat berlindung (rumah). Betapa besarnya harapan simati utk si isteri dan anak2.
5. Ditakdirkan si mati meninggal dunia akibat sesak nafas(masalah jantung)..simati meninggalkan balu dan 2 orang anak perempuan.

6. Sejurus selepas simati dikebumikan,adikberadik simati termasuk ibu simati telah mengajak si isteri berbincang pasal harta simati kononnya simati akn terseksa dlm kubur kalu tak diselesaikan secepat mungkin.

7. Simati tiada anak lelaki,so harta2 simati akan dpt juga pd adik beradiknya.

7. Tak sampai seminggu si mati meninggal,datanglah adik beradik bertandang kerumah,siap buat lakaran dlm kertas ikut hukum faraid,bahagian utk isteri,anak2,ibu simati dan adik beradik simati.

8. Hukum faraid-bahagian isteri dpt paling sedikit(org terengganu ckp dpt bahagian kepala mayat).lansung tak pedulikan perasan sibalu yg masih bersedih,dihamburkan pula nas2 dalil2 bab pembahagian faraid.

9. Paling memilukan,dinilaikan sekali rumah yg diduduki oleh sibalu dgn anak2 ikut nilai pasaran.kemudian mereka2 itu bagi dua pilihan pada si balu, bayar harga rumah tersebut kepada waris2 yg berhak sekiranya mahu tetap tinggal disitu,atau keluar dr rumah tersebut kerana rumah itu akan dijual,dan duit jualan tersebut akan dibahagikan ikut hukum.

10.celah mana mahu cari 150k?nak tak nak terpksa keluar dr rumah tersebut.rumah dijual,dapatlah bahagian sibalu dan anak2,dgn jumlah yg sibalu dapat dan anak2 simati dapat,mustahil dpt cari rumah baru.

11. Bermula lah episod merempat si anak2 yatim.berpindah randah,menyewa situ sini,jgnkan sibalu,si anak pon bekerja lepas balik sekolah nak sara diri sendiri.duit simpanan /tanah sebidang/rumah dijual siwaris.harapan simati utk tidak menyusahkan anak dan isteri selepas ketiadaanya berkecai sama sekali.

12. Waris2,semua lesap lepas dpt bahagian masing2.nak tanya khabar jauh sekali.nak hulur duit jauh sekali.

13. Lagi malang waris2 semuanya bekerja bagus2.ada cikgu,ada pegawai kerajaan,ada golongan prefesional,malah kaki masjid pon ada.tp syg,bab tangggungjawab pada anak simati langsung tak dihiraukan.

14. Walaupon berhak pada harta simati,tapi kene tengok pula tanggungjawab yg harus dipikul.jgn ambil agama itu separuh separuh utk kepentingan sendiri.ya,tak berdosa ambil harta yg sememangnya hak kita dlm hukum,tapi berdosa gagal menjalankan tanggungjawab nafkah pd anak2 simati-tempat tinggal /pakaian/makan minum)

15 .kalu kita termasuk dlm golongan sebegitu sebelum ni,berubahlah,dan moga dijauhkan keturunan kita adik2 kite suami kita ank2 kita dr bersifat kejam begini.

16.ambil pengajaran saudara saudari.sekali lagi saya ingatkan apa yg agama ajar,bila simati meninggalkan anak2 yg belum baligh,wajib bg walinya(mengikut turutan wali sebelah simati) menyediakan nafkah utk anak simati.kalu tidak diambil peduli,menanggunglah diakhirat kelak.

17. Hukum faraid itu sgt adil dan indah.diberi lebih kepada lelaki sbb lelaki adalah ketua keluarga yg kene menanggung org2 dibawahnya,kenapa apabila tiada anak lelaki,harta akn diberi juga kepada adik beradik simati?jelas Allah memberitahu bahawa adalah tanggungjwb si wali2 utk menanggung nafkah si anak yatim (lebih2 si yatim adalah perempuan) ,dan semoga dgn pembahagian faraid dpt meringankan beban /membantu si wali2 utk menjaga dan memberi nafkah kepada si anak yatim.

18.ingt ye dpt pembahagian harta simati bkn terus beli rumah baru,shopping atau melancong dulu,tapi tunaikan dulu tanggungjawab.

Dipetik dari Facebook Hisham Abdul Majid

(Gambar) Gadis Cantik Tak Malu Bekerja Sebagai Tukang Cuci

By Hafiz.H →
Medan: Bertuah pelajar di Malaysia yang rata-rata tidak perlu bekerja untuk belajar di kolej kerana ada pinjaman atau biasiswa, tidak seperti gadis cantik dari Medan yang menjadi pencuci di Stesen Besar Kereta Api Medan sejak lebih setahun lalu bagi membiayai kuliahnya.
Sanggupkah gadis cantik di Malaysia melakukan kerja dipandang rendah tapi halal seperti Duma Mariana Simanjuntak yang kisahnya kini viral di media sosial.

Duma berdarah Batak, berasal dari keluarga sederhana, bekerja sambilan sebagai pencuci di stesen itu sejak setahun setengah yang lalu, bagi membiayai pengajiannya di Sekolah Tinggi Ilmu Ekonomi (STIE) Institut Bina Bisnis Indonesia (IBBI) Medan serta meringankan beban keluarganya menanggung perbelanjaan persekolahan tiga adiknya.

Gadis berusia 19 tahun itu tinggal bersama keluarganya dalam rumah sederhana dekat landasan kereta api di Jalan Binjai, Kecamatan Sunggal, Deli Serdang.


Setiap hari pada jam 5 pagi, anak pasangan pasangan Jumian Simanjuntak dan Friska Sitinjak itu, berjalan 500 meter ke perhentian bas untuk ke stesen kereta api bagi memulakan kerjanya.

