Tags:

Ditegur Tak Basuh Periuk, Anak Sanggup Tendang, Pijak Bapa

By Hafiz.H Thursday, May 5, 2016
KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki layak digelar ‘si tanggang’ apabila tergamak menendang ayahnya hanya kerana bengang ditegur gara-gara tidak mencuci periuk yang sudah digunakan, dalam satu kejadian di Kampung Pagar Besi, Batu Rakit, Kuala Nerus, Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, semasa berada di rumah, warga emas berusia 76 tahun itu bertindak menegur anak lelakinya yang berusia 20-an selepas ternampak periuk yang telah digunakan dibiarkan di dalam sinki tanpa dibasuh.

Menurut sumber, mangsa yang sudah ‘masak’ dengan sikap malas anak lelakinya itu cuba menegur cara baik, bagaimanapun teguran itu tidak disenangi suspek sebelum berlaku pertengkaran mulut di antara dua beranak terbabit.
Hiasan


“Mangsa cuba menegur anaknya agar berubah sikap selepas tidak tahan melayan kerenah malas suspek di dalam rumah terbabit yang boleh dikatakan hampir setiap hari hanya ‘meriba tangan’ sahaja.

“Bagaimanapun, teguran itu telah menyebabkan suspek naik hantu dan seperti dirasuk telah melawan setiap kata-kata ayahnya, lalu berlakulah pertengkaran mulut di antara mereka berdua,” katanya.

Sumber berkata, tanpa menghiraukan kata-kata kesat yang dihamburkan suspek kepadanya, mangsa terus pergi ke sinki untuk mencuci muka sebelum membuang periuk yang dibiarkan di dalam sinki tersebut ke dalam tong sampah.

“Suspek yang tidak berpuas hati dengan tindakan si ayah terus bertindak menendang badan warga emas itu sekuat hati sehingga terjatuh.

“Dalam masa sama, suspek seperti dirasuk apabila tergamak memijak beberapa kali perut ayahnya yang ketika itu terbaring di lantai tanpa belas simpati meskipun dirayu beberapa kali oleh mangsa kerana kesakitan,” katanya.

Jelas sumber, susulan kejadian, mangsa mengalami kecederaan sakit di bahagian perut dan pinggang serta turut mengalami sesak nafas.

Tidak tahan melayan kerenah anaknya yang panas baran dan sering kali mengamuk setiap kali ditegur, mangsa mengambil keputusan membuat laporan polis di Balai Polis Batu Rakit, di sini, sejurus kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Terengganu, Superintendan Suffian Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Rujukan: SinarHarian

Post Tags:

Jillur Rahman

I'm Jillur Rahman. A full time web designer. I enjoy to make modern template. I love create blogger template and write about web design, blogger. Now I'm working with Themeforest. You can buy our templates from Themeforest.

No Comment to " Ditegur Tak Basuh Periuk, Anak Sanggup Tendang, Pijak Bapa "