“Saya ambil jurusan ekonomi dan sekarang sudah semester dua.

“Saya tidak malu jadi pekerja pencuci. Kenapa mesti malu? Yang penting saya bisa kuliah. Ini rezeki halal,” katanya yang bekerja sehingga jam 3 petang sebelum menggantikan pakaian untuk ke kampus.

Rujukan: HarianMetro

Indonesia Lulus Hukuman Mati Terhadap Perogol Kejam

By Hafiz.H →
JAKARTA: Presiden Indonesia Joko Widodo pada Rabu meluluskan undang-undang hukuman mati sebagai hukuman maksimum terhadap perogol kanak-kanak selepas beberapa kes rogol dan pembunuhan kejam di negara ini mencetuskan kemarahan orang ramai.

Menurut Joko, pelaksanaan hukuman maksimum itu adalah bertujuan untuk mengatasi jenayah rogol kanak-kanak yang semakin meningkat.
Eno dirogol tiga lelaki, sebelum dipukul dan kemaluannya dirodok menggunakan batang cangkul


“Kemasukan pindaan hukuman itu memberi ruang kepada hakim untuk memutuskan hukuman berat (kepada pesalah) sebagai langkah mencegah jenayah itu.

“Jenayah ini telah menjejaskan perkembangan kanak-kanak dan telah menganggu perasaan aman kita, keselamatan dan ketenteraman awam.

“Jadi, kami akan mengendalikan (pesalah) dengan cara yang luar biasa,” kata Joko seperti dilapor Reuters, semalam.

Pelaksanaan hukuman itu berikutan kejadian membabitkan pelajar perempuan berusia 14 tahun, Yuyun yang dirogol 14 lelaki dan dibunuh ketika pulang dari sekolah di Bengkulu, Sumatera, bulan lalu.

Terbaharu, kematian tragik seorang gadis berusia 18 tahun, Enno Fariha di Tangerang yang dirogol tiga remaja dan kemaluannya dirodok dengan batang cangkul juga mencetuskan kemarahan orang ramai.

Joko berkata selain berdepan dengan hukuman mati, pesalah yang terlibat dalam kes penderaan seksual kanak-kanak dan mengulangi kesalahan yang sama juga berdepan dengan hukuman kembiri secara kimia, selain dipasang cip elektronik bagi mengesan pergerakan mereka.

“Keganasan seksual terhadap kanak-kanak adalah satu jenayah yang luar biasa.

“Peraturan ini bertujuan untuk mengatasi (seperti) kejadian (sebelum ini), di mana kita melihat peningkatan kes yang ketara,” kata Joko.

Bagaimanapun, seorang aktivis hak asasi memberi amaran terhadap keputusan pelaksanaan hukuman mati dan penggunaan kembiri secara kimia.

"Dalam kebanyakan kes (rogol) pelaku mengenali mangsa, dan hukuman ini begitu teruk bahawa ia boleh menggalakkan mangsa untuk melaporkan kes rogol,” kata Andreas Harsono, aktivis Human Rights Watch yang berpangkalan di New York.

Rujukan: Malaysiandigest

Amran Fans :: "Terlajak perahu boleh undur , terlajak status..."

By Hafiz.H →
Kuala Lumpur: "Jenaka terhadap kes rogol apatah lagi membabitkan pembunuhan adalah sesuatu yang tidak berakal dan tidak sepatutnya berlaku.

"Ini menunjukkan mereka tidak peduli dengan nasib ramai mangsa yang menderita sebab dirogol malah menjadikannya sebagai bahan jenaka. Paling mengejutkan, ramai pula yang menyokong jenaka berkenaan."

Itu luahan seorang wanita berusia 25 tahun, Azleen Sharuddin yang juga seorang pengedar buku mengenai status akaun Facebook (FB) dengan nama Amran Fans yang seolah-olah mempersendakan kematian Enno Parihah, 19, yang diperkosa sebelum dibunuh kejam.


Kisah kematian gadis warga Indonesia itu viral di laman sosial apabila dia dipercayai mati selepas dipukul dengan cangkul sebelum batang cangkul itu dirodok ke dalam kemaluannya.

"Jadi saya sebagai seorang daripada ejen jualan dua buku Amran Fans berjudul Amran Fans dan #‎TheAmranFans membuat keputusan untuk memberhentikan jualan buku-buku itu.

"Saya melakukan protes dalam bentuk ekonomi supaya mereka sedar sesiapa saja rakyat Malaysia yang waras dan merasakan jenaka berkenaan melampau boleh buat sekatan," katanya ketika dihubungi.

Azleen antara wanita yang kecewa apabila akaun FB itu sebelum ini memuat naik perbualan di telefon bimbit mengenai seorang lelaki menghantar gambar cangkul apabila seorang wanita enggan melayan sapaannya.

"Pada saya ini tidak kelakar. Adakah apa yang berlaku terhadap Enno itu akan berlaku juga kepada wanita yang enggan melayan sapaan lelaki apabila menerima gambar cangkul?" soalnya yang juga bekerja sebagai kerana di syarikat milik keluarga di Teluk Intan, Perak.

Sementara itu, pemilik Kedai Buku Mak Ali di Kajang, Mohamad Ali Rafiq Ibrahim, 23, turut terkesan dengan jenaka 'tidak kena tempat' itu dengan menurunkan dua buku berkenaan daripada rak .

"Saya terkesan dengan lawak Amran Fans yang merendah-rendahkan perempuan. Kita sokong usaha boikot buku ini kerana industri ini kecil dan kita saling menyokong.

"Bila Azleen buat macam itu, kami rasa patut buat juga sebab tidak mahu orang memperkatakan saya menyokong Amran Fans.

"Secara peribadi saya rasa jenaka berkenaan sangat melampau kerana sepatutnya apabila kita bercakap mengenai isu jenayah rogol, respon adalah sangat marah, tak patut pun wujud jenaka macam itu sebab ia sangat serius, tak patut dibuat main-main," katanya.

Ali Rafiq yang juga pelajar tahun akhir Sarjana Muda Komunikasi Massa dalam bidang penerbitan turut menerima sokongan ramai pihak apabila menghentikan penjualan buku berkenaan.

"Semuanya sangat positif dan sokong kami. Orang cakap kami buat perkara yang betul, bagus, 'good job'. Buku itu pun tidak menjejaskan operasi kedai saya sebab banyak lagi buku lain.

"Kalau rugi sekalipun tidak mengapa sebab saya buat benda yang baik dan bukannya sokong benda yang tidak betul," katanya.

Menurutnya, tindakan dibuat adalah atas rasa tanggungjawab ini perlu supaya kewujudan pengedar dan kedai buku kecil sepertinya disedari dalam industri penerbitan buku yang juga memainkan peranan penting dalam masyarakat.

Pengendali laman berkenaan dipercayai sudah membuat permohonan maaf menerusi akaun FB dengan nama Kassim Nasution, yang mengakui status berkaitan cangkul itu satu kesilapan.

"Korang semua orang-orang lama, so (jadi) aku yang baru ini dengan rendah diri angkat kaki. Lepas ini Amran Fans tak akan terlibat lagi dengan sebarang bentuk kerjasama dengan Dubook (penerbit buku)," katanya.

Akaun FB Amran Fans yang mempunyai lebih 900,000 pengikut juga sudah ditutup pihak Facebook selepas menerima aduan daripada pelayar laman sosial berkenaan.

Rujukan: HarianMetro

Chef Dakwa Periuk Tembaga Diwarisinya 'Pandai Merajuk'

By Hafiz.H → Saturday, May 14, 2016
KUALA TERENGGANU – Pakar masakan traditional Terengganu di salah sebuah hotel terkemuka di sini mendakwa periuk tembaga yang diwarisinya mempunyai ‘perasaan’ seperti makluk yang bernyawa.

Menurut Chef Mohd Arifin Minggu, 48 periuk tembaga yang berusia hampir 130 tahun itu dikenali sebagai ‘periuk dua beradik’ dan merupakan warisan turun temurun keluarganya.


“Paling istimewa ialah periuk tembaga dua beradik yang berusia 130 tahun ini… bukan manusia sahaja yang pandai merajuk tapi periuk juga merajuk.

“Saya kalau masak dengan kuantiti yang banyak sentiasa guna periuk abang tapi kalau kuantiti sedikit saya guna periuk adik,” katanya ketika temubual eksklusif bersama SuaraTV baru-baru ini.

Mohd Arifin yang lebih mesra dengan panggilan Che De berkata, kejadian aneh itu bermula apabila ‘periuk abang’ secara tiba-tiba ‘merajuk’ apabila tidak digunakan.

“Ada satu kejadian saya apabila sering masak mengunakan periuk adik (dan tidak mengunakan periuk abang), satu hari apabila saya masak rendang mengunakan periuk abang masakan saya tiba-tiba menjadi hangit.

“Sedangkan api yang saya gunakan ketika memasak rendang itu sama seperti yang saya masak sebelum ini, paling mengejutkan apabila ia meninggalkan kerak yang tidak boleh ditanggalkan,” ujarnya pula.

Tidak cukup dengan itu, kerak masakan yang terlekat pada ‘periuk abang’ sangat sukar untuk dibersihkan sehingga beliau terpaksa mengunakan 7 biji limau nipis untuk ‘memujuknya’.

“Paling mengejutkan walaupun saya telah mencuba pelbagai cara seperti merendam periuk tersebut dengan air selama seminggu kerak hitam tersebut tetap tidak dapat ditanggalkan.

“Hingga pada satu hari saya mencucinya dengan 7 biji limau nipis barulah ia kembali bersih seperti sediakala,” katanya lagi.

Rujukan: SuaraTV

Luangkan Masa Bersama Keluarga Sementara Mereka Masih Ada - Najib

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya meluangkan masa bersama keluarga sebanyak yang mungkin sementara mereka masih ada.

Perdana menteri berkata meskipun tidak boleh bersemuka namun kecanggihan teknologi seperti telefon, WhatsApp dan Skype mungkin boleh digunakan untuk berhubung.


"Hakikatnya, di penghujung kehidupan kita, tidak ada seorang pun yang ingin meluangkan sedikit lagi masa di pejabat.

"Sebaliknya, kita semua ingin meluangkan setiap saat bersama keluarga kita," katanya menerusi catatan terbaharu mengenai hubungan kekeluargaan dalam blog beliau, www.najibrazak.com, hari ini.

Dalam catatan itu, Najib mengakui beliau jarang bertemu keluarga berikutan jadual tugasannya yang padat akhir-akhir ini dengan pelbagai lawatan, pertemuan bersama rakyat, mesyuarat, pelancaran projek dan yang terbaharu Pilihan Raya Negeri Sarawak.

"Kalau boleh saya sangat ingin meluangkan lebih masa bersama-sama dengan anak-anak, isteri dan keluarga saya. Namun, sebagai seorang perdana menteri, rakyat juga merupakan keluarga besar yang perlu saya berikan sepenuh perhatian," kata beliau.

Najib berkata kebajikan ibu bapa yang sudah menjangkau usia juga perlu dijaga walaupun anak-anak sibuk dengan pelbagai urusan.

"Saya sangat bertuah kerana ibu saya masih dikurniakan umur yang panjang dan sihat. Alhamdulillah. Anak-anak saya juga sudah dewasa dan ceria. Keluarga saya kekal bahagia," katanya.

Rujukan: Bernama

RM120 Untuk Cari Jodoh Halal Cara Islam

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR – Halal Speed Dating menjadi medan pertemuan menggunakan kaedah temu janji pantas yang memenuhi syarat prinsip taaruf Islam, dalam membantu peserta menemui jodoh mereka, lapor Malay Mail Online.

Jadi, tidak akan ada arak, aksi menggoda, tiada sentuhan, tidak boleh “gedik-gedik”, dan tidak dibenarkan saling bertukar butiran kenalan dalam acara berkenaan, seperti dinyatakan laman web yang menyediakan perkhidmatan cari jodoh itu.

Ditubuhkan tahun lalu oleh sepasang suami isteri Munirah Tunai dan Zuhri Yuhyi, syarikat itu sudah mengadakan beberapa program, malah setakat ini tiga pasangan yang menyertainya berjaya mengikat tali perkahwinan.


Tetapi esok, perkhidmatan cari jodoh bagi orang Islam itu dijangka mencapai kejayaan baru apabila 144 peserta mendaftar untuk hadir dan maknanya, ia akan menjadi acara halal speed dating terbesar setakat ini.

“Jika semua peserta berdaftar berkenaan setuju untuk datang, ia akan jadi acara halal speed dating terbesar,” kata Munirah dipetik berkata kepada MMO.

Katanya, bilangan peserta kali ini adalah dua kali ganda daripada mereka yang pernah hadir pada aktiviti syarikat itu sebelum ini.

Munirah ialah ketua pegawai operasi syarikat berkenaan manakala Zuhri ialah ketua pegawai eksekutif.

Laman web syarikat itu turut menyenaraikan dua lagi pengasas bersama Halal Speed Dating iaitu Syed Azmi AlHabshi dan Hayati Ismail, kedua-duanya kini kekal sebagai konsultan.

Mereka berempat memulakan perkhidmatan cari jodoh itu bertujuan membantu peserta mencari pasangan berpotensi untuk dikahwini, bukan sekadar berkenalan dan menjalani proses temu janji seperti biasa.

Halal Speed Dating pada asasnya sama seperti program cari jodoh biasa, dengan peserta diberikan masa tertentu untuk berbual dengan seseorang berlainan jantina.

Bagaimanapun, perbezaan utamanya ialah calon wanita perlu ditemani penjaga yang bertindak sebagai pengiring untuk memantau interaksi antara calon itu dengan prospek lelaki, lapor MMO.

Syarikat itu berkata tidak ada yang baru dalam proses itu, memandangkan ia mengikut taaruf kerana ia menggunakan cara sama generasi terdahulu dalam keluarga Islam yang mencarikan jodoh untuk ahli keluarga.

“Ini bukan idea baru. Fikir balik bagaimana datuk nenek kita dulu kahwin. Datuk kita dulu lelaki yang terhormat. Bila mereka mahu mengahwini seorang wanita, mereka akan bertemu bapa wanita itu terlebih dulu.”

Ayat itu tertera di laman web syarikat berkenaan.

Munirah berkata dalam aktiviti yang diadakan sebelum ini, peserta wanita lebih ramai berbanding lelaki dan keadaan yang sama dijangka berlaku pada acara cari jodoh esok.

Pendaftaran ialah percuma di laman web Halal Speed Dating tetapi jika anda terpilih menyertainya, anda perlu membayar tiket berharga RM120.

Rujukan: SuaraTV

Bank Negara Tamatkan Siasatan Terhadap 1MDB

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) menamatkan siasatan di bawah bidang kuasanya terhadap hal ehwal 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Gabenornya, Datuk Muhammad Ibrahim berkata, 1MDB telah menyatakan komitmen untuk membayar kompaun sebelum tarikh akhir pada 30 Mei 2016, menandakan tamatnya siasatan tersebut.

Syarikat pelaburan strategik negara berkenaan dikenakan kompaun oleh bank pusat susulan kegagalan melaksanakan arahan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013.
Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Muhammad Ibrahim (tengah) ketika sidang media mengenai Prestasi Ekonomi pada Suku Pertama Tahun 2016 di Bank Negara hari ini. Turut kelihatan dua Timbalannya, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus (kiri) dan Dr. Sukhdave Singh (kanan).


Bagaimanapun, Muhammad enggan memberitahu nilai kompaun yang dikenakan ke atas 1MDB, memandangkan ia bertentangan dengan amalan BNM bagi mendedahkan kuantum yang dikenakan terhadap individu khusus atau entiti kepada awam.

1MDB dijangka membayar denda tersebut.

Semasa taklimat media hari ini, Muhammad mengulangi bahawa kesemua siasatan di bawah bidang kuasa bank pusat dari segi peraturan, kawal selia dan undang-undang ditamatkan.

"Dari segi siasatan yang bukan di bawah peraturan, kawal selia dan undang-undang bank pusat, kita akan meneruskan kerjasama dengan badan berkuasa lain," katanya.

Menurut kenyataan 1MDB pada 28 April lepas, bayaran kompaun tersebut akan dijelaskan pada atau sebelum tarikh akhir.

Mengenai pertikaian antara 1MDB dan International Petroleum Investment Company, Muhammad berkata, kedua-dua pihak tersebut perlu menyelesaikan perkara berkaitan dan bank pusat tidak akan campur tangan.

Selain itu mengenai kebimbangan terhadap kenaikan liabiliti luar jangka 1MDB disebabkan pertikaian kedua-dua pihak berkenaan, beliau berkata kerajaan akan memenuhi semua tanggungjawab hutangnya.

Rujukan: Bernama

Pelajar Trauma Enggan Ke Sekolah Lepas Rambut Dipotong Warden

By Hafiz.H →
KUALA ROMPIN - Ibu bapa seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah agama (SMA), di sini, mendakwa kecewa dengan tindakan warden asrama yang memotong rambut anaknya tanpa alasan kukuh.

Tindakan warden terbabit menyebabkan pelajar yang berusia 14 tahun itu trauma selain tidak mahu pergi sekolah dan kerap kali menangis di rumah.

Ibu pelajar yang hanya mahu dikenali sebagai Rosnah berkata, anaknya sendiri memilih untuk memasuki SMA berkenaan dan dia serta suami tidak menghalang, sebaliknya memberikan sokongan.
Rosnah menunjukkan gambar rambut anaknya yang pendek selepas dipotong secara paksa oleh warden.


"Anak saya telefon sambil menangis sebab tak nak rambutnya dipotong, kononnya ada kutu.

"Masalah kutu ni bukan daripada anak saya, tapi pelajar lain. Tapi dia yang dipaksa potong rambut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini.

Rosnah berkata, selepas kejadian itu, anaknya tidak mahu lagi pergi ke sekolah kerana mengalami tekanan.

"Saya ambil dia bawa balik rumah, malah saya juga jumpa warden tu.

"Tapi, warden tu tak bagi penjelasan yang logik dan konkrit sebab dia ambil tindakan macam tu," katanya.

Menurutnya, anaknya memang suka berambut panjang, justeru tindakan warden memotongnya hingga paras leher secara paksa, menyebabkan anaknya tertekan.

“Saya tak ada masalah anak nak berambut pendek atau panjang tetapi kemahuan dia nak berambut panjang saya hormati. Jadi, tak sepatutnya warden ni potong rambut dia sampai macam tu sekali.

"Malah, pengetua ada mohon maaf ketika pertemuan kami, tapi sikap warden yang terus tidak mahu mengakui kesilapan sama sekali tak boleh diterima," katanya.

Dia berkata, susulan insiden Mac lalu itu, anaknya kini ditukarkan ke sekolah menengah kebangsaan (SMK).

Difahamkan, Rosnah turut membuat laporan polis dan mahu merujuk isu berkenaan di Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) namun sehingga kini tiada perkembangan mengenainya.

Rujukan: SinarHarian

Teh Lebih Mahal Daripada Emas, 1 gram RM5,600

By Hafiz.H → Friday, May 13, 2016
Fujian, China: Membelanjakan wang AS$10,000 (RM40,000) untuk seteko teh mungkin kedengaran keterlaluan.
Bagaimanapun, itulah harga yang peminat teh sanggup bayar untuk menghirup Da Hong Pao asli, teh paling jarang ditemui di dunia.

Harga untuk satu gram boleh mencecah AS$1,400 (RM5,600).

Teh yang terkenal mahal ini sebenarnya berpuluh kali lebih mahal daripada segram emas.

Apa yang menyebabkan teh ini sangat mahal?

Menurut pakar teh China, Xiangning Wu, Da Hong Pao begitu berharga kerana ia sangat sukar untuk ditemui.


Katanya, pokok teh Da Hong Pao asli hampir pupus.

Beberapa jenis teh yang tumbuh di pergunungan Wuyi di daerah Fujian, China juga sangat jarang ditemui sehingga dianggap tidak ternilai harganya.

Pembuat teh generasi lama turut mengadakan ritual tahunan khas untuk Da Hong Pao supaya pokok teh itu tumbuh subur.

Mereka pergi ke kawasan pergunungan pada setiap musim bunga dan berdoa kepada tuhan teh, Lu Yu supaya pucuk baru tumbuh.

Daun teh itu dikatakan disapu dengan susu kambing ketika ia membesar dan selepas ia dituai.

Daunnya kemudian dikeringkan dan dibiarkan selama 80 tahun untuk mendapatkan rasa teh yang istimewa. - Agensi

Rujukan: HarianMetro

Smash Datuk Lee Chong Wei Terpantas Di Dunia 408km/j

By Hafiz.H →
KUALA LUMPUR - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kini memegang rekod pukulan smash paling kencang sejak September tahun lalu apabila melakukan pukulan tersebut dengan kepantasan 408 kilometer sejam (km/j) ketika menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2015 yang berlangsung di Coliseum Hung Hom ketika itu.

Menurut Persekutuan Badminton Dunia (BWF), kelajuan pukulan yang dilakukan oleh Chong Wei itu telah direkod dan diukur dengan menggunakan teknologi Hawk Eye yang telah diguna pakai dalam beberapa kejohanan utama sejak September tahun lalu.

Bagaimanapun, rekod yang dipegang pemain yang menduduki ranking kedua dunia ketika ini diekori rapat oleh bintang Denmark, Jan O Jorgensen yang berjaya melakukan catatan 407km/j pada aksi separuh akhir Terbuka Malaysia 2016 April lalu.


CHONG WEI memiliki smash selaju 408km/j yang dilakukan pada Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong yang berlangsung di Coliseum Hung Hom, September tahun lalu.
Sementara itu, pemenang lima kali Kejohanan Dunia, Lin Dan hanya berjaya merekodkan pukulan smash paling laju iaitu 401km/j ketika beraksi pada Terbuka Jepun yang juga berlangsung pada September tahun lalu.

Dalam pada itu, pemain perseorangan wanita Thailand yang menghuni ranking kedua dunia ketika ini, Ratchanok Intanon pula dinobatkan sebagai pemegang rekod pukulan smash paling laju bagi kategori wanita apabila mencatat kepantasan 372km/j juga pada Terbuka Malaysia 2016.

Rujukan: Kosmo

Tiada Lesen Memandu, Pesalah Terus Didakwa Di Mahkamah

By Hafiz.H → Thursday, May 12, 2016
KUALA LUMPUR - Pengguna jalan raya yang ditahan tanpa lesen memandu tidak akan dikenakan saman/kompaun lagi. Sebaliknya mereka akan terus dibawa ke mahkamah untuk dakwaan di atas kesalahan yang dilakukan. 

Peraturan baru yang dikuatkuasakan sejak pertengahan April lalu, beribu-ribu pengguna jalan raya yang tidak mempunyai lesen telah dipanggil ke mahkamah untuk tindakan undang-undang, lapor The Sundaily.

Tindakan drastik itu diambil berikutan peningkatan kes memandu dan menunggang tanpa lesen  sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Seramai 630,000 pemandu kereta dan penunggang motosikal telah disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu. Kesalahan itu juga adalah antara punca utama yang menyebabkan kemalangan yang direkodkan setiap tahun.
Hiasan


Di bawah Seksyen 26 Akta Pengangkutan Jalan, mana-mana pengguna jalan raya yang didapati melakukan kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Pesalah juga berdepan dengan dakwaan di bawah Seksyen 90 dalam akta yang sama kerana memandu tanpa sebarang perlindungan insurans yang membawa kepada hukuman denda sehingga RM2,000 atau tiga bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Ketua Polis Trafik Persekutuan, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, keputusan melaksanakan peraturan baru itu dibuat bagi mendidik pengguna tentang bahayanya memandu tanpa lesen memandu.

"Pemandu kereta atau penunggang motosikal tanpa lesen ini tidak pernah melalui latihan atau ujian formal. Mereka mungkin tidak tahu tentang undang-undang jalan raya, papan tanda atau cara pemanduan yang berhemah.

"Ia bukan sahaja membahayakan pengguna jalan raya yang lain, juga membahayakan nyawa mereka sendiri. Perlaksanaan peraturan ini bukan untuk membebankan mereka atau mengaut keuntungan. Ia adalah bertujuan untuk mendidik mereka," katanya.

Kredit: Pixelmedia

Doktor Haiwan Mati Dipijak Selepas Selfie Dengan Gajah

By Hafiz.H →
Solo: Seorang doktor haiwan maut dipijak seekor gajah selepas merakamkan gambar selfie dengan haiwan berkenaan di sebuah pusat perlindungan yang juga destinasi pelancongan popular, di sini, semalam.

Octavia Warahapsari, 25, maut di lokasi kejadian selepas diserang seekor gajah jantan Sumatera yang dirawatnya di pusat perlindungan Gajah Mungkur.

Seorang pegawai pelancongan Wonogiri, Senthot Sujarwoko berkata, Octavia bersama tiga gembala gajah memberi makan dan memandikan satu pasangan gajah yang baru dipindahkan ke pusat itu pada April lalu.

Katanya, mereka kemudian membawa dua gajah itu bersiar-siar di taman berkenaan sebelum Octavia mahu merakamkan gambar selfie dengan gajah jantan.
Antara gambar selfie Octavia dengan gajah yang dimuat naik di laman sosial.


“Secara tiba-tiba gajah berkenaan melibas Octavia dengan gadingnya menyebabkan wanita itu terpelanting tiga meter.

“Octavia bangun dan cuba berlari, tetapi dia terjatuh sebelum gajah berkenaan terus meluru lalu memijaknya,” katanya.

Tindakan gajah itu turut menyebabkan seorang gembala yang berada di atas haiwan berkenaan terjatuh.

Menurut petugas di pusat berkenaan, Octavia gemar bergambar selfie dengan gajah yang dirawatnya sebelum memuat naik gambar itu di laman sosial. - Agensi

Rujukan: HarianMetro

Wanita Terpaksa Nyanyi Lagu Negaraku Buktikan Diri Rakyat Malaysia

By Hafiz.H →
PETALING JAYA: Gara-gara gagal menunjukkan kad pengenalan ketika ditahan polis trafik, seorang wanita terpaksa menyanyi lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya adalah warganegara Malaysia.

Menurut laporan China Press, ketika kejadian pada awal bulan ini, polis meminta wanita berusia 25 tahun itu menunjukkan kad pengenalannya semasa melalui satu sekatan jalan, kerana mereka mengesyaki dia adalah warga asing.

Walaupun dia ada menunjukkan lesen memandunya, namun polis tidak menerimanya dan mahu wanita itu menyanyikan lagu Negaraku bagi membuktikan dirinya bukan warga China atau Vietnam.
Hiasan


Menurut sumber, wanita itu berbohong dengan mengatakan kad pengenalannya hilang pada hari kejadian, walhal difahamkan dia kehilangan Mykadnya dua bulan lalu dan tidak membuat laporan polis untuk memohon kad pengenalan baru.

Polis trafik itu bagaimanapun melepaskan wanita berkenaan, meskipun dia tidak dapat menyanyi lagu Negaraku dengan lengkap.

Wanita itu yang tidak berpuas hati kemudiannya memuat naik kejadian itu ke Facebook dan mendapat pelbagai komen yang menyatakan dia patut bersyukur kerana tidak dikenakan tindakan gara-gara tidak mempunyai kad pengenalan.

Catatan itu kemudiannya dipadamkan wanita terbabit.

Mengulas kejadian itu, Ketua Trafik Pasukan Cawangan Bukit Aman, SAC Mahamad Akhir Darus berkata, SOP polis trafik tidak menyatakan rakyat perlu menyanyi lagu Negaraku untuk membuktikan diri adalah warganegara Malaysia.

Sebaliknya beliau berkata, polis trafik berhak memilih dan menentukan cara tersendiri ketika berdepan pesalah lalu lintas.

“Polis trafik itu tidak salah dalam kes ini, cuma mereka ada cara tersendiri untuk menghadapi situasi sedemikian,” katanya kepada akhbar berbahasa Cina itu.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Pelajar Ditangkap Meniru Dalam Peperiksaan Ala 'Mission Impossible

By Hafiz.H → Tuesday, May 10, 2016
Bangkok: Sebuah kolej perubatan terkemuka Thailand menangkap pelajarnya yang menggunakan kamera ala perisik yang dihubungkan dengan jam pintar untuk membolehkan mereka meniru dalam peperiksaan.

Beberapa pengguna media sosial menyifatkannya sama seperti plot filem Mission Impossible.

Rektor Universiti Rangsit, Arthit Ourairat memuat naik gambar peralatan berteknologi tinggi itu di akaun Facebooknya lewat kelmarin, dan mengumumkan peperiksaan kemasukan terpaksa dibatalkan selepas cubaan meniru itu terbongkar.


Tiga pelajar kaya menggunakan cermin mata dengan kamera tanpa wayar yang dipasang pada rangkanya untuk menyalurkan imej kepada sekumpulan orang yang belum dinamakan.

Kumpulan itu kemudian menghantar jawapan menerusi jam pintar yang dipakai pelajar terbabit.

Arthit berkata, pelajar itu membayar 800,000 baht (RM91,500) setiap seorang kepada kumpulan berkenaan untuk peralatan itu dan jawapan.

Rangkaian berita Channel 3 Thailand melaporkan semalam pelajar terbabit disenarai hitamkan.

Ramai pengguna Internet mengutuk perbuatan pelajar terbabit, tetapi tidak kurang juga memuji kebijaksanaan mereka.

“Bayangkan jika mereka lulus dan tamat pengajian, mereka menjadi doktor yang sebenarnya tidak bertauliah dan mungkin merawat kita,” kata seorang pengguna.

Namun, seorang lagi berkata: “Wah. Tidak ubah seperti Hollywood atau Mission Impossible.”

Ijazah perubatan sangat dipandang tinggi di Thailand kerana pemegangnya boleh menjadi kaya apabila menyertai hospital swasta. Thailand ialah antara hab perubatan paling terkenal di dunia.

Rujukan: HarianMetro

Suami Ego Insaf Pada Hari Isteri Hembuskan Nafas Terakhir

By Hafiz.H → Monday, May 9, 2016
Selama tiga tahun berkahwin dengan isteri, lelaki ini tidak pernah menunjukkan kasih sayang apatah lagi menghargai apa yang isteri lakukan.
Dia tak pernah melayan isteri sebagaimana sepatutnya. Dia tidak menghargai sikap isteri yang dari awal perkahwinan sanggup bersusah payah dengannya.

Dia dingin bila isteri bercerita untuk meluah perasaan. Dia tak pernah memujuk isteri yang tersedu sedan menangis di dalam bilik kerana sikap curangnya.

Dan dia suami yang tak tunjukkan keterujaan bila isteri memberitahu kehamilannya malah tak pernah sekali pun menemani untuk pemeriksaan.

Betapa ego begitu menguasai jiwa lelaki ini sehinggalah satu hari dia menyedari kesilapannya. Malangnya keinsafannya itu terdetik pada hari akhir hayat isterinya. Si isteri menghembuskan nafas terakhir ketika melahirkan zuriat pertamanya.

3 Mei lalu cukup setahun peristiwa pedih itu berlalu tapi sehingga kini si suami masih belum dapat melupakan dosa-dosa yang dilakukan.

Meski perkongsian  ini hanya berdasarkan 'print screen' namun kisahnya cukup menyentuh hati dan punya banyak pengajaran terutama untuk suami isteri. Hargailah pasangan yang mencintai kita sepenuh hati waktu dia masih ada di sisi.

"Saya kahwin dengan awak sebab saya rasa kesian..."


"Saya teringat betapa excitednya awak kita nak kahwin..."
"Saya dengar awak menangis tapi saya tak cuba pujuk awak langsung"
"Maafkan saya, masa awak lahirkan anak kita, saya tetap tiada di sisi awak"
"Hari awak tinggalkan saya, saya sedar saya jatuh cinta pada awak"
Rasanya ramai menitis air mata membaca kisah ini.  Buat suami atau isteri jadikan ia sebagai kisah pengajaran.

Rujukan: Vanillakismis

Pelajar Ditahan Guna Nombor Plat LC135

By Hafiz.H →
MELAKA - Tindakan seorang pelajar kolej vokasional sengaja meletakkan nombor plet 'LC135' pada motosikal miliknya membawa padah apabila dia ditahan dalam operasi, awal pagi semalam.

Pelajar kolej berkenaan sengaja meletakkan nombor plet berkenaan dipercayai mengambil kira jenama motosikal Yamaha LC135.

Bagaimanapun, tindakan itu menyebabkan pelajar berusia 17 tahun itu ditahan akibat kesalahan memalsukan nombor pendaftaran.
Sengaja meletakkan nombor plet 'LC135' pada motosikal.


Dia ditahan sepasukan polis di Lebuh Ayer Keroh berhampiran Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) di sini selepas berlumba bersama sebuah lagi motosikal.

Difahamkan, remaja yang baru menggunakan pendaftaran palsu dalam tempoh kurang dua minggu itu bertindak demikian hanya untuk suka-suka sebelum ditangkap polis dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi.

Menurut sumber, selepas ditahan pelajar terbabit bagaimanapun memberikan kerjasama sebelum motosikalnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

"Di lokasi berasingan, remaja berusia 16 tahun dari Rembia, Alor Gajah juga ditahan dipercayai berlumba bersama beberapa motosikal lain sebelum ditahan polis berhampiran Pasar Raya Keluargaku.

“Berlaku pergelutan antara anggota dan remaja lelaki terbabit ketika cuba meloloskan diri dari dicekup selepas anggota polis yang memperkenalkan dan meminta memberi kerjasama sebaik sahaja menahannya," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Melaka Tengah, Superintendan Mohd Kamal Zainal berkata, kedua-dua remaja lelaki berkenaan antara enam ditahan sepasukan polis dalam Operasi Samseng jalanan di empat lokasi di daerah ini, semalam.

"Kesemua lelaki berusia 16 hingga 25 tahun yang ditahan telah dikenal pasti berlumba dan melakukan aksi berbahaya di Lebuh AMJ dekat Melaka Sentral, Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Dataran 1 Malaysia dan Lebuh SPA.

"Keenam-enam mereka kini ditahan selepas mendapat perintah reman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala pelajar lelaki berkenaan disiasat dibawah Seksyen 108 (E) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, operasi selama enam jam berakhir 5 pagi yang diketuai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Melaka Tengah, Asisten Superintendan Mohd Nizam Yusoff turut disertai tujuh anggota dan pegawai trafik.

Rujukan: SinarHarian

Gambar: Jaguar Dibeli RM3,600 Kini Dilelong RM23 Juta

By Hafiz.H →
LONDON – Sebuah kereta vintaj Jaguar yang pernah dibeli pada harga £635 (RM3,665) kira-kira 50 tahun lalu kini memecahkan rekod apabila dijual pada harga £4 juta (RM23 juta) dalam satu majlis lelongan baru-baru ini.
Kereta Jaguar C-Type ini berjaya dijual pada harga £4 juta dalam satu majlis lelongan baru-baru ini.
Seorang jurugambar, Guy Griffiths membeli jaguar model XK120c C-Type itu yang pernah menyertai beberapa perlumbaan kereta di seluruh Eropah.

Malah, Griffiths turut memiliki beberapa kereta lumba lama dan dia kini mempunyai sebuah muzium kecil untuk menempatkan kesemua koleksi kereta klasik di rumahnya yang terletak di Cotswolds.

Dia kemudian meninggal dunia pada tahun 2003 dan anak perempuannya, Penny Griffiths-Woodley yang juga merupakan seorang pelumba kereta telah mengambil keputusan untuk menjual salah satu koleksi bapanya itu.



Kereta itu merupakan satu daripada 45 buah kereta Jaguar C-Type yang dikeluarkan oleh pengeluar kereta Britain, namun hari ini, hanya lapan buah dikatakan berada di seluruh dunia, malah lima daripadanya masih bertanding pada perlumbaan kereta vintaj 24 jam Le Mans di Perancis. – Agensi

Rujukan: KosmoOnline

Rakaman Warden Pijak Pelajar Yang Ditangkap Merokok Jadi Viral

By Hafiz.H →
PETALING JAYA: Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki dewasa memijak seorang remaja mulai ‘viral’ dan mengundang cemuhan ramai pihak.

Video itu dimuat naik Pengerusi MyWatch, Datuk R Sri Sanjeevan ke laman Facebooknya tanpa menamakan sumbernya.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki dewasa berkopiah yang didakwa merupakan warden sebuah sekolah asrama vokasional di Selangor memijak seorang remaja lelaki yang dipercayai pelajar tingkatan empat kerana ditangkap hendak menghisap rokok di tangga.


“Tindakan warden tersebut menghenyak-henyak pelajar tersebut berulang kali merupakan suatu tindakan yang kurang bijak kerana dilihat berlebihan dalam melampiaskan kemarahan,” tulis Sanjeevan dalam catatan di laman sosialnya.

Menurut catatan itu, lelaki dewasa tersebut terpaksa ditenangkan pelajar lain yang meminta warden terbabit beristighfar kerana tindakannya keterlaluan.

Menurut MyWatch, ketika kejadian, mangsa belum sempat menyalakan rokoknya.

“MyWatch menyokong tindakan tatatertib dikenakan ke atas pelajar terbabit atas kesalahannya tetapi apa perlunya warden tersebut mengambil tindakan keterlaluan begini,” tegas Sanjeevan.

Sanjeevan berkata, tindakan lelaki dewasa itu akan ditanggung pihak sekolah sekiranya pelajar tersebut mengalami kecederaan.

Rata-rata netizen berang dengan tindakan lelaki terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supt Dr Abdul Aziz Awang Darus ketika dihubungi FMT berkata, kertas siasatan berhubung rakaman video itu telah dibuka.

Bagaimanapun, seorang kakitangan sekolah asrama vokasional terbabit mendakwa tidak tahu mengenai kejadian itu sehinggalah dihubungi wartawan.

Rujukan: Freemalaysiatoday

Helikopter Bawa VIP Hilang:(Terkini) Mayat Wanita Ditemui Dekat Lokasi Serpihan Helikopter

By Hafiz.H → Friday, May 6, 2016
SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak mengesahkan penemuan mayat wanita berdekatan lokasi serpihan helikopter ditemui, sebentar tadi.

Namun, Pengarahnya, Nor Hisham Mohamad menafikan maklumat dua mayat ditemui setakat ini seperti yang tersebar di media sosial.


“Setiap minit kami berhubung dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dan setakat ini hanya satu mayat wanita yang ditemui.

“Ada maklumat jadi viral yang mengatakan ada dua mayat ditemui. Itu tidak benar,” katanya dipetik melalui Buletin Awani, sebentar tadi.

Perkembangan seterusnya bakal menyusul.

Rujukan: SinarHarian